Antara kenangan yang paling kurindu,
Saat-saatku bersamamu,
Kita sama berlari,
Mengejar pantasnya waktu yang berlalu
Daerah ini menjadi saksi bisu,
Jatuh dan bangunku denganmu,
Kita redah bersama,
Segala cerita suka dan duka
Manisnya hari-hari yang ditempuhi,
Biarpun kadangkala mencabar hati,
Tetap kita lalui,
Menguatkan langkah kaki
Ada kala kita hampa,
Terduduk tahan kecewa,
Tapi bukan penamat cerita
Dan ada masa-masanya,
Kita ketawa gembira,
Berjaya menjulang yang dicita
Di sini mimpi bermula,
Diseri pelbagai ragam dan warna,
Selalu jadi rindu...
Indah....
Untuk dora-dora yang disayangi..
semoga mimpi itu menjadi realiti... :)
ReplyDeleteQI -alang syg achik, angah. n ucu.. muah..
semoga ukhwah kita diredhaiNya..ameen. ukhibukkifillah^^
ReplyDelete