Tuesday 22 January 2013

Kelantan.. kitakan bertemu nanti


Kelantan..
tunggu aku
aku nak jumpa kelantan
tempat pertemuan kita
tempat yang telah mentarbiah ku sejak dari kecil

Lebih-lebih lagi teringin sangat nak menyentuhkan tapak kaki ini ke lantai teratak abah
teratak tarbiah milik abah yang juga tempat aku dibesarkan
sejak dari kandungan mama
lantai papan itulah yang menyambut tubuh kecilku tatkala keluarnya dari 'persembunyian' selama 9 bulan 10 hari

Tidak sabar rasanya mahu tiba ke pangkuan kampung halaman
sawah menghijau
tali air tenang di permukaan
tumbuhan yang menghijau riang melambai-lambai
beburung yang bising di angkasa
seolah-olah meraikan akan kepulanganku
rindu..!

Sesungguhnya diri ini nak sangat pandang wajah mama dan abah puas-puas
wajah yang terdapatnya garisan penuh berjasa
mahu borak-borak dengan adik-adik yang disayangi
bersua muka dengan masyarakat di kampung
sebelum aku kembali ke pangkuan kampus
bagi mengadap insan-insan yang bernama pensyarah
juga berdampingan dengan sahabat-sahabat

Kelantan..
aku nak jumpa Kelantan
nak charge kekuatan untuk sem akan datang..
untuk kembali bergerak kerja
gerak kerja yang tidak memisahkan antara 3 perkara iaitu tarbiah, siasah dan dakwah

Mama dan abah tunggu diri ini
bagi masa untuk anakanda mu mensolehahkan diri
semuanya memerlukan proses dan proses memerlukan masa
untuk memastikan kalian mendapatkan doa dariku
doa yang sesolehah mungkin
jadi
aku perlu siapkan diri
perlu mantapkan diri
walaupun kekurangan selalu menyusul
agar perkataan tidak layak untuk menjadi solehah tidak ada lagi dalam kamus hidup aku

Jadi ma dan abah perlu doakan anakmu ini juga
andai tulisan ini tidak mampu mendarat di telinga kalian
biar tentera-tentera Allah yang akan sampaikan
biar angin lalu yang mengkhabarkan berita ini

Kelantan
kita akan bertemu
pertemuan yang sebenarnya ialah dengan orang tuaku
di bumi tarbiah itu
di teratak hijau itu

Sempena 20 Januari baru-baru ini
nak wish
Selamat Hari Lahir buat abah--> 20 Jan 1951

Kelantan kumenjeritt..!
Jumpa nanti di teratak hijau abah...
1.18Am
23/1/2013


Saturday 19 January 2013

Januari Datang Lagi


Sementara Januari yang masih lagi terus berjalan ini, terasa pula nak mencoretkan sesuatu, lagi pun dah lama membiarkan ruangan ini sepi. Sape la pemiliknya yang sanggup membiarkan ia bersendirian.. Mungkin ada sesetengah pengunjung yang ternanti-nanti akan entry terbaru..opss..ada ker? Apa pun..kita layan dulu..
Sempena entry sulung pada tahun ini aku nak mempersembahkan sesuatu iaitu..

Wajah baru..
Wajah baru..
Wajah baru,,!

Itulah pekikan yang penulis nak laungkan..Ok lah sempena dengan tahun baru masihi ini juga, secara tidak langsung penampilan pun macam nak tukar juga..iaitu wajah laman rapatku ini..! Semoga wajah baru ini wajah yang lebih matang seiring dengan peningkatan usia dunia.. usia dunia si hina ini..

Oklah berbalik pada situasi sebenar, sempena tahun baru yang masih lagi terasa baranya ini, penulis rasa tak nak ianya berlalu kosong tanpa buat apa-apa, jadi penulis nak pasang azam lah..

Azam?

Ok,,bukan nk cakap pasal Muhammad Azam ke, tak pun Abdullah Azzam? Bukan la tapi azam yang berkaitan dengan impian yang ingin dicapai.. sudah lama tidak memasang azam semenjak dua menjak ini..
Usia hamba ini juga semakin merangkak naik.. Sekejap je. Usia makin bertambah, amalannya di takuk lama..ai.. sudah-sudahlah berangan cik Tiah oi..sedarlah diri tu dah makin dewasa.. Sedangkan amalannya tak membiak pun..

25 tahun berlalu dengan pantas.

Gerunnya nak menyebut umur akan mencecah 25 tahun..! Dah layak jadi..? Dah layak jadi seseorang, diri sendiri yang matang..!

Kata cikgu memandu aku..usia macam ni orang lain dah berapa orang anak.

Itu orang lain la cikgu, kataku dalam hati.

Kata-kata salah seorang sahabatku ‘ada apa dengan angka?’rasa terpujuk sekejap..ceh!

Sejenak.. terfikir tentang azam tahun ni.. Waktu kat sekolah dulu-dulu suka sangat update azam setiap kali sesi persekolahan bermula, antaranya :
-Nak penuhkan kedatangan ke sekolah
-Nak dapat no 1 dalam kelas
-Nak jadi anak, kakak, adik yang solehah
-Nak berbaik-baik dengan cikgu-cikgu
-Nak macam-macam lagi la..

Untuk kali ini aku ingin mencipta azam baru.. azam yang aku pungut kat mana-mana je lah yang aku jumpa.. dalam minda ke dalam novel ke.. hihi. Agak segan nak papar kat sini tapi tak pe. Kiranya yang aku sebut itu hanyalah yang aku terfikir. Nanti mungkin sesiapa yang berkenan atau berminat untuk sama-sama memasang azam dengan penulis..silakan ye..

Dalam setahun ni,, antara program-program yang di setting dalam minda ialah :
-habiskan baca buku haraki sebanyak 10 buah
- khatamkan 3x quran beserta makna
- baca buku berkaitan perkahwinan dan keluarga sebanyak 10 buah (banyak nye wei)
-baca buku pasal psikologi & kaunseling sebanyak 5 buah
Ada lagi?
Buku pasal ibadat, feqah dll lagilah kena mantap kak oi..
Ada nak tambah? Mungkin untuk setakat ini itu saje lah..
Azam yang berkala sebenarnya setiap kali sebelum tidur itu yang lebih berkesan. Maknanya kita dah rancang nak buat apa untuk keesokan harinya.

Dah lama tidak mengamalkan perkara ini, bila la boleh mulakan kembali. So?

Jom  programkan minda untuk esok sebelum lelapkan mata..( Ya Allah nak sangat supaya aku sentiasa berpositif dalam menghadapi hari-hari dalam hidupku yang dimulai dengan esok, amen..)

Selamat beramal dengan kehadiran azam-azam dalam hidup~

2.10am, 
20/1/2013..
Villa Zahra..bumi Murobbi bumi tarbiah~