Monday, 8 August 2011

Bertindak sekarang..!



Sebut je kaunselor, pasti ramai yang menganggap kaunselor tu mesti orang yang perfact, tidak melakukan kesalahan dan sebagainya
Ada juga segelintir yang takut untuk bersua dengan kaunselor kerana khuatir rahsia diorang yang akan terbongkar! Pernah dengar tak statement ni? Biasa dengarkan ? Biasalah tu.. Macam-macam persepsi orang berkaitan dengan kaunselor ni. Kadang-kadang kaunselor juga dikatakan hipokrit. Wa.. ni dah lebih ni.
Bakal kauselorkah aku? Kaunselorkah aku suatu hari nanti? InsyaAllah kalau itu yang dicita-citakan. Oleh kerana kos pengajian pun dah ambil kaunseling..jadi teruskanlah..(aik lain macam je bunyinya)-macam terpaksa je ambik kos ni..tak de, tak de..batal2..
Kaunselor ni berat juga tanggungjawabnya. Setuju tak? Nak bimbing budak-budak ni bukan calang-calang cara dan gayanya. Nak bimbing tu mestilah yang terbaik dalam segala segi. Susah tu..
“Kaunselor ni dia yang tunjuk cara nak settle masalah orang, jadinya masalah sendiri juga perlu diselesaikan terlebih dahulu.”
Itulah kata-kata lecturer yang pernah singgah di benak ini suatu ketika dulu.(sebutlah nama dia, baru berkat)..Namanya En. Anuar. Dr. Fauziah juga pernah bagitahu..kaunselor ni kena kuat pegangan agama..gitulah..baiklah! saya akan praktik wahai lecturer2ku..insyaAllah.
Ni salah satu contohlah. Kat sekolah..biasalah kaunselor bagi bimbingan, tunjuk ajar cara belajar dengan betul kepada student. Jadi? Jadinya kita yang nak bimbing pelajar tu mestilah sudah terbimbing..ye lah tak kan layak ditabalkan jadi kaunselor pulak. Nak tunjuk cara belajar dengan betul? Kenalah si kaunselor tadi tu sudah melakukannya terlebih dahulu perkara yang bakal ditunjukkan itu. Ya dak?
Kalau macam tulah.. ciri-ciri kaunselor harus dipraktikkan sekarang! Harus..kita yang bakal mencemerlangkan orang <---konon), bakal mengubah cara orang berfikir, bakal meneladani orang (insyaALLAH semua tu)..haruslah bermula dengan diri sendiri. Betul kan kan..
Secara spesifiknya, cuba kita selami satu contoh..mari kita ukur dengan prestasi peperiksaan aku ni macam mana (ni malas nk cite ni). Apa malas2? Ni layak jadi kaunselor ke tak ni!
Oklah berbalik citer tadi..macam mana dengan result aku? Dah mantap? Dah cemerlang? Dah puas hati? So macam mana?
Bertindak sekarang! Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalu bukan di sini di mana lagi?
Wahai STCP..ingatlah.. bertindak sekarang OK! STCP BOLEH!! Umat Islam sentiasa boleh..yeah!
Semoga bertemu lagi kita dalam part yang akan datang insyaAllah..


-Pimek -                                                 


Sunday, 7 August 2011

Hatiku memilih untuk BELUM..!



Pernahkah kita selalu diuji dengan perkara yang sangat2 kita xmahu, tapi dapat juga? Atau memang kita nak jauhkan daripada menerima perkara tersebut sebab memang kita xingin pun. Wahai diriku terimalah dengan yakin dengan ayat-ayat mukjizat dari Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 “Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Sebelum ini perkara yang aku xsuka selalu terjadi. Bukan kehendak hati yang mahukan perkara tersebut. Aku sedar banyak benda yang hati aku xnak tetapi aku dapat. Sungguh2 aku xnak.. tetapi terjadi jua. Aku dapat tanpa rela sabab aku sangat takut kalau dapat benda tu..Ini lah yang dinamakan ujian. Betul tak.
 Ya Allah adakah ini kafarrah terhadap dosa2ku? Tapi ingatkah aku yang asyik membilang musibah yang menimpa dengan tertibnya sehingga aku lupa nikmatMu yang selautan maha luasnya. Lupakah aku.
Sekarang jiwaku sedang berperang, masih berteka-teki adakah benda yang aku alami ini perlu aku terima? Menuntut aku bertindak sedemikian?


Ya Allah terasa beratnya, berat untuk mengiakannya
Aku belum bersedia ya Allah
Bukan impian ku lagi
Perasaan malu masih menggunung
Perasaan takut masih menebal bak hutan di gunung itu
Ya Allah tolonglah hambaMu ini
Iman yang senipis ini Kau bantulah
Dalam benak ini punya hati yang jauh sangat untuk memikirkannya lagi
Kerana tiada secalit pun lagi perasaan itu
Bukan menafikan..
Tidak sekali-kali ya Allah
Sekali-kali tidak untuk menafikannya lagi tapi hati berkata BELUM..
Ya Allah izinkan aku untuk memilih jalan lain, bukan jalan yang satu ini
Jalan yang penuh dan sarat dengan tanggungjawab
Jalan yang belum lagi bersedia untuk menggalasnya
Sampai bila aku akan bersedia?
Sampai hatiku betul2 terbuka untuk itu
Buat masa sekarang bukan lagi ya Allah
Tolonglah.. beri aku kesempatan untuk pilih jalan lain..
Tetapi soalnya macam mana dengan ayat dari surah al-Baqarah itu?
Aku kena yakin dengan ayat itu
Biarlah dengan benda lain
Bukan dengan ini
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul BELUM menjelma!


-PiMEK- 

Friday, 5 August 2011

---> kita..hambaNya..

Dalam kehidupan seharian ni macam2 benda berlaku. Nak bawak satu senario yang familiar dikalangan kita-kita..pernah dengar kan yang mana seseorang tu yang anggap dirinya jahat kemudian nak buat benda baik..Pastu dia kata alah xpayah la..dah jahat. Alang-alang dah jahat. Teruskanlah.. Perkara ini merupakan pemikiran yang tak berapa sihat..

Nak katanya setiap orang tu tak terlepas daripada melakukan dosa, tetapi xbermakna dia akan sentiasa bergelumang dengan dosa tersebut.. Akal fikiran pemberian Ilahi menuntut kita untuk sentiasa berfikir, merenung supaya kita masih diberi peluang untuk bertaubat, perbaiki balik apa yang dah kita lakukan.
Jadinya kisah Imam Ghazali dibawah menjadi teladan untuk kita lebih bersemangat dalam bermujahadah melakukan perkara yang diredhaiNya, disebabkan kita ni menusia yang xterlepas daripada melakukan dosa.

Pesanan Imam Ghazali ketika muridnya bertanya
“Tuan bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”
“Teruskanlah berzikir walaupun hatimu masih lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkataa-kata yang kotor dan sia-sia.”
Abu Huraiarah bertanya kepada Nabi SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.
Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.
Jadi jika kamu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.
Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat laun akan menghapuskan kejahatan.

(PiMEK)

Wednesday, 3 August 2011

Hatiku.. Sayang Tak Terucap


(nikmatnya peringatan itu)


Aku benci, benci pada diriku
Aku bosan, bosan pada diriku
Apa yang sudah tidak kena dengan diri ini?
Punya perasaan benci pada diri sendiri
Apa masalah aku
Tiba-tiba dirundung rasa hina dengan diri sendiri
Dhaifnya diri ini

Mwa,,nak nangis
Terasa nak alihkan sekejap seketul daging itu
Letak di dalam sungai yang mengalir
Biar debu-debu kebencian turut terseret bersama air tadi
Tanpa menoleh kebelakang lagi

Tetapi aku sedar
Ianya tidak semudah itu
Ianya sukar ditanggalkan
Kerana kebencian itu tetap bertamu jua diperdu hati
Umpama lemak tepu yang menyelubungi disekelilingnya

Aku resah lagi
Hatiku hiba
Apa yang aku nak wahai hati
Kau tergoda dengan maksiat itu lagi?
Sudahlah hati
Nikmat itu cuma sekejap
Umpama buih dilautan
 Buih itu maksiat
Air laut itulah kesannya
Buih yang kerdil itu tidak lama
Ia akan pecah di lautan yang maha luas itu

Begitulah natijahnya
 Kamu akan derita wahai hati

Klik,,Tiba-tiba terdetik
ALLAH..!
Rupanya aku terlupa sesuatu
Terlupa bahawa hati aku
Yang resah, yang benci ini
Ketandusan sesuatu
 Alhamdulillah
Aku mula terfikir sesuatu
Allahlah yang ku damba sekarang

Sekarang pergilah wahai hati
Siramilah dengan air wuduk
Bajailah dengan butiran zikrullah
Itulah penawar racun perosak hati
Agar bertunas dan bercambahlah keyakinan itu
Bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


(PiMEK)

Meri Kepal Berkacang

Lidah rasa ingin berkongsi satu menu yang merupakan antara menu kegemaran pemilik hati ini. Memandangkan raya lambat lagi, apa kata baca dululah. Jangan buat lagi tau. Tapi tak salah kalau nak cuba pun. Tak salah.


 Menu ni terjumpa dalam buku koleksi masakan yang oleh pemilik hati ini setelah dikaji dan ianya menimbulkan rasa minat untuk cuba membuatnya. Kerana apa ya? Kerana ianya mudah, cepat dan lazat..lazat ke? Ikut korang lah..bagi diri ini, semua rasa nak buat apa je resepi kalau ianya mudah didapati bahan2nya..

Setelah mencuba berkali-kali mengikut resepinya namun terasa nak ubah sendiri bahan-bahannya. Itulah uniknya dunia masakan. Kita boleh je nak buat pe je sebab itu kita punya tangan yang membuatnya..lidah kita juga yang akan rasai!

Biasalah perempuan ni. Ada benarnya orang2 duk kata perempuan suka salin resepi tapi tak buat-buat..lepas tu katanya lagi kalau buat pun xikut resepi..tu semua aku punya pasallah..dah aku yang nak buatnya,,kan2

Ada benar kesahihannya? Tepuk perut tanya nak makan apa..=)
Oklah berbalik kepada perkongsian menu seperti yang dinyatakan sebentar tadi. Terbanyak cakap pula ya..
Ini dia resepi Meri Kepal Berkacang.. ianya sejenis biskut. Caranya mudah je sebab tak perlu bakar, tak perlu kukus, tak perlu goreng, tak perlu jemur tengah panas, tapi kena letak dalam peti ais. Terpulanglah kalau rasa susah, tak perlu pun xpe. Mudah je kan. Kita buat mudah2 je..tapi rasanya mantop! Jom cuba..

   Bahan-bahannya
1)            1 bungkus biskut meri-xkisahlah perasa kopi ke perasa coklat ke..tapi kalau yang putih kurang menarik
2)                Lebih kurang 1 cawan oat @nestum
3)                 Susu pekat-lebih kurang 2, 3 sudu-bergantung,,kalau nak manis letak banyak
4)                Milo @ vico- 2 cawan
5)               Kacang-ikutlah kacang tanah ke kacang yang sudah ciap kat kedai tu ke.(lagi mudah kalau yang                       xperlu digoreng lagi..ala kacang yang agak panjang2 cikit tu. Bukan kacang panjang..ai susahnya nak xplane. Rasanya agak masin tu). Senang2 beli kacang tanah dan goreng..kalau nak kacang gajus pun boleh. Badam ke..yang penting tapi tak penting mana pun, kacang tu ditumbuk sedikit.
6)              Sedikit air yang agak panas (suam le)

Cara membuatnya :
 1. Hancurkan biskut meri sehancur2nya. Campurkan milo @ vico tadi. Kacang sekali. Gaul rata. 
 2. Susu pekat tadi dibancuh dengan air suam. Kemudian tuang ke dalam biskut meri tadi. Setelah      agak boleh digentel, gentellah mengikut kesesuaiannya. Maksudnya agar dia tak terlalu melekat ditangan. Buat la bulat2. Kalau perlu susu pekat tu lagi, bubuh la ye. Tak marah pun. Lepas gentel tu letak dalam nestum..lumurkan ia. Golek la bagi rata. Lepas tu letak dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan..enak dimakan dengan air kosong, air jarang!

Sekian, selamat mencuba!