Monday 23 June 2014

Istana Nusaibah dalam Memori


Sedang bergelumang dengan draf demi draf encik Fyp
Sambil itu juga menyaksikan..
Sorang demi sorang bidadari meninggalkan istana ini
Balik mereka menemui keluarga masing-masing 
kerana pangkuan itu yang mereka rindui
kerana pangkuan itu yang mereka nanti-nantikan
kerana pangkuan itu mahal bagi sang pejuang
setelah berkelana di medan ini
medan perjuangan sang mahasiswa

Bidadari-bidadari ini semuanya mengagumi pemilik hati
Masing-masing ada kenangan yang boleh diceritakan semula
Untuk disebut-sebut pada anak cucu nanti
Sambil gelak-gelak dan kemudian sukar untuk berhenti
Senyum..

Buat Amnah yang pendiam
Tapi berbakat besar
lukis itu lukis ini
seni oh seni
mengaji pun sodap, boleh tahan

Nor yang suka masak
macam-macam yang dia masak
dari masakan barat, thai, tradisional boleh blake
smoothies yang paling lastest dia punya menu
Masa mula-mula kenal tu agak serius orangnya
Orang berotak matematik yang teliti gayanya
yang penting ni arjuni beta seorang yang cekal, cayalah!

Ina yang cool
kalau happy boleh tahan jugak Ina ni aura dia
Friendly, tak ambik masa yang lama untuk close
Yang pasti dia rajin jadi imam..mah

Ingatkan su un tapi agar-agar 
lalu sayur air menjadi kuih agar-agar..
Yang tak dapat dilupakan pasal wani ialah sayur
agar-agarnya dalam periuk
pasti rindu sayur agar-agar wani

Ieka yang periang sentiasa
Sinonim dengan karipap, spageti, donat.. dan..
kulit ayam simpan terr.. katanya.. lepas tu.. biauuu le
katanya dia suka dengan perkataan berlapang dada
sebab trade mark dia.. biau le

Nak kata dari negara seberang pun boleh
Sabahan pun boleh bha kalau kau 
tapi kalau jawa??
Emm kalau keluar jawa dia orang lain pasti terngaga
Mula-mula tu agak segan nak usik dia
Tapi bila mangsa usikan tegarku balik midsem aritu.. segala-galanya telah berubah
Makin selesa usik dia
Merah-merah mukanya
paling tak pun ajuk dia cakap.. eh seronok bak hang..
satu lagi
bil.. bil.. bil..
Nisa la tu

Sorang ni pendiam
Cool pun ada
Bila dia senyap sangat pun risau
Tapi kelakuan ini buat orang lain turut tawadduk,
Insaf terutama di meja makan
Kemudian
Suka tengok kesabaran beliau melayang booyuh
Booyuh panggil dia boiing!

Kalau iqamat dialah paling laju
Boo..yuh..!
kalau tak ada dia memang amanlah istana
pasti kecoh la kalau ada dia nak katanya
pencetus kontroversi pasti terjadi
senget..!

Haaaa orang ni susah nak melekat kat rumah
Sangat busy orangnya
Bersama-sama dengan SYM baru
Kemana pun boleh
sebab
sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Rumahnya merata-rata
Tidur baringnya tak berwaktu
Thiqoh dengan dia
Buku-buku yang dia suka pinjam kat leberi macam buku Mahathir, Anwar, dan lain-lain pasal politik
Sebut pasal leberi Tunku Bainun ni..
Lagi satu dia suka bertapa kesejukan dan kebekuan di bilik karel

cik t cik t yang berkejaran ke sana kemari
Buat aku tidak keruan sama mu ti..
Sampai hatimu.. saat dia meluru mendapatkan ruang permainanmu
Saat itulah jantung hati mula tercabut!
Kalau bela kucing dalam istana ni pasti takdenya kau nak lompat sana-sini sesuka sukimu..

Pokok betik yang dah nak mati..
Bila kami dah nak kuar
Seakan-akan dia mula kekurangan baja
Entah kenapa agaknya
Tak de pulak tunjuk kelip-kelip lampu dia
Kalau tak, nak sambungkan dengan power bank
Macam ultramen

Dah pesan awal-awal.. kalau masam muka jangan balik rumah.. inilah nota kaki istana Nusaibah..
Tapi password kita apa ye.. talam biru? Tak pun air halia?
Ada ker?


Kepada anak-anak seistana kayangan hati jantung beta.. asiffah semua, segala gurauan itu hanyalah usikan dan segala usikan itu hanyalah gurauan.. 
Sedikit sebanyak akk leh praktik akk punya skill.. skill ntah pape..
Terima kasih atas khidmat antum yang tersedia..dan segala jasa yang tercipta.. 
Segala kekurangan itu minta dihalalkan.. yang tak tertunai apatah lagi.. Moga drama yang akak tonton itu akk simpan tidak lama adik-adikku tapi penambah sinergi tarbiah agar akk lebih kuat!

Jadikan semua gejala-gejala ‘senonoh’ itu berjelaga..!
Moga kita istiqomah.. Insha Allah
Kalian pasti dirindui

-Istana RN masih berpenghuni dikala ini bersama-sama incik FYP..2014-



Thursday 12 June 2014

Gelagat Imtihan Terakhir


Mata pedih-pedih, kepala terasa sedikit berat. Entah percampuran rasa yang bagaimana menjadikan badan juga agak keletihan pada saat itu tapi semua masih dalam kawalannya. Air cond bilik dalam keadaan sederhana. 

Imtihan dunia diteruskan. Tinggal beberapa minit sahaja lagi semua ini bakal berakhir. Itu adalah peperiksaannya yang terakhir selama 4 tahun bertapa di bumi Malim. Dalam perkiraannya perbuatan itulah yang paling kurang sihat dilakukan dalam menghadapi peperiksaan. 2 malam berturut-turut melakukan pengabaian tidur yang teruk. Apa-apa pun tahniah kepada aku sebab entah aura dari mana aku pujuk hati supaya usaha jugak macam mana pun buat yang terbaik. Aku dah kata nak pulun betul-betul, nak buat gila-gila punya. Kononlah sangat aku nak gila-gila, macam tak gila langsung, sehinggakan rumet aku tu juga tidak dapat tidur dengan sempurnanya. Pusing sana-pusing sini. Mungkin lampu tidak dimatikan. Eleh awak, sebelum ini?? Opss mungkin sebelum ada tutup ada sebaliknya.. sehinggakan sampai satu tahap dia bercakap-cakap bersendirian (mengingau). apapun so sorii ye awak. 2 malam je akak buat kerja tak senonoh. Masa tengah bersiap-siap tu sempat lagi aku nk tengok-tengok nota yang dibuat. sambil bersandar. Walau diri tak stabil tapi masih juga buat macam tu. Macam lucu pulak. Akibatnya sambil pegang nota tapi mata terpejam. Ghaib. Bila bukak mata, Astagfirullah.. baru 2 minit. ish.. ish.. Buat kerja nahas aku ni. kau nak repeat?? Sebab ada kes yang tak pergi exam yang tertidur tu macam nilah agaknya situasi tu.

"Masa ada 5 minit lagi..!" Wolaweh. aku melajukan gerak bait demi bait. Tulisan tak perlu diceritalah.. Burok bebenor rhupeanya..

Tapi ternyata aku melakukan penggorengan yang begitu sedap sekali untuk kertas yang terakhir itu. Mungkin perkara yang aku minat bertembung dengan aura dari mana entah(Mood orang yang tengah ramai kawen, barangkali??) membuatkan aku rasa skema dah tersasar. Biarlah, mungkin ada kaitan sedikit. pada perenggan yang terakhir berbunyi begini:

"Agar rumah tangga yang berlaku tidak mengalami kemerosotan, maka peranan ibu bapa bukan sahaja tidak terletak suami sahaja malah pada isteri juga. Rumah tangga muslim lebih berkesan dengan adanya rumah tangga dakwah. Urusan dakwah juga bukan hanya pada si suami sahaja malah isteri juga."

Aku mula teringat akan bait-bait usrah sebulan lepas. Subjek kaunseling keluarga dan keibubapaan sungguh membuatkan aku mula teruja. Teruja untuk apa? Entah. Malas nak perbesar-besarkan. Titik.

Mungkin itulah gelagat yang sedikit sebanyak aku kutip nak buat kenangan manis leting untuk diri sendiri. Mungkin akan rindu nak macam ni macam ni lagi. Semoga apa yang duk study tu kita ingat sampai bebila., bukan setakat dihambur kat kertas je. Amin ya Allah.

Imtihan duniawi untuk hadapi ukhrawi..

-
Leberitingkatdua-

Friday 9 May 2014

Muslimat, kamu dah tahu kamu ni macam-macam kan,,


Muslimat itu
Ia bermotor
Kadang  tak sempat nak pakai sarung tangan,
Sampai tengah jalan, hari panas terik
Adeh,, bertukar kaler
‘Xpe kak, luaran je,’
Eh, kecantikan pun kena pelihara, dik!
Anguk-anguk..

Musim sibuk memang tidak mengenal
Aci balas message, jawab call masa bawak motor,
Henset murah, melayang boleh la buat camtu
Tapi nyawa melayang, itu tidak murah syg..

Kadang tudungmu senget
Terlepas pandang, baru perasan bila jalan dah abis lama,
Rupanya ada lagi yang tak kena, kain tersangkut di stokin.. 
uit malu itu lama!

Bila keluar rumah
Pakai stokin seinci je dari buku lali
Tak pun, jangan buat lupa-lupa ayam pulak, 
tak pakai sarung kaki langsung
Lebih-lebih lagi kamu bermotor
Angin mengusikmu nakal
Lalu kainmu terhibur naik ke atas
Batang betismu menangis, sebab ia mahal muslimahku..!

Musim sibuk datang lagi
Aduh,, stok stokin dari lipatan sudah habis
Aci redah pakai kaler hitam lah
Yang tersusun bawah katil dari seminggu yang lalu
Siapa tahu di sebalik warna pekat itu
Ok, riang..

Alamak mana satu baju nak sarung ni..
Meeting tak lama pun, aci tak aci ambik je koleksi bundle tersusun di besi
Bila rumet tegur,
Haaa, orang lain tak tahu kan.. enti je tahu..
Ok, boleh laaa..

Usrah time,
Konon nak dapat angin segar, plan lepas subuh mentah-mentah lagi
Pilihan la tu,
Sampai-sampai.. mata bengkak, senyum kurang bergula
Maaf dik, akak malam tadi terlajak beresaimen
Padahal..”akak belum mandi”..caaaa

Balik rumah
Macam tongkang pecah
Ada tersilap hari tetamu nak datang
Bersih, lapang, sejuk mata memandang tersedia
Hari-hari tetamu kena datang kalau macam ni..

Bila nak masuk rumah, perhiasan mata ini tersaji..
Selipar, kasut bersepah-sepah
Baca kertas yang di tangging
“Sila susun ambo comey-comey, semuo bahagio”
Nah, sisa senyuman yang tertinggal!

Dalam perjalanan
Senyum sorang-sorang
‘Nak pergi mana senyum sorang-sorang ni?’
‘Nak pergi date’
‘Nak pergi usrah je kan? Bukan itu yang selalu kau cakap.. itu pun bahagia mcm org bercinta’
‘Usrah itu cinta, kau pernah rasa?’

Bila ditimpa masalah
Apalagi, ada yang setia menemani
Air mata itu terlalu cepat memujuk
Ia sejuk walau masin di mulut

Aih,, tudung tak de pulak yang sama warna dengan baju ni
Rembat je lah mana yang ada
Sedia tersusun
Masih wangi.. ya wangi.. wanggiiiie...!

Seharianmu tidak simple
Ia mahal
Dengan perhiasanmu yang harus dijaga
Dihormati
Sebab itu di luar perlu..
Labuh,
Tebal,
Lebar,
Semua itu lindungan untuk yang berharga..


Usah risau muslimah, susah mu mahal
Banyak kerenahmu bernilai
Sabarmu dalam perhatian
Itu tarbiah dariNya
Persediaanmu di hari mendatang
Untuk diisi sabarmu itu oleh anak-anakmu kelak
.. dan... dan.. si suam,, suamimu.. uhuk, uhuk batuk korporat!

Oh muslimah susah mu sekarang untuk senangmu di hadapan
Ok, macam-macammu untuk hari bahagiamu nanti
--Selamat bermujahadah--



cebisankatauntukdirasa
Siti_Athiah
9/5/2014
Lintas langsung dari Rumah Nusaibah

Thursday 1 May 2014

Secebis Rasa Segunung Rindu



Bismilah..
Ruangan yang sudah lama ditinggalkan ini tiba-tiba terasa nak meriahkannya balik..
Walau sedikit namun biar istiqomah.. ya..?

Suatu hari semasa menelusuri di sebatang jalan sambil di bawa secara ayu oleh Wonder Pets (WPT) yang handsome, mata melihat satu adegan yang mendebarkan hati. Ia nampak jelas di depan mata. 

'Ramainya orang..'
Dipendekkan cerita.. ada berlaku accident.. Kemudian adala sepihan-serpihan yang pecah di atas jalan raya dekat simpang nak masuk bandar pe ntah kat situ.. siapa yang terlibat itu macam tak nak ambik pusing sebab tak de langsung muslimat ke mana-mana perempuan. Kebanyakannya beruniform biru. Budak-budak proton barangkali.. Eh.. budak pulak. Mintak maaf broo..

Mana tahu kot-kot sahabat muslimin ke.. entahlah.. yang penting aku terus je dengan Wonder Pets..

Tetiba aku terfikir.. Mak ayah! Apa yang dibuat mereka sekarang. Allah, rindu pula..jom sahabat-sahabat rindu mak abah kita sekarang di rumah..

Maa abah yang panggilan manja sekeluarga.. Sekiranya mata ini tertutup pergi dahulu sebelummu biar aku terlebih dahulu untuk pamerkan senyuman yang paling manis buat kalian. Semenjak aku mengenal erti kehidupan ini, terasa belum puas hidup bersama kalian dan menabur apa seadanya aku yang sekarang ini..

Tetiba.. nak balik..!
Dapat tengok raut mereka sambil mencarikkan senyuman pun sudah cukup sekarang ini..
Allah, mohon mereka baik-baik sahaja..

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Cukuplah sekadar nak menjinakkan mood dalam menyempurnakan beberapa tugasan..

Ma abah, salam cinta dan rindu dari anakanda ini.
Nah, senyuman ini untuk kalian.. =) sedikit senget ya.


Moga esok masih ada..


Wassalam