Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sahaja aku pakai topeng
ini kerana Allah..
Allah.. Izinkan..
Tiada lagi sekeping hati
ini yang aku letakkan di kedudukan paling bawah
Kerana rasa rendah itu
telah aku sembunyikan disebalik topeng itu
Semua berlaku ikut suka
aku
Tiada lagi ikut-ikut orang
Tiada lagi nak bergantung
harap
Nangis aku bahu akulah si
penemannya
Riang aku, akulah yang
meraikannya
Aku sedar
Di sini aku sedang
bertopeng
Topeng yang aku sarung ini
tiada siapa yang tahu
Walau seorang! Walau separuh
orang..
Yeah..! Di sinilah
gelanggangnya
Seorang insan yang
berkelana mencari sesuap bekalan
Di saat diri yang
terkontang kanting, memerlukan kegebuan isi tarbiah yang sekian lama
kekeringan,
lesu dengan motivasi yang sering tewas dengan kehebatan orang sekeliling,
lesu dengan motivasi yang sering tewas dengan kehebatan orang sekeliling,
manja dalam menikmati air mata pasrah,
Namun keperluan mereka
lebih daripada keperluan sendiri
Telinga mereka butuh..
Mata mereka butuh
Tiada istilah tidak
Kerana menerima tanpa
sesen pun syarat itu wajib bagi aku
Menutup segala cerita demi
etika yang tersarung
Memesrakan dengan orang
sekeliling..
Anasir-anasir segan, tidak
boleh, cepat mengalah, yang aku bela kesekian kalinya terpaksa aku lepaskannya.. Pergilaa..
Biar ia hanyut di sungai
Perak
Bersama saki baki keladak penjajah
yang bernama Birch..
Sempena aku di sini, biar
darah pejuang Tok Lela juga aku rasai demi sebuah perjuangan..
Hidup Tok Lela.. Hidup
ISLAM..
Selama 4 bulan ini
Persembahan ini bukan
untuk orang lain tapi aku lakukannya demi diri,
Produk aku sendiri yang berjenama aku bakal tercipta nanti,
Produk aku sendiri yang berjenama aku bakal tercipta nanti,
Kerana apabila aku keluar nanti,
Biar produk itu penuh
dengan wawasan..
Yang sentiasa
bersemangat..
Bermotivasi..
Bertepatan dengan bidang yang
aku sedang alami ini
Kerana apa.. Aku bukan
semata-mata untuk membantu orang lain tetapi aku buat kerana aku mahu membantu
diri aku sendiri..
Semuanya seiring sejalan sehaluan secara serentak
Semuanya seiring sejalan sehaluan secara serentak
Sekiranya aku tunggu diri
aku untuk jadi hebat terlebih dahulu, ianya takkan terjadi kerana sampai bila
aku nak tunggu untuk perfect untuk bantu orang lain.
Biar semua yang aku
lakukan aku manambah perisa niat iaitu aku mahu bantu diri aku juga..!
Lagi pun mereka yang aku
seru itu bukan yang pertama tapi hati ini..!
Hati ini yang pertama dan
terlebih dahulu untuk dibimbing..dikaunseling
Untuk sampai ke dasar hati
orang lain, ianya melalui telinga ini dahulu..
Meresapi ia di hati ini dulu..
Meresapi ia di hati ini dulu..
Moga-moga ini yang aku ingat selalu..
Topeng itu..
Akan aku lakukannya bersama ‘kerja-kerja gila’ aku
Untuk aku ingat sampai
bila-bila
Topeng yang aku pakai itu
juga seperti malaikat
Walau tidak bersayap tapi
aku tetap terbang untuk mencari segenap ruang fitrah diri manusia sebenar
Yang baik, yang suci, yang
penuh dengan kebaikan
Yeah.. Manusia itu
fitrahnya baik..
Allahu, bahagiakan aku
dengan topeng ini..
Hakikat sebuah topeng.. Walau
di luar nampak lain, palsu namun masih berhakikat diri sendiri..
Moga ketakwaan itu topeng
sebenar..
Topeng guru! Topeng kaunselor!
12.17am. 24.07.2013 Rabu..
cikgu Thiah,
Pewaris Tok Lela,
Pewaris Tok Lela,
Kg. Gajah.. Perak.
0 comments:
Post a Comment