Thursday 12 June 2014

Gelagat Imtihan Terakhir


Mata pedih-pedih, kepala terasa sedikit berat. Entah percampuran rasa yang bagaimana menjadikan badan juga agak keletihan pada saat itu tapi semua masih dalam kawalannya. Air cond bilik dalam keadaan sederhana. 

Imtihan dunia diteruskan. Tinggal beberapa minit sahaja lagi semua ini bakal berakhir. Itu adalah peperiksaannya yang terakhir selama 4 tahun bertapa di bumi Malim. Dalam perkiraannya perbuatan itulah yang paling kurang sihat dilakukan dalam menghadapi peperiksaan. 2 malam berturut-turut melakukan pengabaian tidur yang teruk. Apa-apa pun tahniah kepada aku sebab entah aura dari mana aku pujuk hati supaya usaha jugak macam mana pun buat yang terbaik. Aku dah kata nak pulun betul-betul, nak buat gila-gila punya. Kononlah sangat aku nak gila-gila, macam tak gila langsung, sehinggakan rumet aku tu juga tidak dapat tidur dengan sempurnanya. Pusing sana-pusing sini. Mungkin lampu tidak dimatikan. Eleh awak, sebelum ini?? Opss mungkin sebelum ada tutup ada sebaliknya.. sehinggakan sampai satu tahap dia bercakap-cakap bersendirian (mengingau). apapun so sorii ye awak. 2 malam je akak buat kerja tak senonoh. Masa tengah bersiap-siap tu sempat lagi aku nk tengok-tengok nota yang dibuat. sambil bersandar. Walau diri tak stabil tapi masih juga buat macam tu. Macam lucu pulak. Akibatnya sambil pegang nota tapi mata terpejam. Ghaib. Bila bukak mata, Astagfirullah.. baru 2 minit. ish.. ish.. Buat kerja nahas aku ni. kau nak repeat?? Sebab ada kes yang tak pergi exam yang tertidur tu macam nilah agaknya situasi tu.

"Masa ada 5 minit lagi..!" Wolaweh. aku melajukan gerak bait demi bait. Tulisan tak perlu diceritalah.. Burok bebenor rhupeanya..

Tapi ternyata aku melakukan penggorengan yang begitu sedap sekali untuk kertas yang terakhir itu. Mungkin perkara yang aku minat bertembung dengan aura dari mana entah(Mood orang yang tengah ramai kawen, barangkali??) membuatkan aku rasa skema dah tersasar. Biarlah, mungkin ada kaitan sedikit. pada perenggan yang terakhir berbunyi begini:

"Agar rumah tangga yang berlaku tidak mengalami kemerosotan, maka peranan ibu bapa bukan sahaja tidak terletak suami sahaja malah pada isteri juga. Rumah tangga muslim lebih berkesan dengan adanya rumah tangga dakwah. Urusan dakwah juga bukan hanya pada si suami sahaja malah isteri juga."

Aku mula teringat akan bait-bait usrah sebulan lepas. Subjek kaunseling keluarga dan keibubapaan sungguh membuatkan aku mula teruja. Teruja untuk apa? Entah. Malas nak perbesar-besarkan. Titik.

Mungkin itulah gelagat yang sedikit sebanyak aku kutip nak buat kenangan manis leting untuk diri sendiri. Mungkin akan rindu nak macam ni macam ni lagi. Semoga apa yang duk study tu kita ingat sampai bebila., bukan setakat dihambur kat kertas je. Amin ya Allah.

Imtihan duniawi untuk hadapi ukhrawi..

-
Leberitingkatdua-

0 comments:

Post a Comment