Thursday 28 July 2011

Perlu bosan ke?

"Eh, bosan lah cuti 2, 3 hari ni. kau tak rasa ke?"

"Cuti 2, 3 bulan duk kat rumah wat pe je? xbosan ke?"
"Eh boringlah, tak tahu nak g mana."
“Puah weh duk lagu ni. Xtahu nok wat gapo. Puah do’oh nah..”


Tulah antara dialog yang seringkali kita dengar yang berupa keluhan daripada manusia. Biasalah nama pun manusia yang tak terlepas daripada keluh kesah. Tapi semua tu boleh di ubah yakni dengan penghayatan ilmu.
Apabila teringat je perkataan boring @ bosan @ puah (dlm dialek klate), lantas ingatan mula menerjah kata2 seorang ustazah Dato’ Fatimah Azzahra (mcm tu kot nama dia). Ingatan tu rasanya dah berusia 3,4 tahun,,Alhamdulillah sempat di sampaikan kat sini.

“Hidup di dunia ni kita tak boleh cakap boring, bosan dan tak tahu nak buat pe kerana di dunia inilah adanya kesempatan untuk melakukan apa je untuk bekalan di negeri abadi. Banyak benda sebenarnya yang boleh kita buat asalkan perkataan boring tu xpernah wujud. Kalau kita bosan, xda nak buat pe, macam2 cara nak isi masa tu cam baca quran ke, zikir2 ke, baca apa2 yang bermanfaat ke,,”

 Begitulah antara petikan yang masih tersemat di perdu ingatan ini. Tak tahulah kalau ada yang tertokok tambah tapi itulah yang pengisian yang cuba disampaikannya.

     Wallah’ulam (PiMeK)

0 comments:

Post a Comment