Showing posts with label Perihal kaunselor. Show all posts
Showing posts with label Perihal kaunselor. Show all posts

Monday, 9 December 2013

Kem Muslimah Sejati 2013




Pada 8 dan 9 hb 12 baru-baru ini program Muslimah Sejati baru sahaja tamat dengan jayanya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sedikit terubat rindu untuk berprogram bersama adik-adik. Adik-adik pula masih kecil. Masih suci dari dosa dan noda dunia.

Seperti biasa, ada suka dan duka walaupun progam selama dua hari je. Pesertanya dalam kalangan anak-anak sekitar Masjid Jamek Ar rahman, Ulu Bernam, Selangor. Namun ada juga peserta yang datang agak jauh dari rumah mereka. Sasaran umur 10-17 tahun namun ada yang umurnya 8 tahun.

Program ini juga merupakan program yang aku tunggu-tunggukan kerana kesemua pesertanya adalah perempuan. Nama pun Kem Muslimah Sejati. Jadi aku plan macam-macam aktiviti tanpa mengira batas. Kalau sebelum ini ada aktiviti yang terkekang dengan batasnya seperti aurat dan ikhtilat.

Namun realitinya ialah kem inilah satu-satunya kem yang mempunyai bilangan fasi lebih ramai dari peserta. Macam lawak pulak. Namun kami cuba untuk memeriahkan program dengan meminta fasi untuk join sekali aktiviti. Agak happening gak tengok gelagat depa ni.

Pengalaman lucu sememangnya ada. juga mencabar mesti ada. Yela budak-budak ni bukan macam anak-anak sekolah menengah. Contohnya kalau dia nak bertanyakan sesuatu dia tak fikir dah munasabah ke tak soalan tu. Kita pun tak terfikir soalan tu yang dia tanya..
Haiiyaa.. maunya fasi pusing-pusing otak kejap cari jawapan yang terbaik.

Ada peserta yang bergaduh sampai nangis-nangis. yang ni juga membuatkan aku rasa 'pelik'.. Yelah, tak terfikir pun benda ni akan terjadi.

Pertama kali aku tak dapat tahan gelak bila dorang baca doa makan.. Bukan aku nak gelak apa.. yelah lama tak dengar baca doa macam budak-budak.. biiisssssmillaaaaa hirrrohhmanirrrooooohimmm.. gitulah.. Terimbau nostalgia lama la tuh..

Ada perkara yang kelakar dan malu sangat sehingga aku sendiri tak tahu nak sorok muka kat mana. Akulah dalangnya. Otak gila-gila tak boleh nak buang. Sebab sebelum balik tu terfikir nak buat aktiviti last. Main pijak-pijak belon dan kumpulan akan disertai dengan fasi.. Waktu ni aku tak fikir dah sebenarnya itu masjid! Pastu kena tegur oleh seorang anak muda. Lelaki.. aishh.. Kalau pakcik tak pelah.. Tak de lah segan sangat.. Bukan apa mungkin dia tengok aksi-aksi tak ingat dunia aku masa nak pecahkan belon tu. Terguling-guling.. Lari terkedek-kedek dan macam-macamlah..

Pengisiannya untuk program dihandle sendiri oleh kakak-kakak fasi merangkap sahabat-sahabat sendiri. Seronok dengan pengalaman ini sebab dapat memantapkan lagi taaruf antara kami sebab ada yang kenal-kenal macam tu je. Aku pulak handle slot muhasabah.. hehe.. lawak jugak bila fikir balik..Tak payah lah nak cite. Sebenarnya waktu nak handle tu berdebar gak sebab risau tak jadi namun aku buat-buat jadilah macam mana sekalipun. Dengan pengalaman yang ada sebelum ini jadi peserta aku kutip dan lepaskan kat program tu. Itulah seada dan semampunya wahai adik-adik sekalian.



Sesi riadah


Riadah..

'Mayat'

Slot muhasabah

LDK Sirah--Sesi pembentangan

Fail peserta

Kecil je.. sebagai tanda penghargaan

 Antara fasi yang tersnap waktu ni-Thanx semua bantu akak!

 Kembara 'alam'

 LDK ibadah-praktikal solat

 Antara sunnah Nabi cuba dipraktikkan..Makan bersuapan
 (yang tukang suap tu bukak mulut lagi besar kot =)



Majlis Penutup



Lagu tema: 

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati




Oklah, itu sahaja untuk kali ini.. sehingga berjumpa lagi..

Nota kaki : Sambil tarbiah orang sekali gus mentarbiah diri sendiri.. insha ALLAH. Semoga bermanfaat.. Jom jumpa next kem..

Tuesday, 23 July 2013

Topeng



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sahaja aku pakai topeng ini kerana Allah..
Allah.. Izinkan..
                 

Tiada lagi sekeping hati ini yang aku letakkan di kedudukan paling bawah
Kerana rasa rendah itu telah aku sembunyikan disebalik topeng itu
Semua berlaku ikut suka aku
Tiada lagi ikut-ikut orang
Tiada lagi nak bergantung harap
Nangis aku bahu akulah si penemannya
Riang aku, akulah yang meraikannya

Aku sedar
Di sini aku sedang bertopeng
Topeng yang aku sarung ini tiada siapa yang tahu
Walau seorang! Walau separuh orang..
Yeah..! Di sinilah gelanggangnya
Seorang insan yang berkelana mencari sesuap bekalan
Di saat diri yang terkontang kanting, memerlukan kegebuan isi tarbiah yang sekian lama kekeringan,
lesu dengan motivasi yang sering tewas dengan kehebatan orang sekeliling, 
manja dalam menikmati air mata pasrah,
Namun keperluan mereka lebih daripada keperluan sendiri
Telinga mereka butuh..
Mata mereka butuh
Tiada istilah tidak
Kerana menerima tanpa sesen pun syarat itu wajib bagi aku
Menutup segala cerita demi etika yang tersarung
Memesrakan dengan orang sekeliling..
Anasir-anasir segan, tidak boleh, cepat mengalah, yang aku bela kesekian kalinya  terpaksa aku lepaskannya.. Pergilaa..
Biar ia hanyut di sungai Perak
Bersama saki baki keladak penjajah yang bernama Birch..
Sempena aku di sini, biar darah pejuang Tok Lela juga aku rasai demi sebuah perjuangan..
Hidup Tok Lela.. Hidup ISLAM..

Selama 4 bulan ini
Persembahan ini bukan untuk orang lain tapi aku lakukannya demi diri, 
Produk aku sendiri yang berjenama aku bakal tercipta nanti,
Kerana apabila aku keluar nanti,
Biar produk itu penuh dengan wawasan..
Yang sentiasa bersemangat..
Bermotivasi..
Bertepatan dengan bidang yang aku sedang alami ini
Kerana apa.. Aku bukan semata-mata untuk membantu orang lain tetapi aku buat kerana aku mahu membantu diri aku sendiri.. 
Semuanya seiring sejalan sehaluan secara serentak
Sekiranya aku tunggu diri aku untuk jadi hebat terlebih dahulu, ianya takkan terjadi kerana sampai bila aku nak tunggu untuk perfect untuk bantu orang lain.
Biar semua yang aku lakukan aku manambah perisa niat iaitu aku mahu bantu diri aku juga..!

Lagi pun mereka yang aku seru itu bukan yang pertama tapi hati ini..!
Hati ini yang pertama dan terlebih dahulu untuk dibimbing..dikaunseling
Untuk sampai ke dasar hati orang lain, ianya melalui telinga ini dahulu.. 
Meresapi ia di hati ini dulu..
Moga-moga ini yang aku ingat selalu..

Topeng itu..
Akan aku lakukannya bersama ‘kerja-kerja gila’ aku
Untuk aku ingat sampai bila-bila

Topeng yang aku pakai itu juga seperti malaikat
Walau tidak bersayap tapi aku tetap terbang untuk mencari segenap ruang fitrah diri manusia sebenar
Yang baik, yang suci, yang penuh dengan kebaikan
Yeah.. Manusia itu fitrahnya baik..

Allahu, bahagiakan aku dengan topeng ini..
Hakikat sebuah topeng.. Walau di luar nampak lain, palsu namun masih berhakikat diri sendiri..
Moga ketakwaan itu topeng sebenar..


Topeng guru! Topeng kaunselor!


12.17am. 24.07.2013 Rabu..
cikgu Thiah, 
Pewaris Tok Lela,  
Kg. Gajah.. Perak.


Tuesday, 23 August 2011

Menjadi guru yang dirindu

Subhanallah buku ni syok sangat. Hebatlah penulis-penulisnya. Ideanya bagus-bagus, boleh meningkatkan motivasi kita untuk tak sabar-sabar bergelar sebagai guru. Walaubagaimanapun buat masa ni title tu tak payah kejar lagi, (bagi diri ini la) yang penting kita isi roh kita dengan penghayatan kearah profesion seorang guru. InsyaAllah.. Kita isi banyak-banyak teorinya kemudian praktikal kita menyusul. Guru tu pun bukan setakat guru biasa, tapi guru yang dirindu, hebat bukan? Dirindu oleh siapa? Siapa lagi kalau bukan pelajar-pelajarnya.

Jom kita selami..

Dalam buku tersebut, nak sangat kongsikan antara isi yang menarik yang terdapat dalam buku tersebut. Walau pun tak semua tak apa la ye..

Antara petua guru berada dalam kelas..      
Setelah seorang guru sudah habis mengajar dalam kelas dan ada lagi masa yang masih berbaki..

Cuba kita (izinkan untuk guna kita ye)tanya pelajar ada tak diantara diorang yang baca doa sebelum melakukan kerja seharian mereka. Sekiranya  ada, pujilah diorang. Kalau tak ada kita tunjukkan reaksi terkejut kita tu. Kemudian bagitahu doa yang mudah yang boleh dihafal dan diamalkan oleh mereka.

Pada pertemuan yang selanjutnya, cuba tanya kembali adakah mereka amalkan doa yang diberikan. Kemudian tambahkan doa-doa baru apabila mereka sudah mengamalkannya.
Dengan adanya pertanyaan-pertanyaan sedemikian, kita akan tahu sejauh mana tahap amalan dan penghayatan dalam agama diorang. Kiranya kita akan dapat memberikan perhatian untuk memberi nasihat kepada pelajar yang masih cetek dalam pengetahuan agama.

Selain itu boleh juga terapkan bahan pelajaran yang kita ajarkan tu dengan menghubungkan dengan al-quran sebagai bukti adanya Allah SWT. Contohnya guru Matematik memberikan contoh yang Islamik, seperti perhitungan zakat, harta warisan jumlah pasukan muslim dalam perang Islam dan jumlah para syuhada’. Bagi guru muzik pula mereka boleh menumpukan kepada lagu-lagu nasyid Islamik yang indah-indah dan sebagainya. 

Tu sajalah dulu perkongsian setakat ini..jumpa lagi dalam part akan datang insyaAllah..

Penulis2:                                                                                                
Mahmud Khalifah,
Usamah Quthub

Wallahualam,
-PiMEK-

Monday, 8 August 2011

Bertindak sekarang..!



Sebut je kaunselor, pasti ramai yang menganggap kaunselor tu mesti orang yang perfact, tidak melakukan kesalahan dan sebagainya
Ada juga segelintir yang takut untuk bersua dengan kaunselor kerana khuatir rahsia diorang yang akan terbongkar! Pernah dengar tak statement ni? Biasa dengarkan ? Biasalah tu.. Macam-macam persepsi orang berkaitan dengan kaunselor ni. Kadang-kadang kaunselor juga dikatakan hipokrit. Wa.. ni dah lebih ni.
Bakal kauselorkah aku? Kaunselorkah aku suatu hari nanti? InsyaAllah kalau itu yang dicita-citakan. Oleh kerana kos pengajian pun dah ambil kaunseling..jadi teruskanlah..(aik lain macam je bunyinya)-macam terpaksa je ambik kos ni..tak de, tak de..batal2..
Kaunselor ni berat juga tanggungjawabnya. Setuju tak? Nak bimbing budak-budak ni bukan calang-calang cara dan gayanya. Nak bimbing tu mestilah yang terbaik dalam segala segi. Susah tu..
“Kaunselor ni dia yang tunjuk cara nak settle masalah orang, jadinya masalah sendiri juga perlu diselesaikan terlebih dahulu.”
Itulah kata-kata lecturer yang pernah singgah di benak ini suatu ketika dulu.(sebutlah nama dia, baru berkat)..Namanya En. Anuar. Dr. Fauziah juga pernah bagitahu..kaunselor ni kena kuat pegangan agama..gitulah..baiklah! saya akan praktik wahai lecturer2ku..insyaAllah.
Ni salah satu contohlah. Kat sekolah..biasalah kaunselor bagi bimbingan, tunjuk ajar cara belajar dengan betul kepada student. Jadi? Jadinya kita yang nak bimbing pelajar tu mestilah sudah terbimbing..ye lah tak kan layak ditabalkan jadi kaunselor pulak. Nak tunjuk cara belajar dengan betul? Kenalah si kaunselor tadi tu sudah melakukannya terlebih dahulu perkara yang bakal ditunjukkan itu. Ya dak?
Kalau macam tulah.. ciri-ciri kaunselor harus dipraktikkan sekarang! Harus..kita yang bakal mencemerlangkan orang <---konon), bakal mengubah cara orang berfikir, bakal meneladani orang (insyaALLAH semua tu)..haruslah bermula dengan diri sendiri. Betul kan kan..
Secara spesifiknya, cuba kita selami satu contoh..mari kita ukur dengan prestasi peperiksaan aku ni macam mana (ni malas nk cite ni). Apa malas2? Ni layak jadi kaunselor ke tak ni!
Oklah berbalik citer tadi..macam mana dengan result aku? Dah mantap? Dah cemerlang? Dah puas hati? So macam mana?
Bertindak sekarang! Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalu bukan di sini di mana lagi?
Wahai STCP..ingatlah.. bertindak sekarang OK! STCP BOLEH!! Umat Islam sentiasa boleh..yeah!
Semoga bertemu lagi kita dalam part yang akan datang insyaAllah..


-Pimek -