Abah baru balik dari tempat
pengebumian seorang pakcik yang merupakan penghulu di kampung aku. Al fatihah
kepada Almarhum Pak cik Jusoh. Teringat pula jasa-jasanya terhadap keluargaku.
Setelah mematikan enjin motosikal
yang semakin uzur keadaannya, abah naik atas rumah, sambil itu sempat lagi dia
bergurau dengan anak buahku yang sedang bersantai-santai di tangga. Aku hampir
mencuri melihat wajah abah. Ada garis kesugulan di wajahnya.
Aku dapat mengagak bahawa abah
sedih dengan kehilangan arwah..
Jarang aku kisahkan hal sebegini.
Maksudnya aku ingin menyelami apa yang abah rasakan. Namun pada kali ini hati
aku turut di bawa bersama dengan hati abah yang mana terarah pada tempat yang
sama.
Mungkin abah merasakan sesuatu
selepas menyelesaikan kerja-kerja menguruskan mayat. Padaku besar sangat untung
abah kerana khidmatnya terhadap kerja-kerja pengurusan mayat yang
sebelum-sebelum ini mustahil abah tidak merasakan sesuatu iaitu ibrah
untuk dirinya. Abahkan kan.
Selepas ini mayat siapakah yang
akan abah uruskan? Mandikan, kafankan, kebumikan, talkinkan dan sebagainya.
Akukah? Mungkin, kerana aku calon jenazah, setiap hari yang berlalu, semakin
pendek umur kita..
Abaah, kite takut..!
Bagaimana ye perasaan abah
sewaktu buat kerja-kerja tu..??
Semoga entry ini dapat membawa kita semua lebih-lebih lagi individu yang sedang menekan keyboard ini dengan MENGINGATI MATI..
Kerana orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati..
*Status terbaru : Bertunang dengan kematian
6.15am..
9/10/12..
Allahurabbi..
ReplyDeletesungguh buat hati tersentak..
kematian itu pasti..
jzkk entri yg berguna ini.
Alhamdulillah, memang kematian sering menjadi guru tentang hakikat bahawa kita pasti akan menemui kematian... entah bila
ReplyDelete