Saturday 30 June 2012

Kelakar Anak-anak Buah Aku ni..!

Salam keceriaan dihulurkan buat semua..

Kali ini nak cerita sesuatu..

Alkisahnya,,

Sepanjang menjadi babysitter dalam dua tiga hari baru-baru ni, macam-macam gelagat anak buah yang menjadi peneman dikala diri ini rindukan adik-adik di rumah.. Adik-adikku, tunggulah.. Sungguh, aku merindui kalian dan tidak sabarnya hendak mendengar cerita-cerita dari kalian.. 


Kepada Ma Abah, lagilah anakandamu ini merinduimu..sangat-sangat..!

Ok, mula nak bercerita ni.. Masing-masing, buka silaannya elok-elok..

Lokasinya di Sungai Buluh, Selangor.

Yang sulung lima tahun, Muhammad Naufal, panggil Along.


..sekolah PASti..

“Che Yah, nak tengok laptop.” Rengekan Along penuh kemanjaan.(bujet nak pujuk kerana biasanya permintaan-permintaannya itu selalu sukar dipenuhi)

Aku buat tak tahu.

Dia ulang lagi, kali agak kuat dari yang pertama, tersasar sedikit melodi manjanya.

“Che Yah, nak tengok laptop..!”

“Tengoklah, kat atas tu.” Jari telunjukku halakan ke atas almari plastik yang berwarna pink hitam itu. Sengaja aku letakkan tinggi-tinggi supaya nanti dia tak masuk bilik secara diam-diam dan dengan penuh yakinnya menekan butiran huruf pada keyboard yang pernah sekali aku skodeng perbuatannya itu. Dalam hati.. Menggelegak beb! huh! Bro Sams. (Samsung)

“Nak tengok apa kat laptop?”

“Nak tengak Upin, nak tengok boboiboy dalam laptop Che Yah tu.

“Tak payahlah..”

“Ala, Along tahu Che Yah pun nak tengok juga.” 

“Mana ada Che Yah tengok. Sangkalku. (dalam hati aku gelak sedikit..hehe)

“Hari tu Along tengok.”

“Che Yah tengok yang Che Yah tak tengok lagi je..kalau yang selalu Along tengok yang Pulun-pulun (Geng Pengembaraan) tu, Che Yah tak tengok, boringlah Che Yah, asyik ulang yang sama je.” Aku tahu kalau ada terpapar gambar cerita yang Pulun-pulun itulah pilihannya. 

Hendak diceritakan 1 sebelum kejadian ni, waktu aku bukak fb depan dia, kemudian dia terpandang benda ni..


So dia kata, “BOboiboy!” Aku ingatkan dia tengok kat mana, rupanya Tok Aba tu atok Boboiboy..emm TERBAAAIK!

 Atok muncul salah timelah pulak.

So terpaksalah bukak kat youtube pada hari itu. boboiboy.. upin & ipin.

                                          **************************************************

 
Yang kedua ‘Afa Nawwar, nama panggilan Angah.




Along & Angah


Umur 4 tahun-anak kedua inilah yang biasanya bermasalah.. Lect yang cakap,, So kadang-kadang ter'aim' sesapa yang anak kedua ni memang bermasalah, tapi tengok jugak situasinya.. Jangan marah ye orang anak kedua..

Selalu mengusik adik tak kira tempat, kadang-kadang geram sangat.. Bila fikir balik, budak kecil.. Jangan nak berkira sangat.

Ada satu kisah tu..    
                        
Angah yang sudah pun puas menghabiskan masa dengan bermain-main, dia akan cari umi dia. Bila dia tengok adik bersama uminya, tambah-tambah lagi adiknya yang tengah syok bersama botol susu, dia mendekati dan tanpa sewenang-wenangnya tangannya menepuk-nepuk bahagian perut adiknya tanpa belas kasihan..Aduhai,, sadisnya.. Itu adiknya, masih kecil dan punya deria tahan sakit yang senipis kulit bawang.. Simpati mula menyelinapl di jiwa. (Dalam hati, kanak-kanak..)

Segera aku ke dapur sebelum suasana bertukar lebih kritikal, buatkan susu untuknya..

Dalam memenuhi permintaannya itu, aku ambil kesempatan, 

"Angah nak ni?"

Diam—tgk je aku.

Aku hulur.

Dia nak mencapainya dan aku tarik balik.

"Emmm,,nak..!"

Dua tiga kali aku buat perkara yang sama, aku akhirnya bagi kat dia dan lantas dimasukkan dalam mulut dengan rakusnya. Memang dia lapar..

"Angah, kenapa buat adik macam tu. Kesian adik, adik kecil lagi. (aku mula memberi ayat-ayat Halaqah Sentuhan Qalbu).. Kalau Che Yah buat Angah macam tu jugak nanti Angah pun akan rasa sakit. Che Yah buat nak?"

Aku meniru perbuatan sepertinya.

Perkara yang menyakitkan hatinya, dia tak bagi respon apa-apa pun,,aduhai sakitnya hati, tanganku bukan makin tinggi lagi demonya kat perut dia.

"Angah, angah ada mata, angah ada telinga, ada mulut, (tiba-tiba gelak), aku sambung lagi, angah cakaplah yang Angah nak susu." (rendah suaraku-cicak pun muntah mendengarnya-romantik suara itu sebenarnya)

Belum habis aku bermadah bicara, 

"Kenapa Che Yah cakap macam tu." Matanya dikedip-kedipkan.

Hehe..budak ni,,dalam hati geramnya.. Slot muhasabah bersamanya yang sedang menikmati susu dutchlady tidak berkesan.. salah time kot. Hehe..
                                 
                                    ******************************************************

Adik, nama sebenar, Adnin Safiyyah..Panggil Adik. Umur setahun lebih.



Yang ni sangatlah baik orangnya.. Sebagai anak bongsu, dialah yang paling banyak mendapat kasih sayang, walaupun sukatan tersebut tidak dapat diukur namun jarak Angah dengan adik selama 2 tahun 3 tahun lebih itu. Namun kuantiti itu tidak dapat ditandingi si sulung kerana kualiti keterujaan mendapat anak pertama sememangnya tidak dapat digambarkan oleh si ibu bapa. 

Ok.. bagi si adik pula kecerdikannya itu kadang kala hadir membahagiakan hati.
Memang dia manja dengan umi dia. Dengan babanya pun lagi manja. Masa umi nak melangkah keluar rumah dia akan menangis.

Namun hanyalah sekejap je tangisannya. Dia akan berhenti selepas menitiskan air mata setelah  2 3 langkah umi @ babanya meninggalkan rumah..

Aku bagi ubat. Penawarnya ialah susu..!

Kemudian dia akan senyap dan bergolek-golek atas tilam sehinggalah tertidur. Dia akan ‘menetap’ je atas tilam sehinggalah umi @ babanya balik. Sepanjang penantian itu dia berusaha pejam mata, kemudian bukak dan pejam balik, bermain-main dengan botol susunya. 

Kesian pulak aku tengok. Namun tidak dinafikan kerja-kerja 'part time' suri rumah tu berjalan lancar dengan menyapu, sidai kain dan sebagainya. Kadang-kadang aku tidur sekali..emm bahagianya jaga budak macam ni..

Tapi..ada tapinya

Bila je uminya balik,,mulalah tunjuk perangainya itu. Topeng yang dipakai sewaktu ketiadaan orang tuanya itu sitanggal sepenuhnya. 

Dah tak boleh berenggang dah. Kalu tinggal je sekejap dah merengek-rengek dan menangis, lebih-lebih lagi tengok muka aku..hehe.. automatik berubah. Anti sangat tengok muka aku ni..

Tamat dah cerita untuk setakat ini. Emm kelakarlah budak-budak ni..

Inilah dikatakan penawar bagi ibu bapa yang berpenat-lelah menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak.

Nak diceritakan mereka bertiga tulah yang aku jaga selepas pantang sebelum mereka diserahkan kepada pengasuh.. Dalam lebih kurang sebulan @ 2 bulan tempohnya.   

Akhir kalam, ANAK CERIA, IBU BAPA BAHAGIA..

MAK SAUDARA KORANG YANG SPORTING..(Kerr?)
SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN. 

1 comment:

  1. comel gelagat mereka..adik perempuan yang ke 8 tu pun suka kacau adik bongsu.huhu.kesian..budak-budak..

    ReplyDelete