Balik dari kelas, Shafi
meletakkan beg sandang yang dipakai, membuang tudung labuhnya dan meletakkan di
birai katil. Sarung kaki dan tangan belum diusiknya lagi. Biarkannya kerana
tuntutan tubuh yang kepenatan terasa
perlu diutamakan. Dia merenung syiling. Tidak tahu ke manakah penghujungnya
renungan itu. Adakah sampai dilangit biru?
Entah.
Setibanya tubuh itu di
permukaan tilam lembut, ada hembusan kecil keluar dari hidungnya..
Ahhh.. leganya.. terasa
ada regangan. Terasa mahu memejamkan mata sekejap.
Tiba-tiba,
“Akak, baru habis kelas
hari ni?’ Tanya roomateku sambil
tangan laju menaip pada keyboard laptopnya. Aku sendiri tidak sedar akan kehadirannya.
Fikiran entah ke mana masa mula-mula masuk tadi. Aku tidak pasti.
Sambil membuka mata
lambat-lambat,
“Emm..” kataku. Belum solat lagi ni.. jawabku lambat-lambat.
“Solat la dulu kak pastu
tidur, Kesian akak nampak penat”
“Ok. Sambil mengatur
langkah menuju ke tandas.
Syaitan tidak
putus-putus membisikkan macam-macam..
'Astagfirullah.. puhhh...
nyah kau dari sini...!'
Baru beberapa saat aku
berada dalam tandas, tiba-tiba..
Dum.. Dum.. Dum.. Pintu
utama berbunyi agak kuat..
(..bersambung..)
<Mengelap habuk yang menghiasi blog dengan menulis cerpen..Pembakar semangat meneruskan kerja-kerja hakiki mungkin>
Happy holiday..
Selamat Hari Sabtu..
Selamat Hari Sabtu..
9.15pm
13/9/2013
0 comments:
Post a Comment