Saturday, 2 March 2013

Seronoknya Bertudung Labuh..!


Astagfirullah3x.. jom perbaharui taubat.. dah berapa kali kita mengungkapkan taubat pada hari ini, sudah cukupkan seperti yang ditarget pada setiap hari?

Apa pula cerita pada kali ini?
Kali ini hati terpanggil untuk mencoretkan mengenai tudung, tudung apa?
Tudung labuh..!

Tahniah kepada pembaca kerana mata anda dah berjaya terhempas kat sini.. atau lebih tepat lagi..membaca entri ni.. sekiranya anda ada niat untuk membacanya sampai habis, maknanya anda HEBAT..! ce wah.. teruskan kehebatan anda dengan pengisian yang tidak seberapa ini.

Aku yakin ramai penulis di luar sana tak terlepas untuk menceritakan pasal tudung.. lebih-lebih lagi muslimah yang sudah mula berkira-kira dalam misi penghijrahan daripada tudung biasa kepada tudung yang lebih besar saiznya.. atau lebih tepat lagi sudah pun berjinak-jinak dengan tudung labuh..

Bagi aku tudung labuh kat sini tudung yang bersaiz lebih kurang 60 bidangnya. tak kisah la yang bulat ke bersegi-segi..

Kalau yang bulat tu lagi pure dan original kan..

Sebenarnya hati aku pun terpanggil untuk membuat perkara yang sama
Waa.. orang kata nak suntik semangat dengan diri sendiri selain berkongsi rasa dengan peminat setia diluar sana.

Ada unsur dakwahkan??

Misinya sama sahaja iaitu mengagungkan pemakaian tudung labuh. Mengagungkan redha Allah itu yang lebih tepat. Namun perkara yang berbeza ialah cara penulisan. Aku suka cara ini, mereka suka cara masing-masing. Moga Allah redha cara aku ini. Amen ya Robb..

Jap.. jap.. cara aku? Macam mana cara aku?
Aku suka bermain bahasa.. liuk lentuk bahasa itu yang aku suka. Seronok melantun sastera.. kalau tak caya boleh la klik mana2 entri yang sebelum-sebelum ini. Itulah pasal lahirnya penulis yang semakin bertambah abad ini. Uniknya bahasa. Ok, kita stop dulu pasal ni.. nanti karang tak habis-habis pula duk kupas pasal ni.

Jom kita layan dulu..

tertariknya aku padanya
sukanya aku melihatnya
terasa ingin sekali dekat dengannya
sejuk mata memandang

membuntang bulat mataku sehingga lenyap di mata
ingin mendekati jasadnya
kadang-kadang mahu sahaja aku menegur sesiapa yang memakainya
kerana aku yakin mereka orang yang baik-baik
dan aku pula nak jadi orang baik
aku akui walau pun nampak besar,
nampak lebar
dan kata orang macam kelambu,
macam selimut
macam cendawan
aku tak kisah
bila aku berada bersama mereka aku sangat seronok
bila aku berseorangan dengan tudung labuh yang tersarung itu, aku tahu syaitan goda aku
mengugah keyakinanku
tak puas-puas nak runtuhkan keyakinanku, semangatku, kefahamanku, peganganku

Allah lindungi kenyamannya
Allah lindungi keselamatannya
Dari mata-mata nakal dan liar

Bertudung labuh bukan nak pancing rasa diminati lelaki soleh
Apatah lagi untuk menggoda muslimin yang berkopiah, berserban, berjubah, berjanggut
tapi nak jinakkan diri dengan keimanan yang sentiasa tegar
kerana aku tahu bertudung labuh sedikit-sebanyak memelihara diri
menjaga diri
sekurang-kurangnya segan dengan tudung labuh tatkala maksiat menyapa

bertudung labuh bukan bermaksud seseorang itu sudah perfact
tetapi ingin menuju ke arah itu
bertudung labuh pun ada buat dosa
bertudung biasa pun ada buat dosa
sekurang-kurangnya bertudung labuh menuju syariat yang sempurna
walaupun kita selalu dengar, walaupun tudung biasa tapi hati baik
memang..
hati baik, kelakuan baik, tudung labuh, bukankah itu bonus namanya?

bertudung labuh juga dapat title ‘ustazah’ walaupun aku bukan ustazah
tapi tak pelah sekurang-kurangnya ada doa untuk aku

“hai ustazah”
“Assalamualaikum ustazah”

tak kurang juga yang memerhatikan..
macam pelik agaknya
turun dari planet mana la ye
(apa tengok-tengok? nak rasa penangan taekwondo tali pinggang putih x?)

hinakah tudung labuh?
Ketinggalan zamankah tudung labuh?
Biar hina di mata manusia tapi tidak pada Allah
Biar tidak mendapat nilaian solehah di mata manusia tapi hanya Allah yang menentukannya markah itu.

Bagi yang bertudung labuh, jom refresh niat
Moga niat kita jelas, suci lagi murni
Amen..

seronoknya bertudung labuh..!

moga aku dan mereka di luar sana beristiqomah, amen3

sweetnya..

Kala hari mula membuka tirai,
5.31a.m
03/03.2013

Reactions:

0 comments:

Post a Comment