Tuesday, 25 June 2013

Hatiku Bersekolah Lagi




Aku yang dulu berbeza dengan diri yang sekarang
Aku dari sekolah biasa-biasa
Bukan dari sekolah agama
Mengandungi biah solehah yang bersepah-sepah

Namun tak bererti aku tidak dapat semua itu
Kerana aku mahu ketemuinya tempat lain
Moga hijrah dari tanah tumpah darah
Ke tempat pemastautin seketika ini membawa satu penghijrahan yang terbesar dalam hidup
Hijrah hati

Hati yang menuntut untuk menanggalkan keladak-keladak jahiliah
Dan diisi dengan tarbiah yang putih bersih

Moga hati yang kotor dapat dibersihkan di sini
Bersama dengan teman-teman yang berkehendakkan tarbiah
Bukan tidak pernah ada teman-teman yang baik
Namun di sini aku dapat teman-teman lebih baik
Baik sangat
Sehingga dirasakan seperti malaikat pula
Kerana berkongsikan kefahaman untuk diletakkan tempat yang paling atas

Masalah
Bukan aku tidak pernah ada masalah-masalah kat sekolah dulu
Di sini pula tidak di nafikannya
Kalau dulu suka tunjukkan kat orang yang aku ada masalah
Tapi sekarang?
Sekarang aku suka lari jauh-jauh dengan semua orang
Kerana aku sekarang dalam bidang yang memerlukan untuk berbuat demikian
Namun aku sedar sejauh mana pun aku lari
Aku tetap lari di bawah langit yang sama
Langit Ilahi
Allah juga yang pasti dijumpai

Sekarang aku sedar
Walau aku dari sekolah biasa-biasa
Atas bumbung mana-mana sekolah pun jika aku pergi
Sekolah tu tetap berbumbungkan langit yang sama
Kerana luar biasanya sebab Allah buat demikian                       

Sekarang aku sedar
Perancangan Allah lebih baik
Takdir itu yang terbaik
Untuk aku susun perkara pada masa hadapan dengan baik sekali

'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" ( al-Baqarah: 30)


Disaat-saat terakhir di sini
Menanti detik-detik hati yang bakal bersekolah sebagai kaunselor pelatih
Moga hati ini dibawa dengan penuh misi
Setelah 3 tahun penghijrahan di bumi Murobbi
Melatih diri dengan dakwah dan tarbiah
dan  semoga
Dakwah tersebar juga di sana
SMK Dato' Maharaja Lela

Hatiku..
 Bersekolah lagi dikau, cuma peranannya yang lain.
Moga topeng daie yang aku pakai ini topeng yang Allah redha
Allah, istiqomahkan aku dijalan ini.




KHAR-26/06/2013.
3.26a.m


Reactions:

0 comments:

Post a Comment