Pada hari ini fikiran aku digerakkan oleh pembawakan status salah seorang penduduk facebook. Perkara ini membuatkan aku terfikir-fikir walaupun sedang berada di tempat yang tidak sepatutnya!
Betapa hebatnya status tersebut
menyebabkan aku begitu terkesan. Alhamdulillah aku ‘nampak’ semua ini iaitu aku
diberi dikurniakan rezeki melalui saluran ini. Rezeki untuk merenung diri aku
kembali dialam nyata. Apalah sangat status tu??
Jom hayati..
Seorang tu ada mengatakan beliau
quit dari universiti. Lepas habis minggu orientasi terus blah. Aku tercari-cari
sebab dia berbuat demikian dengan study beberapa comment yang berpuluh-puluh di
bawah statusnya.
Beberapa alasan yang menyebabkan
dia berbuat demikian. Aku boleh menerimanya dengan berat hati.. ceh aku pun!
Alasan yang menyebabkan aku terfikir ialah dia mengatakan bahawa dia tak mahu
menghabiskan duit family sekiranya dia meneruskan pengajian di situ!
Dia tahu yang dia buat semua itu
ada penyelesalan kerana dah mengecewakan family sendiri, namun apakan daya, dia
sudah pun membuat keputusan itu.
Apapun dia kata mungkin itulah
keputusannya yang terbaik.
Aku tahu, umurnya baru belasan
tahun. Sekiranya dia adikku, atau anakku, dah lama aku larang dia buat
keputusan macam tu. Aku bukan nak aturkan episod hidupnya tapi atas dasar pengalaman
aku yang lebih sedikit aku ulangi LEBIH SEDIKIT, aku lihat keputusan itu sedikit
sebanyak akan membuatkan dirinya menyesal dikemudian hari. Apa pun rezeki ditangan tuhan, bukan di tanganku. Ape ape jelah dik! Semoga yang terbaik..! Mungkin ada rezeki yang lebih baik untukmu..! Amen.
Ok. Tutup kes tu. So apa kena
dengan diriku? Yelah aku sekarang sedang menghabiskan duit keluargaku! Lebih-lebih lagi sekarang
memang duit kering kontang di bank. Itu pun duit pinjam. Jadi kemana lagi aku
perlu rujuk bila duit habis? Tentunya Mak.. Kalau segan dan tengok jugak
situasi waktu tu macam mana, aku mintak dengan my sis..! Begitu berjasa kakakku
yang sorang tu..! Aku sayang dirimu.. Tak tahu macam mana nak balas semua tu.
Kalau nak dikirakan dah beribu aku habiskan duitmu. Walaupun kadang-kala kena
berleter dulu baru dapat namun dia tetap bagi juga. Aku apa lagi, ‘merajuk’ la sikit baru terasa nikmat
duit tu sebenarnya susah nak dapat.
Nak ambik lesen, nak beli motor,
nak beli laptop. Aih macam-macam. Yang dia sedekahkan tanpa aku minta pun
banyak yang dia sumbangkan. Nama pun sedekah. Ada satu kali dia sedekahkan henset! Waaa.. RM 300
harganya. Walaupun tidak berapa canggih (tapi zaman tu dah canggih) namun aku
tetap hargainya dan rasa sedikit terseksa sebab aku tak dapat nak beli yang
baru. Kui kui. Tapi aku tetap sayangkan dirinya..! Ramadhan akan datang kira masuk 3
tahun dah. Selama dirinya yang berumur 2 tahun lebih denganku itu pelbagai
perit jerih kau hadapinya. Pernah menghilang hampir sebulan. Namun dijumpai semula.
Apa pun, ma & abah,
Belum tiba masanya lagi..
Untuk menempatkanmu di teratak milikku.
Menyediakan pacuan selesa yang dihembus oleh air cond yang wangi dan segar,
dan membawamu ke hulu-hilir,
Menghulurkan hasil titik peluhku
apatah lagi membawamu ke Tanah suci
Yang termampu sekarang ialah hanyalah doa dariku yang kejauhan ini untukmu. Itu pun kalau ada 'solehah' dariku.
Untuk menempatkanmu di teratak milikku.
Menyediakan pacuan selesa yang dihembus oleh air cond yang wangi dan segar,
dan membawamu ke hulu-hilir,
Menghulurkan hasil titik peluhku
apatah lagi membawamu ke Tanah suci
Yang termampu sekarang ialah hanyalah doa dariku yang kejauhan ini untukmu. Itu pun kalau ada 'solehah' dariku.
Aku teringat-ingatkan satu perkara, apabila kita sudah bekerjaya nanti, kita kena pedulikan orang sekeliling kita, jiran tetangga, waris, adik-beradik apatah lagi mak ayah. Jadi mereka inilah ada hak daripada kita. Masya Allah.
Moga-moga aku sempat untuk semua ini & ingat kata-kata ini. Amen!
0 comments:
Post a Comment