Dilarang loya
dengan kejiwangan kisah kami ini..
Jom
hayati..
Selami
kisah-kisah dalam bulatan gembira kami
Hanyalah
cerita-cerita biasa je namun mempunyai kerinduan yang luar biasa bila
mengingatinya
Haus dengan redha
Allah itu yang luar biasa.. ya ALLAH, redhailah pertemuan kami ini..
Dulu aku
pernah kisahkan pasal diri aku sebagai anak usrah sekarang aku jadi naqibah
pulak..
Nak kata aku
ni bukan la pandai sangat jadi naqibah.. err tak sangat..
Murobbi?
Lagi la aku menggeleng kepada
Naqibah tak
pernah buat dosa? I manusia biasa ok..
Aku xda la
pulak maksum macam Nabi-nabi
Naqibah ni
ustazah?
Aku bukan
ustazah..
Kenapa, tak
suka digelar ustazah?
Suka..!
Dah tu?
Ustazah bagi
pada yang layak, aku nak jadi ustazah pada diriku..! Itu yang betul padaku.
Aku bukan
nak sangat jadi mak usrah sebenarnya
Habis tu?
Umi usrah?
Bukan..
bukan..
Namun aku
nak jadi sahabat-sahabat seusrah
Aku pun
gila2 juga.. satu kepala dengan mereka.
So, aku
gunakan pendekatan yang aku ni nak share apa yang aku peroleh daripada
senior-senior..
tu je!
Nak tarbiah
orang tapi diri ni pun masih kurang tarbiahnya
So, walaupun
aku ni sama dengan dorang, aku gunakan formula aku sendiri
Kalau mereka
1, aku nak 2
Kalau mereka
3, aku nak 4
Itulah
misinya..
Itulah
azamku agar aku sentiasa lebih dari mereka
Maksudnya
nak bagi tahu orang so akulah kena tahu dulu
Nak bagi
tahu orang..
So aku lah
kena buat dulu
Walaupun
kadang-kadang aku tahu dari mereka
Sebab itu lah pengalaman berbeza
So, aku lebih suka gunakan perkataan 'kongsi' bukan ajar dsgnya..
Ada yang tahu pasal ni..ada yang tahu pasal tu..
So, aku lebih suka gunakan perkataan 'kongsi' bukan ajar dsgnya..
Ada yang tahu pasal ni..ada yang tahu pasal tu..
Saat time
berkongsi..best!
Sharing is caring.
Macam-macam
yang boleh dipelbagaikan dalam menghangatkan bulatan kegembiraan kami..
'Jom makan
roti canai..'
'Pagi esok turun
riadhah..'
'Jom g pasar
malam'
'Kalumpang..!'
'Makan durian'
'Tengok movie'
'Qiam'
“Akak nak
tetapkan sesuatu mengenai peraturan bulatan kita..setuju?”
“Setuju
kak..apa dia kak?”
“Akak nak
bagi kita semua terutamanya akak ni supaya pentingkan ketepatan masa boleh?”
“Boleh..”
“Kalau kita
janji jam 9 malam, kita dah kena ada di tempat tu 5 minit awal.. dan siapa yang
lewat kita denda dia..”
“Denda apa
kak?”
“Dia kena
bagi kita gula2? Siapa setuju..?”
“Ok set”
'salam
adik-adik, lama tak jumpa, free tak malam esok?'
butang sent di tekan
tet..tet.. beberapa mesej masuk..
'Maaf la kak,
saya balik kampung'
'Esok saya
ada kelas kak'
'Minggu depan
test'
'Saya sibuk
sikit minggu ni.. minggu depan ok sikit..'
“Ok..” Aku
senyum sorang2.. wahai senyumanku..tambahkan perisamu..!
"Nampaknya saya sorang sajelah cikgu"
"Nampaknya saya sorang sajelah cikgu"
Macam-macam perkara yang berlaku dalam bulatan kami..
Soalan-soalan cepu emas, cepu perak kadang-kadang
mencabar pengetahuan aku..
Kak, sebenarnya semasa kita solat, tujuh anggota yang menyentuh lantai tu
termasuk hidung ke kak?
Kak, macam mana politik zaman Nabi?
Kak Tiah, wahabi tu apa ek?
Kak ok ke kalau macam tu? cam ni..?
Apa pendapat akak?
Apa pendapat akak?
....?
Sampailah kepada soalan macam ni
Kak, macam mana nak tolak lelaki tanpa membuatkan dia
terasa hati?
Kataku ‘tolak lah kat bahu jangan tolak kat dada,
nanti terkena hati dia..
Akakkk..!
Dush.. bantal busuk terkena di bahuku..
Aku pun mulalah berteori itu dan ini..
Habislah korang
Kadang2 aku yang tanyakan mereka,
Macam mana nak rasa tarbiah bila berseorangan?
.....?
Sebelum kita masuk tajuk kita pada kali ini apa kata
kita test emcee kita ni..
Ok.. setuju..
Sikit la saya kongsikan.. boikot..bla..Palestin..bla…bla..
‘Lamanya dia cakap’, dalam hati.
Lepas 5 minit mendengar penerangan dia,
“Ok, ada sape nak tambah?”
Akak pun rasanya dah tak boleh nak tambah sebab
terlalu detail siap dengan gaya lagi..
Haha..
Fuh..! hebat dan mantap adik-adik aku ni..
Jika sepasang kekasih berdating
di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating
dalam Halaqoh...
Jika sepasang kekasih
bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari
orang,
Kita berkasih sayang dalam
sembunyi dan terang, tanpa rasa takut dan bimbang...
Jika sepasang kekasih sering
bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah
kalamullah...
Jika sepasang kekasih sering
memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas ukhwah
fillah, bebas dari dorongan nafsu semata...
Jika sepasang kekasih akan
menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya
menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita...
Jika sepasang kekasih sentiasa
saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga
akhlak dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti...
Jika sepasang kekasih merasakan
dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat
dunia ini ALLAH yang punya...
Jika sepasang kekasih sanggup
korbankan harta , keluarga dan maruah demi cinta agung kekasihnya,
Kita sanggup korbankan
segala-galanya demi cinta agungNYA, ALLAH SWT...
Dalam masa yang sama, kita
mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...
*Tribute : NOVEL TAUTAN HATI
KARYA FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Sesungguhnya kita bukan pemula dan penamat perjuangan
tetapi kita penyambung kepada rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh Rasulullah
Uhibbuki lillah, ukhti...Sayang awak semua kerana ALLAH...Barakallahu fikum...
teletubies
dora intianz
no name
"ya ALLAH, Kau satukan hati-hati kami"
4/2/2013
mahligai tarbiah 113, khar
0 comments:
Post a Comment