Bungkam
lagi
Kenapakah?
Aku
tak mampu nak merobek-robek bibirmu
Untuk
mengeluarkan butir bicaramu yang amat mahal ketika ini
Aku
tak faham
Apa
yang sedang dialami?
Ke wajah aku yang menyebabkan kau jadi begitu?
Tak
ada pulak nak cermin muka pada ketika ini
Nak
tengok buruk sangat ke wajah aku sampaikan reaksi kau macam tu
Masam
sangat ke muka aku ni
Masam?
Manis? Pahit? Tawar?
Uniknya
Semuanya
kegunaan dengan lidah namun santapan mata juga sesuai!
‘Enti
ada masalah ke?’
Luahan hati tersekat
di kerongkong
Jari-jemari
tak menang tangan duk tekan-tekan benda alah tu
Menyambut deringan mesej
Seterusnya
Menghantar
dan menerima
Ada
je sebelah aku ni
Semalam aku dah tanya
Ok ke tak?
.................
Tiada sahutan
Ok..! (hati tetap setia memujuk walaupun tak ok)
Aku
tak faham
Tadi
nampak ok
Sekarang
macam tak ok
Dengan
orang lain nampak ok
Dengan
aku macam tak ok
Kalau
bersama samsungnya nampak ok dan ada ketikanya tak ok
Nasib
kau lah bro Sams
Aku
ada buat salah ke?
Tak
apalah, janji bas terus gerak
Walau
situasi dingin, tapi bas ceria meneruskan kerja-kerjanya
Sekurang-kurangnya
aku dapat fikir tentang bas ni
Daripada
fikir orang sebelah
Yang sukar untuk aku tafsirkan
Bas
ni senang je
Bila
pakcik driver ni pusing sikit stereng tu..
Lantas
roda dia pun bergerak sama ikut arah pusingan stereng tadi
Senang
bila ada panduan
Segalanya
mudah dengan ada peraturan
Sama
juga dengan traffic light yang dilintasi tadi
Perjalanan
akan lancar dengan adanya lampu tiga warna dan tiga fungsi tu
Sekiranya
semua tu padam camne?
Mestilah
tak ada nyalaan yang keluar..(kelakar tak kelakar tak)
Berkemungkinan
akan bercelaru
Arah mana
satu nak jalan dulu
Masing-masing
nak jalan dulu
Masing-masing
nak cepat
Sekiranya
lampu berfungsi seperti biasa
Nampak
ok je..
Perjalanan
akan seperti biasa
Begitulah
Bas
juga seperti masa
Pantas
berlalu (ikut kelajuan driver)-‘kurangkan laju ye pakcik’
Meninggalkan
rumput, pokok, daun dan segalanya yang berada di tepi jalan
Bas..
Bawalah
hatiku sekali
Meninggalkan
perasaan ni seperti yang dialami
Seperti
mana flora-flora yang ditinggalkan tadi
Alamak
aku lupa..
Walaupun
tak ada cermin ketika itu
Tapi
aku punya tangan
Lantas
jemariku diletakkan atas dua bibirku
Aku
dapat merasakannya melalui sentuhan itu
Ada
bentuk separa bulan yang kedudukannya seperti huruf C yang menunduk ke bawah
Ya Allah
wajah aku ni yang mencuka rupanya
Tak
ada cermin alasan je
Tangan
ada tapi lupa nak guna
Ok,
sekarang aku bentukkannya untuk membangunkan semula C tersebut
Dan..
Tolonglah..
Katakan
sesuatu padaku..!
Akhirnya
roda bas terhenti pada destinasi yang telah dirancang
Alhamdulillah
sampai juga akhirnya
Untuk
mengadap lecture yang disayangi ..
Sebelum
melangkah ke bilik kuliah, sekali hati membisik
Buka mulutmu dan
SUARAKAN
SESUATU SAHABATKU..!
2:41 a.m.
20/06/2012
Sungai
Buluh, Selangor
0 comments:
Post a Comment