Aku benci, benci pada diriku
Aku bosan, bosan pada diriku
Apa yang sudah tidak kena dengan diri ini?
Punya perasaan benci pada diri sendiri
Apa masalah aku
Tiba-tiba dirundung rasa hina dengan diri sendiri
Dhaifnya diri ini
Mwa,,nak nangis
Terasa nak alihkan sekejap seketul daging itu
Letak di dalam sungai yang mengalir
Biar debu-debu kebencian turut terseret bersama air tadi
Tanpa menoleh kebelakang lagi
Tetapi aku sedar
Ianya tidak semudah itu
Ianya sukar ditanggalkan
Kerana kebencian itu tetap bertamu jua diperdu hati
Umpama lemak tepu yang menyelubungi disekelilingnya
Aku resah lagi
Hatiku hiba
Apa yang aku nak wahai hati
Kau tergoda dengan maksiat itu lagi?
Sudahlah hati
Nikmat itu cuma sekejap
Umpama buih dilautan
Buih itu maksiat
Air laut itulah kesannya
Buih yang kerdil itu tidak lama
Ia akan pecah di lautan yang maha luas itu
Begitulah natijahnya
Kamu akan derita wahai hati
Klik,,Tiba-tiba terdetik
ALLAH..!
Rupanya aku terlupa sesuatu
Terlupa bahawa hati aku
Yang resah, yang benci ini
Ketandusan sesuatu
Alhamdulillah
Aku mula terfikir sesuatu
Allahlah yang ku damba sekarang
Sekarang pergilah wahai hati
Siramilah dengan air wuduk
Bajailah dengan butiran zikrullah
Itulah penawar racun perosak hati
Agar bertunas dan bercambahlah keyakinan itu
Bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
(PiMEK)
0 comments:
Post a Comment