Friday 19 August 2011

Tempoh meniti titian Shiraat 28,000 tahun?



Itulah penerangan bagi pengajaran dalam hadis yang dinyatakan dalam buku tersebut.
Daripada sumber Abdullah bin Mas’ud memberitahu Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Tiadalah bagiku dan bagi dunia, di mana tiadalah aku di dunia ini melainkan sebanding seorang penunggang (musafir) yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok; kemudian dia (bergerak) pulang dan meninggalkannya.”
                                                                                                               (HR. At-Tirmidzi: Sahih: Al-Albaani)






1.    Pengajaran bagi hadis tersebut menerangkan dunia yang diciptakan Allah hanyalah buat sementara sebab akan dimusnahkan, malah akan ditukarkan pula dengan akhirat yang kekal. Pada dasarnya dunia ini diciptakan untuk tempat ber’abdi (beribadah) kepada Allah dan mengumpul bekalan untuk hidup yang kekal abadi di akhirat.  

2.     Perjalanan ke akhirat adalah suatu perjalan yang jauh. Alam barzakh iaitu perantaraan: alam kubur yang mesti di alami setiap manusia iaitu menerusi kematian. Kemudian mereka akan dihidup dan dibangkitkan kembali dipadang Mahsyar untuk diadili dan ditimbang segala amalan baik dan buruk. Kemudian diarah melalui titian Shiraat (jambatan) yang terlentang di permukaan neraka, sama ada ditentukan ke neraka atau ke syurga. Tempoh yang paling panjang ialah di alam barzakh, begitu juga tempoh titian Shiraat iaitu selama 28,000 tahun-paling lama kerana ditahan pada tujuh kaunter dan diseksakan.

3.      Orang yang memandang dunia ini sebagai tempat yang kekal, rugilah ia sebaliknya beruntunglah bagi yang menjadikan dunia ini sebagai tempat yang sementara (perhentian) dalam suatu perjalanan jauh menuju ke akhirat. Terpesona dengan segala keindahan dan kemewahan ditakuti akan mengganggu pengumpulan bekalan amal soleh ke akhirat tanpa hidup yang sebenarnya. 


Itulah salah satu hadis yang begitu terkesan yang ingin dikongsikan bersama. Semua hadis dalam buku tersebut memang terkesan. Semoga ianya menjadi kompas hidup kita.   

Oleh ‘Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (‘A.Q.H.A.S.)
Tokoh Al-Hijrah Ar-Rasul
Tokoh Buku & Tokoh Guru Serambi Mekah.
Menyandang Tokoh Mulid Ar-Rasuul, Malaysia.
Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara.

-Terbitan al-Hidayah Publications


0 comments:

Post a Comment