Tuesday 30 April 2019

Bercuti ke Perth 6 hari 5 malam.

Huwaa.. Lama sungguh tidak lepak di sini.. last 2014.. kalau dulu guna wifi kolej je.. skrg?? haha.. lama sungguh tinggal dunia blog ni.
Oklah malas nak bebel, dipenddekkan citer, kali ni nak cerita pasal percutian kami ke Perth, Australia. (macam la banyak cerita..haha) Keputusan ni diambil sebab apa ya.. emm..memandangkan ramai betul org pergi sini? Emm tak juga (setelah melihatkan blog2 mereka ini dan bila sampai sana, memang betul. Bersepah-sepah) Sebenarnya seketul Kakmin la yang ajak. So apa lagi.. tiket pergi pun murah.. so ada laa kira-kira 6 bulan sebelum pergi. Tiket baliknya, tak sah nak cerita la mahal sikit sb tunggu punya tunggu yang promo, xdpt2 so apa lagi.. beli je la juga. karang ada juga yang tak balik. Bila dah berkumpul 4 orang, maka kami proceed lahhh.. nak kekal kan 4 orang tu punya la.. Dah la nak pergi tu pun ada beberapa halangan. Haha. Dengan cuti dan sebagainya.. (ada beberapa kisah tambahan sikit kalau part ni.kekeke)
Sebelum pergi, buat la persiapan seharusnya! Study berpuluh-puluh blog.. so far Alhamdulillah berjaya daripada pergi sampai balik dengan khudrat 4 orang yang tolol2 semuanya. Haha. Perancangan rapi tu xde la sangat memandangkan kami nak santai2 dan tahu laluan peta. Naik kenderaan awam dan sewa kereta.
Bertolak dari KL pada jam 10 pagi dan sampai 5 jam kemudian.. 4 5 jam sebelum tu sudah terpacak di KL.. setelah melepasi semua sekatan yang ada, sampailah kami di bumi Aussie. Masa sekatan di Aus tu, ada anjing pengesan buat kami ini waooo... Tp Alhamdulillah lepas. Yang penting declaration.. kad ni diberi masa dlm flight lg.. Barang2 kering jela berani bawa.. maggi, biskut biskut kering.. sardin..milo 3 in 1 pun lepas..




Day 1 (29/11/2017)

Sampai airport sekitar jam 2 lebih, solat di surau airport. Mencabar sikit sb xde air kat toilet. Pandai2 je la..kemudian beratur kat airport beli simkad optus.. harganya AUD 15, so 4 org blh buat hotspot cukuplah 6 hari tu..
Kemudian naik bas pergi apartment..Apartment, kami dah booking online lebih kurang sebulan sebelum..guna kad kredit. Time ni gak ada special harga.. harganya AUD 406.50 untuk 5 malam. Naik bas cakap turun kat Novotel hotel jalan turun bawah sikit utk sampai apartment.
Cek in apartment (City Water Logde) Kaunter reception available dari pukul 8 pagi – 8malam. Apartment ini memang best. Setiap hari tukar tuala, toiletries, dan kemas bilik. Dalam apartment ada disediakan dapur, tv, pemanas badan, private bathroom, peti sejuk, iron, hair dryer. Drawer pn banyak blh kemas baju segala. Mula-mula masuk memang terujalah pasang aircond bagai sekali, sejuk weiii.. Wifi ada tapi kena bayar.. Dalam bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Boleh tidur 3 orang. Kami 4 orang, 5 6 pn boleh sumbat ni.
kemas barang.. makan brg2 yg di bawa dari rmh kemudian keluar jalan2 sekitar depan apartment, cari mini market dan seumpama sampailah ke malam berjalan di Bell Tower, Elizabeth Quay.. time ni sejuk sangat suhunya mencecah 17c
Bila dah sedar kaki mulai sakit2 baru ingat nak balik.. waktu malam cahaya bangunannya sangat mempesonakan..
Sampai hotel, rehat sepuasnya.. 

 Depan bilik nombor 25

Depan City Water Logde











Day 2 (30/11/2017)

Pagi-pagi kami keluar utk ke Bayswater. Bangunan ni bertentangan dengan kedai sewa kereta yang dikatakan milik orang Malaysia- Aries Car Rental. Tp kami still pergi Bayswater jgk sb sama je pun harganya. Pergerakan ni semua guna aplikasi hakiki-waze dan google map.. nak ke Bayswater jalan dalam 15 minit.. setelah berunding bagai, dapat lah kami sewa kereta dgn jayanya untuk kegunaan esknya sampai lah balik. Bayar guna debit kad. Yeah, selesai part keta. Boleh guna lesen salah sorang dari kami dan dia lah jd supir sepanjang di Perth ni. Kesian dia.. emm
Selesai urus kereta utk kegunaan mulai esknya, kami bergegas ke stesen bas dan mula berpusingan ke Kings Park. Taman yang terbesar di Perth.. lenguhnya bukan main lagi kaki2. Sabo jela. Sb gigih nak habiskan satu pusingan taman. Sambil jalan berhenti, makan biskut, jalan lagi sambil menikmati kehijauan dedaunan dan bebungaan. Dari atas blh nampak bandar Perth. Bila dah habis pusing, terkial2 la cari bas. Bila dah jumpa maka berlari-lari anak la kami menuju bas tersebut.
Bas free okey. Kalau bas tulis Blue Cat, pusing Perth City ni memang free. Xyah gatal tangan nak bayar. Terus kami menuju ke City Perth.. turun dan naik bas la kami sambil mengambil gambar kiri kanan atas bawah. Haha lawak la. Setelah sampai ke stesen berikutnya kami turun bas dan naik balik untuk ke tempat seterusnya iaitu Blue Boat House. Sesampainya sini terus beratur nak ambil gambar. Hehe.. rumah ni warna biru..atas air. Tu jela. Setelah mengalami kepuasan, tahan bas terus pergi Perth City. Cari Woolworths.. beli barang dapur-telur, beras, bawangan, roti (jenama ten ten), perencah nasi goreng, air mineral dan sebagainya. Lepas tu jalan-jalan sekitarnya tiba-tiba ternampak kedai makan halal, namanya angkasa.. apalagi.. kami masuk dan makan. Menurut signboardnya, orang Malaysia punya. Ai makan nasi berharga AUD 11.90 tidak termasuk air.. makan je dulu. Kalau nak kira nnt balik hotel kemudian tepuklah dahi dan tepuk lantai.. Haha. Bila dah puas berjalan sekitar dengan perut yang penuh, balik lah ke sarang.







Day 3 (1/12/2017) –sewa kereta

Hari ni sewa kereta. Pagi2 chef sediakan sarapan and then kami keluar seperti yang dijanjikan ambil kereta jam 7 pagi. Buka waze, terus ke Caversham Wildlife Park. Xpyh isi minyak sb dh full tank.  Nak hntar pn pastikan penuh mcm tu jgk. Baguskan. Ok. Perjalanan ambil masa 30 minit je. Kononnya dah lama duk ingatkan sesama sendiri kita kena awal..kena pagi2, sebab xnak orang lain bg makan kat kanggaru nnt dorang kenyang. Sekali kami pergi, pagar belum buka. Haha. Apa lagi.. kamera diklik sana sini. Xpernah scene dia xcantik.. semua cantik.. Subhanallah. Bila jam 9 masuk dan tunggu sekejap tunggu kaunter buka. Kami jumpa lagi org Malaysia. Kat sini nak masuk bayar setiap orang AUD 29.. Mahai bak hang.. blh pegang koala, lps tu bagi makan kanggaro yang manja sungguh. Waktu kami sampai tu ada la dua tiga omputeh sedang bg makan.. apa lgi terujanya.. haha.. sekali aku yg kegelian sb lidah dia geletek atas tapak tangan, adoi.. lps tu tengok reptilia, ada show cukur bulu biri-biri, dia tunjuk anjing yang control pergerakan biri-biri, bagi kambing susu, perah susu lembu dan macam-macam lagi la. Waktu tu penuh org kat tempat duduk. Apa pun misi datang awal begitu berjaya dan kanggaru sedang kelaparan sungguh berjaya. haha..
Sebenarnya ada lagi acara dia macam Meet the Wombat & FriendsPenguin Feeding ikut masa dia. Kalau ikutkan sampai jam 5.30 dia punya tentative tp kami macam dah agak ianya sedikit bosan apa lagi pecut ke tempat lain. Kemudian kami terus ke Kilang chocolate bila google dan sampai, kilang tutup. Sebenarnya ada 3 kilang chocolate kat Perth ni. Yang tutup tu kat Perth City. Tempat ni dekat dengan tempat makan halal iaitu..maaf lupa.. bila bincang balik, kami berpatah ke kilang lain. Rupanya dekat dengan Caversham tu.. nama dia The Margaret River Chocolate. Masuk dalam, tinjau-tinjau. Beli la sikit-sikit. Nak dapat tanda halal memang xde, tapi tgk ingredients dia yang ada soy tu ok la. Sambil tu makan la chocolate yang ada atas meja. Free.. setelah beli sikit-sikit kami bergambar dan terus ke kilang buat wain.  
Namanya tempat ni Vineyard. Bersebelahan je dengan kilang tersebut. Waktu ni anggurnya belum masak dan masih kehijauan. Kami mintak izin dulu sebelum bergambar sekitar ladang, takut juga kan.. maklumlah foreigner beb. sedar diri..sob sob. Kesusilaan mana.. mana.. Setelah itu kami nampak di tepi jalan ada signboard honey- Windarra Honey. Kami masuk dan blh rasa madu free. Beli la satu botol madu AUD 8. Mesra betul aunty ni..
Bila dah dapat sebotol seorang kami xtahu nak pergi mana.. masa pun masih ada, kami terus ke Fremantle. Sebenarnya unplan sebab nak pergi hari lain. Tapi mungkin xtahan dan xsabar nk shopping, kami pecut juga ke sana. (kedegilan melampau) Bandar Fremantle ni mcm Penang Street. Bayar parking kereta kemudian kami ke Kailis Fish & Chip.. tempat ni dekat dengan pelabuhan. Jadi segar la makanan lautnya. sepinggan berharga AUD 22.15. Dua orang pun boleh makan sb portion dia besar. Sb banyak kan. Sos cili KFC yang dibawa dari Malaysia dikeluarkan. Hehe.. sb dah tahu dia xbg sos cili.

Bila dah makan semua, kami jalan sikit kamudian nampak pantai, ambil2 gambar dan pergi cari Megabes kat market Eshed, katanya ada kedai sovenoir -tempat shoping. Kami masuk market dia tp waktu tu kedai-kedai dah tutup. Awal sangat.. 5.30 ptg dah tutup. Menurut org kedai Megabes tu, dia sarankan pergi megabes yang satu lagi sebab sama juga harganya. Kami bincang punya bincang, kami pergi keesokan harinya memandangkan nk kejar waktu solat. Setelah itu kami balik ke hotel. Maklumlah hari peninjauan..

AJK Pengangkutan tengah runding keta sewa




 




















Day 4 (2/12/2017)

Hari ni kami bertolak awal, dari jam 7 lagi kami keluar sb nk ke Pinnacles. Waktu ni kami bawa bekal. Jauhnya 2 jam perjalanan. Disarankan time ni isi minyak penuh-penuh tp nanti kat sana pun ada juga stesen minyak. Kami sampai lebih kurang jam 10 am.. nak masuk sebuah kereta, bayar AUD 13. Masa ni matahari dah terik. Suhu pula 36c. lalat pun asyik hurung muka je. Suka dengan manusia katanya.
Setelah selesai, terus ke Sand Dunes.. main luncur pasir. Lagi la panas..waktu nilah nak panggil topi, penutup muka, sun glasses yang tertinggal sebab langsung xblh buka mata nk celik kat kamera. Pasirnya halus-halus. Xpyh buka mulut pun dia boleh menyusup msuk sendiri. Hehe. Bila naik sekali je dah penat. Pasirnya dalam, susah nak bergerak naik atas nak luncur. Oh ya sebelum main tu nnt akan jumpa truck tempat sewa board.. Satu board bayar AUD 3 dan blh kongsi2.
Bila dah tak tahan dengan kepanasan suasananya kami masuk kereta dan pergi ke Lake Tetis. Jarak dia lebih kurang 5-10 minit untuk ke sana dari Sand Dunes tp malangnya xsampai pun ke destinasinya sebab xtahan panas sangat. Bergambar dari luar je.
Perut lapar dan kami makan dalam kereta je dan terus ke Frementle (bersambung agenda kelmarin punya)
Sebelum pergi Fremantle, singgah solat di masjid. Alhamdulillah. Segar dan selesa sb dapat kena air dan basuh muka semua. Dah macam mandi pantai dengan pasirnya.

Sampai Frementle, bayar parking dan shopping punya shopping habis la dalam AUD 117.. Ada candy halal namanya nouget. (sedap dan puas hati biar pun agak mahal) Fridge Magnet, keychain, tshirt, patung koala, kanggaro dan bla bla.
Bila siap shopping semua letak barang dalam kereta dan kami bersiar-siar lagi.. tengok2 orang, bangunan dan menghayati segalanya di sekeliling. Hari yang kami pergi ni hari minggu, so ramai la yang kelihatan cantik dan berpakaian macam ada event. Bar dan pub sangat aktif. Inilah budaya dorang. Waktu ni la macam dalam cerita-cerita omputih. Kerdilnya rasa.. tunduk sekejap. Nanti kau tafsir dan maknakan semua ini bila kau balik nanti.
Setelah itu, kembali ke peraduan..
















Day 5 (3/12/2017)
Hari ini kami pergi airport nk tanya pasal status Batik Air yang merisaukan kami kalau-kalau xdapat balik sebab Batik Air ni singgah Bali. Bali pulak dikatakan kawasan yang dekat dengan gunung berapi yang berasap-asap. Ok jap, sebelum tu kami pergi tempat yang dikatakan paling unik..kehkeh.. sebenarnya tu Murray Street. Ada juga kedai souvenir. Waktu jalan-jalan kami jumpa lagi kedai souvenir yang agak berpatutan juga. Mencukupkan apa yang tertinggal yang sebenarnya xpernah cukup rite?? Kahkah. Takpe bajet pun masih ada.. Waktu nak parking kereta, terjumpa pula dengan kebab house-halal punya. Singgah la kejap. Harga sebiji kebab AUD 6.40 termasuk dua gelas jus. Minum-minum dan makan kat situ. Bukan senang nak lepak-lepak kedai. Setelah puas, pergi airport.
Alhamdulillah statusnya sukacita. Hilang kerisauan malam td yang tidak berapa nyenyak tidur. Hehe.
Selesai urusan di airport, kami pergi cari lagi tempat-tempat yang berdekatan. Setelah google, kami ke Scarborough Beach. Jarak dalam 20 minit dari airport. Panas terik juga lah. Tp mat minah salleh ni xpandai nak kisah panas berjemur lah mereka dengan 2 3 urat benang. Dah mmg itu yg dorang nakkan. No wonder la..
Okeh.. pantainya sangat bersih dan airnya jernih. Setelah bergurau senda dan bermanja dengan ombak, snap sana sini, kami blah.. mereka tgk kami ni mcm pelik juga lah.. maklumlah bertudung litup. Dorang bagi salam. Hehe. Huhu. Hoho.
Bila dah puas, google lagi sebab masih ada masa, kami pergi John Ol Hand Park. Bila tengok atas, rupanya tempat ni di bawah je dengan Kings Park.  Waktu kami sampai memang xde orang. Parking AUD 4 ok.. fuh. Kegilaannya mahal tersebut.
Kami jalan-jalan, main buai, gelongsor, berguling, berbaring segala, macam taman ini kami punya. Memang cantik sesangat pemandangannya. Ada itik-itik liar kat kolam dan binatang yang lainnya. Bila nak balik, parking dah hampir penuh.. emm ok.. org pergi juga tempat ni rupanya. Mungkin kami awal sampai.
Bila dah xde tempat lagi nak disnap, kami gerak balik. Sebelum tu cari stesen minyak penuh-penuh untuk kembalikan kereta pagi-pagi esk.
Sampai rumah, solat semua kami keluar sekejap di depan hotel untuk kali terakhirnya nak tgk sunset kononnya.. waktu tu hujan pula rintik-rintik. Xlebat pun. Tp kami balik lah sebab hari dah nak gelap.
Malam.. rehat..









Day 6 (4/12/2017)
Kami berkemas-kemas untuk ke airport. Hari last nilah dapat rasa kehujanan bumi Perth. Bila dah parking kereta, kunci kami letak je ditempat yang disediakan. Waktu ni cemas sikit sebab dah xde data nk contact uber untuk ke airport..(tula xsabar sangat..sb malam td masing-masing nak share gambar, siapa suruh) sekali kami bertawakkal je la tahan bas. Bila nak lintas jalan, Nampak teksi.. bersorak la kegirangan dan kelucuan masih tersisa.. agagaga.. tawar punya tawar ok dia ckp AUD 40. Uncle ni dari negara belah-belah arab (lupa plk)….. bila nk bayar, dia ambil AUD 29 je.. Em.. baiknya..rejeki kami.. Alhamdulillah.
Bila dah selesai segalanya cek in.. kami bersedia terbang ke Indonesia.. transit di Bali. Boleh la rasa sekejap negara Indon ni.. dan pegang duit berjuta-juta. Tapi rasanya ai xpegang pun –bendahari yang uruskan..
Kami baring di surau je. Suraunya sedikit keliru sebab xde tanda lelaki perempuan, yang ada gambar lelaki pakai songkok je dua-dua tempat sampaikan ada sang lelaki masuk tempat istirehat kami tu. Rasa berdebah je pria ni. Xtengok ke.. emmm..
Waktu mula-mula sampai tu, kami plan juga nk jalan-jalan sekitarnya tp macam mahal pula.. pergi makan jela.. tu pun setelah brader tu xputus asa offer teksinya dan nk bawa jalan-jalan. Dapat la tengok bandar Ngurah Rai.
11 jam berlalu, kami balik Malaysia.. 3 jam dari Bali..











Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Terima kasih Allah..
Perth.. Jumpa lagi..

-The End-