Friday 29 July 2011

Syukur-syukurlah

Ada satu kisah yang ingin dikongsikan bersama. Mungkin ada yang pernah mendengar kisah ini atau mirip kisah ini..kisah ini dipetik dr sebuah radio tempatan dalam segmen motivasi pagi..kisah ini begitu terkesan kerana moralnya sangat mudah dan boleh ingat sampai ke hari ini.
Ada seorang perempuan tu,,dia seorang yang sangat cerewet dalam banyak hal daripada bermula dengan dirinya hinggalah persekitaran. Setelah berkahwin dia menjalani kehidupan seperti biasa. Kemudian dia dikurniakan seorang anak lelaki..Ditakdirkan anaknya ini seorang yang sangat nakal. Hanya tuhan sahaja yang tahu apabila mempunyai anak yang nakal sedangkan diri seorang yang cerewet kerana terlalu menjaga. Seolah-olah dia lebih sayangkan benda lain daripada anak sendiri. Contohnya rutin harian yang mana setelah siap mengemas di bahagian ruang tamu, dia ke dapur untuk merapikan dapurnya yang dirasakan seolah-olah mesti berkilat. Anaknya yang selalu membuatkan rumah itu berselerak. Begitulah kebiasaan yang dilakukannya setiap hari.
 Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ada kawan si ibu yang mahu datang ke rumah. Seperti biasalah dia akan mengemas rumah cantik2. Setelah dirasakan puas hati, dia ke dapur pula untuk menyiapkan makanan.  Setelah penat di dapur, si ibu tadi ingin melepaskan kepenatan dan berhasrat untuk ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya si ibu tadi kerana ruang tamunya kembali berselerak. Semua barang2 tunggang langgang. Langsir putus, sofa jd kedudukan terbalik, karpet kembali dipenuhi habuk dan sampah dll. Si ibu tadi sangat bengang dan hilang sabar dengan kelakuan anaknya lalu mengejar sehingga ke luar rumah. Tiba disuatu jalan, tiba-tiba gedegang!! Si anak dilanggar kereta. Lalu si ibu berteriak di situ.. kemudian tiba di hospital dia merayu kepada doktor supaya menyelamatkan satu-satu anaknya itu. Ditakdirkan anaknya meninggal dunia. Menangislah si ibu tidak berlagu..
Apabila sampai di rumah, dia sangat menyesal dan rindukan anaknya itu. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dia akan teringat pada anaknya. Seperti biasa dia akan berkemas rumah. Namun setelah siap dia tiba-tiba menyelerakkan balik rumahnya itu. Baru dia tahu betapa nikmatnya semasa dia memarahi anaknya seperti selalu. Setelah kehilangan anaknya itu dia dapat pengajaran untuk dirinya.

Moral : Nikmat datang sekali sekala, bersyukur kena selalu.
Sekian, wallahualam..(PiMEK)

0 comments:

Post a Comment