Friday 5 August 2011

---> kita..hambaNya..

Dalam kehidupan seharian ni macam2 benda berlaku. Nak bawak satu senario yang familiar dikalangan kita-kita..pernah dengar kan yang mana seseorang tu yang anggap dirinya jahat kemudian nak buat benda baik..Pastu dia kata alah xpayah la..dah jahat. Alang-alang dah jahat. Teruskanlah.. Perkara ini merupakan pemikiran yang tak berapa sihat..

Nak katanya setiap orang tu tak terlepas daripada melakukan dosa, tetapi xbermakna dia akan sentiasa bergelumang dengan dosa tersebut.. Akal fikiran pemberian Ilahi menuntut kita untuk sentiasa berfikir, merenung supaya kita masih diberi peluang untuk bertaubat, perbaiki balik apa yang dah kita lakukan.
Jadinya kisah Imam Ghazali dibawah menjadi teladan untuk kita lebih bersemangat dalam bermujahadah melakukan perkara yang diredhaiNya, disebabkan kita ni menusia yang xterlepas daripada melakukan dosa.

Pesanan Imam Ghazali ketika muridnya bertanya
“Tuan bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”
“Teruskanlah berzikir walaupun hatimu masih lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkataa-kata yang kotor dan sia-sia.”
Abu Huraiarah bertanya kepada Nabi SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.
Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.
Jadi jika kamu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.
Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat laun akan menghapuskan kejahatan.

(PiMEK)

0 comments:

Post a Comment