Thursday 21 July 2011

Nak berubah tapi..tak rasa hipokrit ke

Kadang2 seringkali kita dengar ada sesiapa je yg nak berubah hatta kita sendiri pun tak terlepas daripada fikir benda2 negatif. Biasalah tu kalau ada je nak buat benda baik namun perkara negatif selalu mengekori.


Sampah2 yang masih melekat ni lah yang perlu kita campak jauh2. Sebab musuh yang kreatif tu boleh buat pe je asal tujuannya sampai..kita je yang xkreatif nak jauhkan darinya. Ya tak diri ini..mujahadah wahai diriku..


Baiklah berbalik kepada persoalan yang ingin kita selusuri..dalam soal nak buat baik atau nak berhijrah ke arah kebaikan ni pernah tak kita selalu dengar dari mulut2 yang tersesat sebab terkeluar juga soalan-soalan cam ni.. Ni antara contoh lah.
“Kau nak pergi mintak maaf kat dia. Eh kau ni buang tabiat ke?”
Atau                                                          
“Kau nak pakai cam ni? Hipokritlah beb”
Atau lebih teruk lagi
“Eh, kau ke orang lain ni?aku ngigau ke apa. ce cubit aku sikit”
Atau macam-macam lagi lah ragamnya. Macam ni  lah kawan. Pernah juga dengar statement ni “salah pilih kawan, salah pilih masa depan”. Ada yang kata hipokrit. Sebenarnya kalau kita yang melakukan perkara xelok itulah yang dikatakan hipokrit. Ini kerana seorang bayi yang dilahirkan ke dunia secara fitrahnya suci, bersih dari sebarang dosa..


wallahualam--
-PiMEK-

0 comments:

Post a Comment