Friday 19 August 2011

"Mak tak sanggup nak."



“Mak tak sanggup nak.”
“Mak mana yang rela sampaikan benda ni pada anaknya..”
“Mak sebenarnya tak kan tulis benda ni. Mak xkan biarkan benda ni sampai kat tangan anak-anak mak.”
                      



Sungguh tidak dapat kubayangkan..
Setelah 2, 3 bulan gelaran raja sehari meninggalkanku
Saat mula-mula hadirnya satu makhluk yang membenih di dalam perutku
Makhluk yang mula membunuh selera makan
Menyebabkah aku rasa loya tanpa mengira tempat
Mahu memuaskan lidah dengan bermacam jenis makanan
Memaksa perut untuk menerima susu yang sangat sukar melalui rongga tekakku
Pil-pil yang bermacam jenis warna dan namanya

Tubuh yang slim mula terjejas
Pakaian yang dirasakan menghimpit rapat ke tubuh
Kerana badanku mula semakin bercambah ke depan
Di dalam ruangan itu juga akan tergerak-gerak
Konsentrasiku turut punah
Kerapnya aku nanti ke tandas untuk membuang air kecil kerana posisimu itu

Akanku bawa ke hulu hilir
Yang saban harinya semakin memberat
Juga menghitung detik untuk mengeluarkannya
Seterusnya merasai azab yang tidak terhingga sakitnya saat itu
Tak dapat aku bayangkan
Kesakitan yang maha dasyat itu selepas sakitnya menghadapi sakaratul maut

Setelah itu lahirlah dirimu
Tempoh berpantang mula menjelma
Hari demi hari mula dikira

Bila tiba saat kepalaku yang berdenyut-denyut
Badanku yang diresapi demam panas
Selesema yang membantutkan selera makanku
Gigi yang tiba-tiba sakit mencucuk-cucuk hingga ke otak
Adakah aku mampu melenyapkan tangis si dia

Sekiranya dia yang tiba-tiba meragam di tengah-tengah malam
Masihkah aku punya waktu untuk berdua-duaan dengan Maha Pencipta
Terjagakah solat di awal waktuku dengan rengekannya

Adakah mudah untuk aku meringankan badanku
   Bagi mengisi perutnya yang kekosongan
Sekiranya saat itu aku yang lena dibuai mimpi indah

Adakah aku tidak malu dengan pandangan mata orang sekeliling
Dengan kelakuannya yang menarik perhatian mata manusia
Sekiranya si dia meragam tiba-tiba
Mengamuk tak tentu pasal inginkan itu dan ini
Sehinggakah meronta-ronta di dalam pasaraya
Menangis-nangis dengan suara yang bising
Sekaligus membunuh mood untuk memuaskan hati yang bershopping

Tegakan untuk aku menahan rasa sakit hati
 Bila dia merosakkan barangan berhargaku
Yang nilainya mencecah ratusan ringgit malah ribuan ringgit
Disinikah aku mula memperhitungkan nilai wang ringgit dengan kredit kasih sayang

Tidak penatkah aku
Sekiranya rumah yang aku kemaskan
Kembali bersepah
Angkara si nakal yang tidak mengira tempat
Dan mempedulikan perasaan orang

Sanggupkah aku mula menahan rasa marahku
Kerana kebodohannya
Relakah aku menerimanya
Disaat dia masih tidak mengerti apa-apa
Yang belum punya daya kefahaman sebagai manusia biasa
Sabarkah aku melayan kerenahnya
Yang keterlaluan sekiranya dia yang hiperaktif

Adakah aku terus berdiam diri
Untuk memarahinya
Apabila dia yang mengacau si adiknya
Memperlakukan adiknya seperti anak patung yang tidak punya nyawa
Semuanya kerana belum bertunasnya rasa belas kasihan manusia normal

Saat hatiku sakit angkara perangai si dia
Adakah momentumnya cepat kebah
Untuk menenangkannya balik
Hatiku sakit siapa yang mahu peduli

Saat kawannku bertandang ke rumah
Tiba-tiba si dia yang meragam
Tidakkah aku mula timbul rasa tidak menyukainya
Lebih teruk lagi jika bibit-bibit kebencian mula muncul
Sekiranya kawanku itu juga mempamerkan riak yang kurang senang dengan telatahnya
Bahkan tiadakah rasa ringan tanganku untuk menyakitinya  
Sekiranya dia melakukan tindakan yang tidak senonoh terhadap kawanku itu
Agar hatiku puas.

Ini baru sedikit bayanganku
Banyak lagi perkara yang tidak dapat kau gambarkan
Ahhh..sukarnya..!

Layakkah aku nanti bergelar ibu yang mithali
Anak mana yang tidak mahu ibunya seorang yang solehah
Namun layakkah aku nanti.
......

Di bawah bingkisan tu, akhirnya mak rasional balik. Dia tulis benda ni..

Adakah aku lupa. Aku ingat lahirku terus sebesar ini. Lupakah aku yang dulunya aku melalui saat aku yang sebegitu. Terfikirkah aku yang dahulunya aku punya manusia yang lebih hebat penjagaannya. Sehingga lahirnya aku yang sebegini rupa? Manusia itu yang tidak pernah membayangkan perkara yang aku bayangkan tadi? Sungguh.

Kini aku yang menerima giliran itu. Menerima perkara yang sama seperti mak aku. Hebatnya perancangan Allah. Allahuakhbar.

Inilah yang terpendam di jiwa mak, namun ianya sekejap cuma kerana keriangan si anak dengan hilai tawa akan memusnahkan penderitaan mak dengan sekelip mata. Apatah lagi apabila si anak yang meniti alam remaja seterusnya zaman dewasa dengan melakukan perkara yang membanggakan hati emak, itu pun mak dah rasa cukup bertuah memiliki anak yang seperti itu.

                                                    ######


Si anak àMelakukan perkara yang membanggakan mak merupakan satu perkara yang sangat-sangat dituntut.

Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan mak memang xdapat dibalas dengan apa jua sekali pun. (memperbaharui peringatan untuk diriku)à Jadi, setelah akal fikiran mula waras, sentiasalah buat yang terbaik untuk mak. Jagalah hati mak tanpa sedetik pun berselindung apa jua perasaan dan prasangka seperti dirimu menjaga perasaanmu sendiri.     

Segala kata-kata dia di atas hanyalah gambaran dan pengamatan penulis sahaja. Pengalaman itu di tangan Allah untuk menganugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan orang yang memiliki anak.

Pengalaman memiliki adik dan anak saudara yang masih kecil sedikit sebanyak memberi gambaran awal begitulah anak kita nanti.. Namun yang lebih penting kita akan sedar dan mula faham begitulah situasi mak dengan kita semasa kita kecil dahulu.

Makku sangat hebat..makku sangat hebat..makku sangat hebat..! Wallahualam..

-PiMEK-    


0 comments:

Post a Comment