Friday, 13 September 2013

Aku dan Tarbiah


Balik dari kelas, Shafi meletakkan beg sandang yang dipakai, membuang tudung labuhnya dan meletakkan di birai katil. Sarung kaki dan tangan belum diusiknya lagi. Biarkannya kerana tuntutan tubuh yang kepenatan terasa perlu diutamakan. Dia merenung syiling. Tidak tahu ke manakah penghujungnya renungan itu. Adakah sampai dilangit biru?

Entah.

Setibanya tubuh itu di permukaan tilam lembut, ada hembusan kecil keluar dari hidungnya..

Ahhh.. leganya.. terasa ada regangan. Terasa mahu memejamkan mata sekejap.

Tiba-tiba,

“Akak, baru habis kelas hari ni?’ Tanya roomateku sambil tangan laju menaip pada keyboard laptopnya. Aku sendiri tidak sedar akan kehadirannya. Fikiran entah ke mana masa mula-mula masuk tadi. Aku tidak pasti.

Sambil membuka mata lambat-lambat,

“Emm..” kataku. Belum solat lagi ni.. jawabku lambat-lambat.

“Solat la dulu kak pastu tidur, Kesian akak nampak penat”

“Ok. Sambil mengatur langkah menuju ke tandas.

Syaitan tidak putus-putus membisikkan macam-macam..

'Astagfirullah.. puhhh... nyah kau dari sini...!'

Baru beberapa saat aku berada dalam tandas, tiba-tiba..

Dum.. Dum.. Dum.. Pintu utama berbunyi agak kuat.. 

(..bersambung..)



<Mengelap habuk yang menghiasi blog dengan menulis cerpen..Pembakar semangat meneruskan kerja-kerja hakiki mungkin>

Happy holiday.. 
Selamat Hari Sabtu..
9.15pm
13/9/2013

Tuesday, 23 July 2013

Topeng



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sahaja aku pakai topeng ini kerana Allah..
Allah.. Izinkan..
                 

Tiada lagi sekeping hati ini yang aku letakkan di kedudukan paling bawah
Kerana rasa rendah itu telah aku sembunyikan disebalik topeng itu
Semua berlaku ikut suka aku
Tiada lagi ikut-ikut orang
Tiada lagi nak bergantung harap
Nangis aku bahu akulah si penemannya
Riang aku, akulah yang meraikannya

Aku sedar
Di sini aku sedang bertopeng
Topeng yang aku sarung ini tiada siapa yang tahu
Walau seorang! Walau separuh orang..
Yeah..! Di sinilah gelanggangnya
Seorang insan yang berkelana mencari sesuap bekalan
Di saat diri yang terkontang kanting, memerlukan kegebuan isi tarbiah yang sekian lama kekeringan,
lesu dengan motivasi yang sering tewas dengan kehebatan orang sekeliling, 
manja dalam menikmati air mata pasrah,
Namun keperluan mereka lebih daripada keperluan sendiri
Telinga mereka butuh..
Mata mereka butuh
Tiada istilah tidak
Kerana menerima tanpa sesen pun syarat itu wajib bagi aku
Menutup segala cerita demi etika yang tersarung
Memesrakan dengan orang sekeliling..
Anasir-anasir segan, tidak boleh, cepat mengalah, yang aku bela kesekian kalinya  terpaksa aku lepaskannya.. Pergilaa..
Biar ia hanyut di sungai Perak
Bersama saki baki keladak penjajah yang bernama Birch..
Sempena aku di sini, biar darah pejuang Tok Lela juga aku rasai demi sebuah perjuangan..
Hidup Tok Lela.. Hidup ISLAM..

Selama 4 bulan ini
Persembahan ini bukan untuk orang lain tapi aku lakukannya demi diri, 
Produk aku sendiri yang berjenama aku bakal tercipta nanti,
Kerana apabila aku keluar nanti,
Biar produk itu penuh dengan wawasan..
Yang sentiasa bersemangat..
Bermotivasi..
Bertepatan dengan bidang yang aku sedang alami ini
Kerana apa.. Aku bukan semata-mata untuk membantu orang lain tetapi aku buat kerana aku mahu membantu diri aku sendiri.. 
Semuanya seiring sejalan sehaluan secara serentak
Sekiranya aku tunggu diri aku untuk jadi hebat terlebih dahulu, ianya takkan terjadi kerana sampai bila aku nak tunggu untuk perfect untuk bantu orang lain.
Biar semua yang aku lakukan aku manambah perisa niat iaitu aku mahu bantu diri aku juga..!

Lagi pun mereka yang aku seru itu bukan yang pertama tapi hati ini..!
Hati ini yang pertama dan terlebih dahulu untuk dibimbing..dikaunseling
Untuk sampai ke dasar hati orang lain, ianya melalui telinga ini dahulu.. 
Meresapi ia di hati ini dulu..
Moga-moga ini yang aku ingat selalu..

Topeng itu..
Akan aku lakukannya bersama ‘kerja-kerja gila’ aku
Untuk aku ingat sampai bila-bila

Topeng yang aku pakai itu juga seperti malaikat
Walau tidak bersayap tapi aku tetap terbang untuk mencari segenap ruang fitrah diri manusia sebenar
Yang baik, yang suci, yang penuh dengan kebaikan
Yeah.. Manusia itu fitrahnya baik..

Allahu, bahagiakan aku dengan topeng ini..
Hakikat sebuah topeng.. Walau di luar nampak lain, palsu namun masih berhakikat diri sendiri..
Moga ketakwaan itu topeng sebenar..


Topeng guru! Topeng kaunselor!


12.17am. 24.07.2013 Rabu..
cikgu Thiah, 
Pewaris Tok Lela,  
Kg. Gajah.. Perak.


Tuesday, 25 June 2013

Hatiku Bersekolah Lagi




Aku yang dulu berbeza dengan diri yang sekarang
Aku dari sekolah biasa-biasa
Bukan dari sekolah agama
Mengandungi biah solehah yang bersepah-sepah

Namun tak bererti aku tidak dapat semua itu
Kerana aku mahu ketemuinya tempat lain
Moga hijrah dari tanah tumpah darah
Ke tempat pemastautin seketika ini membawa satu penghijrahan yang terbesar dalam hidup
Hijrah hati

Hati yang menuntut untuk menanggalkan keladak-keladak jahiliah
Dan diisi dengan tarbiah yang putih bersih

Moga hati yang kotor dapat dibersihkan di sini
Bersama dengan teman-teman yang berkehendakkan tarbiah
Bukan tidak pernah ada teman-teman yang baik
Namun di sini aku dapat teman-teman lebih baik
Baik sangat
Sehingga dirasakan seperti malaikat pula
Kerana berkongsikan kefahaman untuk diletakkan tempat yang paling atas

Masalah
Bukan aku tidak pernah ada masalah-masalah kat sekolah dulu
Di sini pula tidak di nafikannya
Kalau dulu suka tunjukkan kat orang yang aku ada masalah
Tapi sekarang?
Sekarang aku suka lari jauh-jauh dengan semua orang
Kerana aku sekarang dalam bidang yang memerlukan untuk berbuat demikian
Namun aku sedar sejauh mana pun aku lari
Aku tetap lari di bawah langit yang sama
Langit Ilahi
Allah juga yang pasti dijumpai

Sekarang aku sedar
Walau aku dari sekolah biasa-biasa
Atas bumbung mana-mana sekolah pun jika aku pergi
Sekolah tu tetap berbumbungkan langit yang sama
Kerana luar biasanya sebab Allah buat demikian                       

Sekarang aku sedar
Perancangan Allah lebih baik
Takdir itu yang terbaik
Untuk aku susun perkara pada masa hadapan dengan baik sekali

'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" ( al-Baqarah: 30)


Disaat-saat terakhir di sini
Menanti detik-detik hati yang bakal bersekolah sebagai kaunselor pelatih
Moga hati ini dibawa dengan penuh misi
Setelah 3 tahun penghijrahan di bumi Murobbi
Melatih diri dengan dakwah dan tarbiah
dan  semoga
Dakwah tersebar juga di sana
SMK Dato' Maharaja Lela

Hatiku..
 Bersekolah lagi dikau, cuma peranannya yang lain.
Moga topeng daie yang aku pakai ini topeng yang Allah redha
Allah, istiqomahkan aku dijalan ini.




KHAR-26/06/2013.
3.26a.m


Thursday, 13 June 2013

Gebu



Kesejukan alat penghawa dingin menuntut aku bergerak membetulkan kedudukan
Tiba-tiba mata melirik pada susuk tubuh di hadapan
Jaraknya memisahkan kami hanya sebuah meja
Wajahnya tidak dapat dikenali kerana posisi yang bertentangan
Timbunan buku sederhana tinggi di depannya
Berjubah kelabu dipadankan dengan tudung labuh lebih lembut dari jubahnya
Ada sesuatu yang menarik di pandangan mata
Di sebelah kanan
Cantik
Cemburu menyelinap
Ada sesuatu tidak ada pada aku sekarang yang ada padanya
Berada paling atas timbunan buku-buku akademik
Tasbih digital dan quran
Aku terasa sesuatu..
Allahu..
Iman sedang menggebu..


Library Fantasi 619, khar
12.35am 14/6/2013


Sunday, 12 May 2013

Kisah PRU 13


Bangun pagi-pagi..

Suasana di rumah riuh rendah dengan suara-suara anak-anak kecil
Mendengar usainya mereka sarapan bersama-sama..
"Jom..!"
"Nak pegi mana?" Laungku. yang memisahkan kami ialah dinding rumah.
"Weii,,ngundi laah..!"
"Awalnya.. malam tadi jugak kata tak mau awal-awal.." Aku cuba merungut.
'Alamak, guwe belum mandi beb!'
Aku masih berlingkar malas di bawah selimut berperisa enak. Udara segar kampung menuntut diri untuk mengalas kulit badan.
...sambil..
Menikmati aktiviti sampingan sebagai puteri bujang sebaiknya..!
Bermalas-malasan sebagai ‘adik’ yang belum ada pasangan lagi.. satu-satunya!
Akulah tu..!
Macam nak pakai baju baru je..
Hari ni kan hari raya..!
Errr..
Hari pilihan raya..
Jari inilah first time berkhidmat memangkah undi..
Hari ini hari aku berhak untuk membuat pemilihan.
Pemilihan kepada pemimpin yang akan menjadi ketua kepada penduduk yang bernama Dun dan Parlimen.
Pemimpin yang macam mana nak dipilihnya?
Yang tu aku dah aim awal-awal.
Harap aku tidak silap itu.

Adik dan kakak di atas dan bawah aku xde nama dalam dalam senarai daftar pemilih
Terkejut jugak den, pagi tu baru tahu yang dorang tak boleh ngundi
Wahh.. macam bangga pulak.
Sekadarnya aku bersiap sebab orang dah tunggu..
"Nak bedak..!"
"Alah, xpayah bedak-bedak..!"
Bisingla dorang ni.. nak bebel pulak pagi2.. kot ya pun bagi la ucapan buat yang terbaik ke.. jangan bagi undi rosak ke. Aku kan first time dalam rumah tu.
Melangkahnya keluar rumah..
Macam nk keluar raya, p ziarah saudara-mara pula..seronok..
Lepas tu bila tengok persekitaran, mata pula dihidangkan dengan poster-poster, bendera-bendera warna hijau, putih dan biru.. warna-warna ni je ada kat tempat aku.
Haa..nilah lainnya raya kali ni.
Raya yang ada poster-poster, bendera-bendera.
Aura warna sememangnya berperanan untuk aku..
Suasana inilah yang aku rindu..
Saat inilah baru aku faham. Kenapa perlu ada semua ni..

Sesampainya di tempat kejadian..
Ramainya orang..
Aku mula mengiakan kenalan yang dah lama bersawang
Al maklum la tempat tu tempat penyatuan hati-hati zaman budak hingusan hijau. Pekat.
Dengan kain biru tua, baju yang agak comot kehitaman (bahagian poket la)
Tudung apatah lagi, pelbagai bentuk dan posisinya yang kurang mahir untuk merapikannya.
Berkejaran kesana ke mari..main berebut tiang..pondok-pondok..
Gaduh.. baik..gaduh baik..
Emm.. macam-macam la..

A ahla..
Ooo... eh, yang tu..
Macam kenal..
Awak..
Dan pelbagai lagi memek muka aku persembahkan..
Macam biasa, dikesempatan ini aku ambil peluang
Snap mana-mana yang aku suka..
Tiba-tiba..

(..bersambung)

khar~
2.18am
13/5/2013

Tuesday, 26 March 2013

Skrip


Dulu-dulu
Tersimpan kemas skrip-skrip lama
Pelbagai perisa yang tersimpan
Semuanya caturan yang telah terbaik


Semalam
Tamat sudah mengharungi sebuah skrip
Ada perisa tersendiri 


Hari ini
Sedang mengharungi jalan cerita lagi
Ditemukan dengan cerita lain


Esok
Bakal menemui skrip yang baru
Pasti ada perisa baru lagi


Harapan untuk akan datang 
Semoga perisa itu lebih baik dari semalam
Iaitu perisa takwa..!
Untuk menyaluti skrip dan dipakai pada hari-hari yang mendatang
Andai ajal belum menjemput


Allah


..Sedang aku merangkak dalam segenap ruang mardhatillah
..Izinkan


-sihina-
1:21AM
27/3/2013


Tuesday, 12 March 2013

Selitkan redhaMU



Menyukai sesuatu yang tidak kita gemari


Redha yang bagaimanakah mahu dipamerkan?


Mengoyakkan senyuman seikhlasnya


Dapatkah menggapai tingkatan yang paling tinggi dalam berukhwah?


Ithar yang mana lagi lebih mudah?


Sekiranya mesin timbangan itu masih aktif!


Bukankah menuntut keimanan yang tegar untuk menyentuhnya?


Balasan Allah sentiasa ada dalam meraih kesenangan untuk sahabat itu tidak diyakinikah?


Di mana kita pasak keyakinan itu kalau bukan pada Yang SATU.


Namun..


Mudahkah?


Segalanya redha itu yang kita raih..


Allah.. Redhalah segalanya..


Aku mohon redhaMu terselit dalam persahabatan kami.





rumah solehah 619
4.49 am