Friday 16 March 2012

sinergi talam


Salam buat semua.. sudah lama tidak bersua dalam ruangan ini. Lebih kurang sebulan yang lalu. Sudah terbiar dan berkemungkinan dilitupi lumut-lumut kasih tapi tak ada kan.. Alhamdulillah. Kat belakang tu pun masih lagi gah. Xda tanda-tanda anai-anai yang akan menceroboh pada dinding-dinding kayu yang mungkin kaju jati iaitu salah satu antara kayu yang susah nak dirosakkan oleh makhluk Allah yang satu itu iaitu anal-anai. Betul tak?

Sebut pasal kayu yang boleh je dicerobohi anai-anai ni, bolehlah nak diceritakan sedikit sebanyak mengenai diri ini yang masih lagi diselubungi rasa kehilangan.
Begitulah. Apabila sesuatu itu yang dikatakan mempunyai pemiliknya. Serangga sekecil anai-anai pun berhak berada dalam kayu. Manusia pun sama. ALLAH mempunyai hak ke atas manusia..so?

Terimalah..hati ini perlu terima. Sampai bila nak meratapi perasaan ini untuk di bawa sehingga mempengaruhi kehidupan seharian? Biarkan mereka berdua pergi. Allah dah bagi peluang rehat awal buat mereka. Rehatlah dahulu sahabat-sahabatku. Tak cemburu ke sahabat-sahabat diluar sana? Terkadang cemburu jugakan..

Mungkin inilah jawapan bagi diriku yang mana aku selalunya tidak terlepas dengan rungutan dengan gerak kerja-gerak kerja sebelum ini. Tiada masa rehat sebenarnya berada di atas dunia ni.  Jadi siti thalathiah..teruskan perjuanganmu. Kamu akan temui masa rehat yang panjang. Cuma masa yang menentukan. insyaAllah.

Alfatihah buat sahabat seperjuanganku.. Semalam iaitu 16/3/2012, genaplah 10 hari pemergian kalian.
Tatkala mendengar nasyid ini, hati ini terkesan dengan perkataan “Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini”

Sebak lagi..



Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Kata lect dalam suatu kelas tu..walaupun kita kehilangannya..tapi tidak sebenarnya kerana di hati kita sentiasa dekat..dia sentiasa dihati kita..betul juga..buat aku terfikir..memahami betul Pn. Pau Kee.. biarpun belum Islam, namun begitulah..hebat noh. Lect kaunseling macam nilah yang aku kagumi.

Hati ini sangat dekat dengan diorang..kenangan-kenangan kita mengubat rindu pada kalian. Sahabat-sahabatku..barulah ana tahu rupanya ana sayangkan kalian, sahabat-sahabatku. Sayang kerana Allah.

Masih lagi terasa bahang kewujudan diri korang dekat dengan diriku..tak tahu kenapa. Ukhwah kita masih lagi terjalin utuh, masih lagi terasa sebenarnya korang ada. Ya Allah sukarnya nak digambarkan dengan kata-kata.

Walaupun lain-lain kolej, walaupun lain bilik, lain rumah, lain kelas, namun ada 1 benda yang menyatukan kita..cuba kalian teka..apa ya? talam! ya..talamlah yang menyatukan kita sebenarnya.  Makan setalam ni banyak manfaatnya. Selain daripada sunnah Rasulullah SAW, salah satunya ialah ukhwah..

Semuanya tinggal kenangan. Sukarnya untuk delete mesej-mesej dalam inbox. Peringatan-peringatan yang diberikan sungguh bermakna sebenarnya. Gambar-gambar  kita bersama semuanya dirasakan mahal harganya..Bersahabat dengan kalian dikatakan amat bertuah. Sahabat-sahabat macam kalianlah yang kuharapkan.

Tatkala mendapat mesej ini dari salah seorang dari sahabat sewaktu perjalanan pulang dari pengebumian mereka, air mata tumpah lagi..betul, persandaran makhluk hanya pada tuhannya. Tuhan yang SATU--->ALLAH.


Persandaran

Persandaran Makhluk Hanya Pada Tuhannya
Tempat Ia Pasrahkan Segalanya
Bukan Selain Daripada Pencipta
Pasti Kekecewaan Yang Akan Dirasa

Bila Bersandar Pada Makhluknya
Jika Terpisah Rasa Kehilangan
Jika Terasing Rasa Ditinggalkan
Jiwa Menderita Gelisah Sentiasa

Biar Bersandaran Hanya Pada Tuhan
Merasai Cukup Hanya DenganNya
Bersama Terasing Rasanya Sama
Allah Sentiasa Di Dalam Jiwa

Biar Terlihat Tidak Punya Apa
Tetapi Hati Kaya Dengan Rasa
Rasa Kasih Dan Cinta Illahi
Menjadi Cahaya Penghidup Jiwa




                            
Akhirnya, semoga istirehat kalian bersama para solehin..amin!




    --------kehausan iman----->


4 comments:

  1. salamualaik'...
    sokong kat kak tya..
    makan dlm talam mengeratkan lg ukhuwah antara kita..
    dari sem 1 hingga sem 8 tak pernah terlepass makan dlm talam

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..2lah dia.senior2 yang mengajar akak sampai akak dah xmalu2 lagi dh..^^syukran buat adik2 n sahabat2 senior

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Al-fatihah..
    Moga arwah ditempatkan dlm kalangan org yg beriman.

    sedihnye sy baca entry ne, sayu sgt ;(

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam wrt..
    tulah dia..kalau nak cerita memang xhabis kisah kami ni..
    betapa manisnya..
    semoga doa kita pun tidak habis untuk mereka..insyaAllah..

    ReplyDelete