Tuesday, 25 June 2013

Hatiku Bersekolah Lagi




Aku yang dulu berbeza dengan diri yang sekarang
Aku dari sekolah biasa-biasa
Bukan dari sekolah agama
Mengandungi biah solehah yang bersepah-sepah

Namun tak bererti aku tidak dapat semua itu
Kerana aku mahu ketemuinya tempat lain
Moga hijrah dari tanah tumpah darah
Ke tempat pemastautin seketika ini membawa satu penghijrahan yang terbesar dalam hidup
Hijrah hati

Hati yang menuntut untuk menanggalkan keladak-keladak jahiliah
Dan diisi dengan tarbiah yang putih bersih

Moga hati yang kotor dapat dibersihkan di sini
Bersama dengan teman-teman yang berkehendakkan tarbiah
Bukan tidak pernah ada teman-teman yang baik
Namun di sini aku dapat teman-teman lebih baik
Baik sangat
Sehingga dirasakan seperti malaikat pula
Kerana berkongsikan kefahaman untuk diletakkan tempat yang paling atas

Masalah
Bukan aku tidak pernah ada masalah-masalah kat sekolah dulu
Di sini pula tidak di nafikannya
Kalau dulu suka tunjukkan kat orang yang aku ada masalah
Tapi sekarang?
Sekarang aku suka lari jauh-jauh dengan semua orang
Kerana aku sekarang dalam bidang yang memerlukan untuk berbuat demikian
Namun aku sedar sejauh mana pun aku lari
Aku tetap lari di bawah langit yang sama
Langit Ilahi
Allah juga yang pasti dijumpai

Sekarang aku sedar
Walau aku dari sekolah biasa-biasa
Atas bumbung mana-mana sekolah pun jika aku pergi
Sekolah tu tetap berbumbungkan langit yang sama
Kerana luar biasanya sebab Allah buat demikian                       

Sekarang aku sedar
Perancangan Allah lebih baik
Takdir itu yang terbaik
Untuk aku susun perkara pada masa hadapan dengan baik sekali

'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" ( al-Baqarah: 30)


Disaat-saat terakhir di sini
Menanti detik-detik hati yang bakal bersekolah sebagai kaunselor pelatih
Moga hati ini dibawa dengan penuh misi
Setelah 3 tahun penghijrahan di bumi Murobbi
Melatih diri dengan dakwah dan tarbiah
dan  semoga
Dakwah tersebar juga di sana
SMK Dato' Maharaja Lela

Hatiku..
 Bersekolah lagi dikau, cuma peranannya yang lain.
Moga topeng daie yang aku pakai ini topeng yang Allah redha
Allah, istiqomahkan aku dijalan ini.




KHAR-26/06/2013.
3.26a.m


Thursday, 13 June 2013

Gebu



Kesejukan alat penghawa dingin menuntut aku bergerak membetulkan kedudukan
Tiba-tiba mata melirik pada susuk tubuh di hadapan
Jaraknya memisahkan kami hanya sebuah meja
Wajahnya tidak dapat dikenali kerana posisi yang bertentangan
Timbunan buku sederhana tinggi di depannya
Berjubah kelabu dipadankan dengan tudung labuh lebih lembut dari jubahnya
Ada sesuatu yang menarik di pandangan mata
Di sebelah kanan
Cantik
Cemburu menyelinap
Ada sesuatu tidak ada pada aku sekarang yang ada padanya
Berada paling atas timbunan buku-buku akademik
Tasbih digital dan quran
Aku terasa sesuatu..
Allahu..
Iman sedang menggebu..


Library Fantasi 619, khar
12.35am 14/6/2013


Sunday, 12 May 2013

Kisah PRU 13


Bangun pagi-pagi..

Suasana di rumah riuh rendah dengan suara-suara anak-anak kecil
Mendengar usainya mereka sarapan bersama-sama..
"Jom..!"
"Nak pegi mana?" Laungku. yang memisahkan kami ialah dinding rumah.
"Weii,,ngundi laah..!"
"Awalnya.. malam tadi jugak kata tak mau awal-awal.." Aku cuba merungut.
'Alamak, guwe belum mandi beb!'
Aku masih berlingkar malas di bawah selimut berperisa enak. Udara segar kampung menuntut diri untuk mengalas kulit badan.
...sambil..
Menikmati aktiviti sampingan sebagai puteri bujang sebaiknya..!
Bermalas-malasan sebagai ‘adik’ yang belum ada pasangan lagi.. satu-satunya!
Akulah tu..!
Macam nak pakai baju baru je..
Hari ni kan hari raya..!
Errr..
Hari pilihan raya..
Jari inilah first time berkhidmat memangkah undi..
Hari ini hari aku berhak untuk membuat pemilihan.
Pemilihan kepada pemimpin yang akan menjadi ketua kepada penduduk yang bernama Dun dan Parlimen.
Pemimpin yang macam mana nak dipilihnya?
Yang tu aku dah aim awal-awal.
Harap aku tidak silap itu.

Adik dan kakak di atas dan bawah aku xde nama dalam dalam senarai daftar pemilih
Terkejut jugak den, pagi tu baru tahu yang dorang tak boleh ngundi
Wahh.. macam bangga pulak.
Sekadarnya aku bersiap sebab orang dah tunggu..
"Nak bedak..!"
"Alah, xpayah bedak-bedak..!"
Bisingla dorang ni.. nak bebel pulak pagi2.. kot ya pun bagi la ucapan buat yang terbaik ke.. jangan bagi undi rosak ke. Aku kan first time dalam rumah tu.
Melangkahnya keluar rumah..
Macam nk keluar raya, p ziarah saudara-mara pula..seronok..
Lepas tu bila tengok persekitaran, mata pula dihidangkan dengan poster-poster, bendera-bendera warna hijau, putih dan biru.. warna-warna ni je ada kat tempat aku.
Haa..nilah lainnya raya kali ni.
Raya yang ada poster-poster, bendera-bendera.
Aura warna sememangnya berperanan untuk aku..
Suasana inilah yang aku rindu..
Saat inilah baru aku faham. Kenapa perlu ada semua ni..

Sesampainya di tempat kejadian..
Ramainya orang..
Aku mula mengiakan kenalan yang dah lama bersawang
Al maklum la tempat tu tempat penyatuan hati-hati zaman budak hingusan hijau. Pekat.
Dengan kain biru tua, baju yang agak comot kehitaman (bahagian poket la)
Tudung apatah lagi, pelbagai bentuk dan posisinya yang kurang mahir untuk merapikannya.
Berkejaran kesana ke mari..main berebut tiang..pondok-pondok..
Gaduh.. baik..gaduh baik..
Emm.. macam-macam la..

A ahla..
Ooo... eh, yang tu..
Macam kenal..
Awak..
Dan pelbagai lagi memek muka aku persembahkan..
Macam biasa, dikesempatan ini aku ambil peluang
Snap mana-mana yang aku suka..
Tiba-tiba..

(..bersambung)

khar~
2.18am
13/5/2013

Tuesday, 26 March 2013

Skrip


Dulu-dulu
Tersimpan kemas skrip-skrip lama
Pelbagai perisa yang tersimpan
Semuanya caturan yang telah terbaik


Semalam
Tamat sudah mengharungi sebuah skrip
Ada perisa tersendiri 


Hari ini
Sedang mengharungi jalan cerita lagi
Ditemukan dengan cerita lain


Esok
Bakal menemui skrip yang baru
Pasti ada perisa baru lagi


Harapan untuk akan datang 
Semoga perisa itu lebih baik dari semalam
Iaitu perisa takwa..!
Untuk menyaluti skrip dan dipakai pada hari-hari yang mendatang
Andai ajal belum menjemput


Allah


..Sedang aku merangkak dalam segenap ruang mardhatillah
..Izinkan


-sihina-
1:21AM
27/3/2013


Tuesday, 12 March 2013

Selitkan redhaMU



Menyukai sesuatu yang tidak kita gemari


Redha yang bagaimanakah mahu dipamerkan?


Mengoyakkan senyuman seikhlasnya


Dapatkah menggapai tingkatan yang paling tinggi dalam berukhwah?


Ithar yang mana lagi lebih mudah?


Sekiranya mesin timbangan itu masih aktif!


Bukankah menuntut keimanan yang tegar untuk menyentuhnya?


Balasan Allah sentiasa ada dalam meraih kesenangan untuk sahabat itu tidak diyakinikah?


Di mana kita pasak keyakinan itu kalau bukan pada Yang SATU.


Namun..


Mudahkah?


Segalanya redha itu yang kita raih..


Allah.. Redhalah segalanya..


Aku mohon redhaMu terselit dalam persahabatan kami.





rumah solehah 619
4.49 am


Saturday, 2 March 2013

Seronoknya Bertudung Labuh..!


Astagfirullah3x.. jom perbaharui taubat.. dah berapa kali kita mengungkapkan taubat pada hari ini, sudah cukupkan seperti yang ditarget pada setiap hari?

Apa pula cerita pada kali ini?
Kali ini hati terpanggil untuk mencoretkan mengenai tudung, tudung apa?
Tudung labuh..!

Tahniah kepada pembaca kerana mata anda dah berjaya terhempas kat sini.. atau lebih tepat lagi..membaca entri ni.. sekiranya anda ada niat untuk membacanya sampai habis, maknanya anda HEBAT..! ce wah.. teruskan kehebatan anda dengan pengisian yang tidak seberapa ini.

Aku yakin ramai penulis di luar sana tak terlepas untuk menceritakan pasal tudung.. lebih-lebih lagi muslimah yang sudah mula berkira-kira dalam misi penghijrahan daripada tudung biasa kepada tudung yang lebih besar saiznya.. atau lebih tepat lagi sudah pun berjinak-jinak dengan tudung labuh..

Bagi aku tudung labuh kat sini tudung yang bersaiz lebih kurang 60 bidangnya. tak kisah la yang bulat ke bersegi-segi..

Kalau yang bulat tu lagi pure dan original kan..

Sebenarnya hati aku pun terpanggil untuk membuat perkara yang sama
Waa.. orang kata nak suntik semangat dengan diri sendiri selain berkongsi rasa dengan peminat setia diluar sana.

Ada unsur dakwahkan??

Misinya sama sahaja iaitu mengagungkan pemakaian tudung labuh. Mengagungkan redha Allah itu yang lebih tepat. Namun perkara yang berbeza ialah cara penulisan. Aku suka cara ini, mereka suka cara masing-masing. Moga Allah redha cara aku ini. Amen ya Robb..

Jap.. jap.. cara aku? Macam mana cara aku?
Aku suka bermain bahasa.. liuk lentuk bahasa itu yang aku suka. Seronok melantun sastera.. kalau tak caya boleh la klik mana2 entri yang sebelum-sebelum ini. Itulah pasal lahirnya penulis yang semakin bertambah abad ini. Uniknya bahasa. Ok, kita stop dulu pasal ni.. nanti karang tak habis-habis pula duk kupas pasal ni.

Jom kita layan dulu..

tertariknya aku padanya
sukanya aku melihatnya
terasa ingin sekali dekat dengannya
sejuk mata memandang

membuntang bulat mataku sehingga lenyap di mata
ingin mendekati jasadnya
kadang-kadang mahu sahaja aku menegur sesiapa yang memakainya
kerana aku yakin mereka orang yang baik-baik
dan aku pula nak jadi orang baik
aku akui walau pun nampak besar,
nampak lebar
dan kata orang macam kelambu,
macam selimut
macam cendawan
aku tak kisah
bila aku berada bersama mereka aku sangat seronok
bila aku berseorangan dengan tudung labuh yang tersarung itu, aku tahu syaitan goda aku
mengugah keyakinanku
tak puas-puas nak runtuhkan keyakinanku, semangatku, kefahamanku, peganganku

Allah lindungi kenyamannya
Allah lindungi keselamatannya
Dari mata-mata nakal dan liar

Bertudung labuh bukan nak pancing rasa diminati lelaki soleh
Apatah lagi untuk menggoda muslimin yang berkopiah, berserban, berjubah, berjanggut
tapi nak jinakkan diri dengan keimanan yang sentiasa tegar
kerana aku tahu bertudung labuh sedikit-sebanyak memelihara diri
menjaga diri
sekurang-kurangnya segan dengan tudung labuh tatkala maksiat menyapa

bertudung labuh bukan bermaksud seseorang itu sudah perfact
tetapi ingin menuju ke arah itu
bertudung labuh pun ada buat dosa
bertudung biasa pun ada buat dosa
sekurang-kurangnya bertudung labuh menuju syariat yang sempurna
walaupun kita selalu dengar, walaupun tudung biasa tapi hati baik
memang..
hati baik, kelakuan baik, tudung labuh, bukankah itu bonus namanya?

bertudung labuh juga dapat title ‘ustazah’ walaupun aku bukan ustazah
tapi tak pelah sekurang-kurangnya ada doa untuk aku

“hai ustazah”
“Assalamualaikum ustazah”

tak kurang juga yang memerhatikan..
macam pelik agaknya
turun dari planet mana la ye
(apa tengok-tengok? nak rasa penangan taekwondo tali pinggang putih x?)

hinakah tudung labuh?
Ketinggalan zamankah tudung labuh?
Biar hina di mata manusia tapi tidak pada Allah
Biar tidak mendapat nilaian solehah di mata manusia tapi hanya Allah yang menentukannya markah itu.

Bagi yang bertudung labuh, jom refresh niat
Moga niat kita jelas, suci lagi murni
Amen..

seronoknya bertudung labuh..!

moga aku dan mereka di luar sana beristiqomah, amen3

sweetnya..

Kala hari mula membuka tirai,
5.31a.m
03/03.2013

Monday, 4 February 2013

Bulatan itu..bulatan kegembiraan kami

Dilarang loya dengan kejiwangan kisah kami ini..
Jom hayati..

Selami kisah-kisah dalam bulatan gembira kami
Hanyalah cerita-cerita biasa je namun mempunyai kerinduan yang luar biasa bila mengingatinya
Haus dengan redha Allah itu yang luar biasa.. ya ALLAH, redhailah pertemuan kami ini..

Dulu aku pernah kisahkan pasal diri aku sebagai anak usrah sekarang aku jadi naqibah pulak..
Nak kata aku ni bukan la pandai sangat jadi naqibah.. err tak sangat..
Murobbi? Lagi la aku menggeleng kepada
Naqibah tak pernah buat dosa? I manusia biasa ok..
Aku xda la pulak maksum macam Nabi-nabi
Naqibah ni ustazah?
Aku bukan ustazah..
Kenapa, tak suka digelar ustazah?
Suka..!
Dah tu?
Ustazah bagi pada yang layak, aku nak jadi ustazah pada diriku..! Itu yang betul padaku.
Aku bukan nak sangat jadi mak usrah sebenarnya
Habis tu? Umi usrah?
Bukan.. bukan..
Namun aku nak jadi sahabat-sahabat seusrah
Aku pun gila2 juga.. satu kepala dengan mereka.

So, aku gunakan pendekatan yang aku ni nak share apa yang aku peroleh daripada senior-senior..
 tu je!
Nak tarbiah orang tapi diri ni pun masih kurang tarbiahnya
So, walaupun aku ni sama dengan dorang, aku gunakan formula aku sendiri
Kalau mereka 1, aku nak 2
Kalau mereka 3, aku nak 4
Itulah misinya..
Itulah azamku agar aku sentiasa lebih dari mereka 
Maksudnya nak bagi tahu orang so akulah kena tahu dulu
Nak bagi tahu orang..
So aku lah kena buat dulu
Walaupun kadang-kadang aku tahu dari mereka
Sebab itu lah pengalaman berbeza
So, aku lebih suka gunakan perkataan 'kongsi' bukan ajar dsgnya..
Ada yang tahu pasal ni..ada yang tahu pasal tu..
Saat time berkongsi..best!
Sharing is caring.

Macam-macam yang boleh dipelbagaikan dalam menghangatkan bulatan kegembiraan kami..
'Jom makan roti canai..'
'Pagi esok turun riadhah..'
'Jom g pasar malam'
'Kalumpang..!'
'Makan durian'
'Tengok movie'
'Qiam'


“Akak nak tetapkan sesuatu mengenai peraturan bulatan kita..setuju?”
“Setuju kak..apa dia kak?”
“Akak nak bagi kita semua terutamanya akak ni supaya pentingkan ketepatan masa boleh?”
“Boleh..”
“Kalau kita janji jam 9 malam, kita dah kena ada di tempat tu 5 minit awal.. dan siapa yang lewat kita denda dia..”
“Denda apa kak?”
“Dia kena bagi kita gula2? Siapa setuju..?”
“Ok set”


'salam adik-adik, lama tak jumpa, free tak malam esok?'
butang sent di tekan
tet..tet.. beberapa mesej masuk..
'Maaf la kak, saya balik kampung'
'Esok saya ada kelas kak'
'Minggu depan test'
'Saya sibuk sikit minggu ni.. minggu depan ok sikit..'
“Ok..” Aku senyum sorang2.. wahai senyumanku..tambahkan perisamu..!
"Nampaknya saya sorang sajelah cikgu"


Macam-macam perkara yang berlaku dalam bulatan kami..
Soalan-soalan cepu emas, cepu perak kadang-kadang mencabar pengetahuan aku..

Kak, sebenarnya semasa kita solat, tujuh anggota yang menyentuh lantai tu termasuk hidung ke kak?

Kak, macam mana politik zaman Nabi?

Kak Tiah, wahabi tu apa ek?

Kak ok ke kalau macam tu? cam ni..?

Apa pendapat akak?


....?

Sampailah kepada soalan macam ni

Kak, macam mana nak tolak lelaki tanpa membuatkan dia terasa hati?
Kataku ‘tolak lah kat bahu jangan tolak kat dada, nanti terkena hati dia..
Akakkk..!
Dush.. bantal busuk terkena di bahuku..
Aku pun mulalah berteori itu dan ini..
Habislah korang


Kadang2 aku yang tanyakan mereka,

Macam mana nak rasa tarbiah bila berseorangan?
.....?

Sebelum kita masuk tajuk kita pada kali ini apa kata kita test emcee kita ni..
Ok.. setuju..
Sikit la saya kongsikan.. boikot..bla..Palestin..bla…bla..
‘Lamanya dia cakap’, dalam hati.
Lepas 5 minit mendengar penerangan dia,
“Ok, ada sape nak tambah?”
Akak pun rasanya dah tak boleh nak tambah sebab terlalu detail siap dengan gaya lagi..
Haha..
Fuh..! hebat dan mantap adik-adik aku ni..


Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam Halaqoh...

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa rasa takut dan bimbang...

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah...

Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas ukhwah fillah, bebas dari dorongan nafsu semata...

Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita...

Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak  dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti...

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya...

Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta , keluarga dan maruah demi cinta agung kekasihnya,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agungNYA, ALLAH SWT...
Dalam masa yang sama, kita mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...


*Tribute : NOVEL TAUTAN HATI KARYA FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN



Sesungguhnya kita bukan pemula dan penamat perjuangan
tetapi kita penyambung kepada rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh Rasulullah


Uhibbuki lillah, ukhti...Sayang awak semua kerana ALLAH...Barakallahu fikum...



teletubies
dora intianz
no name

"ya ALLAH, Kau satukan hati-hati kami"


4/2/2013
mahligai tarbiah 113, khar