Tuesday 10 January 2012

menjadi diriku


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


-Edcoustic-

Monday 9 January 2012

KEMENANGAN ANWAR vs PERBICARAAN ADAM ADLI


Salam..

Apa khabar para pembaca sekalian..? Masih lagi segar ditemani iman yang terus membunga mekar sehingga hari ini? Hari ini begitu bersejarah. Bersejarahlah jugak.. Tanggal 9/1/2012 merupakan tarikh yang rata-rata mendebarkan sesetengah warga UPSI.


Tiba-tiba entri kali ini berkisar isu yang agak hangat ditubir mulut masyarakat khususnya warga kampus di seluruh negara..


Ceh wah..blog ini sudah mula berjinak-jinak dengan politik ya? Ya mestilah..


Hari ini agak redup berbanding 2 3 hari sebelum ini yang panas terik sehinggakan seorang sahabatku berdarah hidungnya (enti minum air masak banyak-banyak ye)-pesanan penaja.


Berkenaan hari yang agak redup ini sebenarnya membayangkan diri ini bahawa kemenangan di pihak yang sepatutnya, seolah-olah memahami keadaan di lokasi yang hangat yang mana tiba-tiba menjadi tumpuan polis..ingatkan skuad SUKSIS yang sedang trainning ke apa-à ada ke patut..hehe


Sebenarnya hari ini masih lagi berjalannya peperiksaan akhirku.. Namun mencatatkan sejarah. Bersejarahlah gamaknya.. Jalan jem teruk. Tak teruk mana pun. Polis buat sekatan jalan raya yang mana aku pun kurang jelas tujuannya..(xde lah saja je,,dah tahu dah tujuannya)..peace!


Bayangkan jam dah pun melangkaui waktu yang tercatat di slip untukku memulakan menjawab kertas peperiksaan..


Bas di bahagian depan pula begitu kecoh dengan suara-suara calon peperiksaan yang dalam hati mereka tengah berdebar-debar disamping celoteh uncle driver yang sporting. Tapi apa yang mendebarkan? Xda lah. Aku je ni yang over..yelah jab lagi nak menghamburkan peluru berpandu untuk menembak sasaran yang insyaALLAH terkena sasarannya. Ya Allah permudahkanlah.


Apa pun ceritanya..Alhamdulillah sampai jugak akhirnya aku di bilik peperiksaan yang di sambut segaris senyuman di bibir pengawas peperiksaan.. Seolah-olah dia dah tahu disebalik kelewatan kami..


Lewat 15 minit!!


Beberapa borang perlu diisi (lecehnya)..sebelum menjawab soalan2 sebanyak 40 soalan. Tebalnya buku soalan..patutlah..dwibahasa. teringat pulak kat lecturer..semoga dR. baik2 aja.


Sebaik sahaja sebaris doa dititpkan, peluru terus terusan memuntahkan isinya..yang kelakarnya, agak kelakarlah.. Seorang pengawas peperiksaan tu tolong aku isi tempat kosong yang aku terlupa untuk menurunkan angka 45 iaitu tempat dudukku.


Tembakan siap!! peluru dah habis.


Cepatnya masa


Ingatkan pengawas peperiksaan akan tambah masa bagi yang lewat..sangkaan tersasar..


Biar betul..


Pepun Alhamdulillah..tawakal mula menyusup kemas..insyaAllah moga yang terbaik untukku..amen ya robb.


Sebaik sahaja tiba di perkarangan menunggu bas..alahai ramainya..dari mana semua ni..


Akhirnya dieditkan cerita..dapatlah naik bas..bersesak-sesak..biasalah. macam tak biasa..


Setelah tiba diperkarangan kampus..mak..ramainya orang. Polis masih lagi komited dengan tugas-tugas mereka..


Tengok tadi ramai orang yang terpaksa jalan kaki sejauh 1KM agaknya. Bas tak boleh masuk depan pintu timur seperti selalu.. kesiannya orang yang tengah berjalan. Agak jauh juga. Mana taknya, biasa langkah beberapa anak tangga bas je terus duduk di kerusi empuk berlangitkan hembusan air cond yang mendingin dan menyejukkan tubuh..syoknya..boleh tidur lagi..celik2 dah sampai..boleh bajet masa. Kat katil kat bilik xda air cond. Huuhu


Tapi ramai tadi yang berjalan kaki dari kampus ke kolej..bayangkan yang bertapakkan kasut yang agak high tu..alahai..nasib lah. Kalau yang bergalaskan laptop? Berat kot..jadi askar jab.


Kita yang jadi pemerhati ni boleh tengok gelagat orang..hari ini rezeki dapat naik bas..Alhamdulillah.


Ape pun tulah nak di ceritakan suasana kampus UPSI yang mana berlangsungnya perbicaraan Adam Adli.. dengar kata demo tetap ada petang tadi..bukti sokongan yang padu dan utuh terhadap Adam Adli..


Keputusannya beliau digantung pengajian selama 3 semesta. Apakah kita semua terfikir, pengorbanan beliau selama 3 sem itu sia-sia? Tidak..selama 3 sem itu..walaupun impaknya tak banyak.. sedetik pun dah cukup untuk memberi natijah kepada dunia Malaysia..khususnya rakyat yang sudah lama menagih pembaharuan..takbir!!


ALLAHUAKBAR


Wallaualam..

esok ada paper lagi. Tinggal beberapa jam je lagi.moga yang terbaik..doakanku ya kalian ^^
...yang pasti paper ni dah xboleh tembak lagi..


hamba Ilahi, 
pagi yang berembun,,
rumput bumi Malim,
bumi murobbi..

Thursday 5 January 2012

Terjerat sudah..!


Kehadiranmu..
Jangan kau jangan..
Jangan hadir dalam diri..
Aku takut aku akan hanyut..
Di buai perasaan sendiri
Aku takut sekiranya
Aku dipengaruhi oleh kehadiranmu
Sekiranya kau jadi milikku nanti
Apa pulak kata orang di sekeliling?
Macam mana kalau ada je yang dengki padaku
Kerana memilikimu itu..
Sudah-sudahlah membuatkan diriku terfikir akan dirimu lagi
Setiap hari rasa mahu je menjenguk susukmu itu
Terpengunnya..
Jam tangan yang berwarna biru itu..!


(..tiba-tiba pulak nak tulis pasal ni, nak hiburkan hati..ntah apa-apa..hai.. ni jam punya pasal ni..ape pun yang penting jam tangan itu..harapnya tidak tersalur pada sasaran yang tidak sepatutnya..orite!)


pagi hari..
Bumi Malim.
6/1/12