Monday 16 December 2013

Ma, Abah.. maafkan aku..!


Pada hari ini fikiran aku digerakkan oleh pembawakan status salah seorang penduduk facebook. Perkara ini membuatkan aku terfikir-fikir walaupun sedang berada di tempat yang tidak sepatutnya!
Betapa hebatnya status tersebut menyebabkan aku begitu terkesan. Alhamdulillah aku ‘nampak’ semua ini iaitu aku diberi dikurniakan rezeki melalui saluran ini. Rezeki untuk merenung diri aku kembali dialam nyata. Apalah sangat status tu??
Jom hayati..

Seorang tu ada mengatakan beliau quit dari universiti. Lepas habis minggu orientasi terus blah. Aku tercari-cari sebab dia berbuat demikian dengan study beberapa comment yang berpuluh-puluh di bawah statusnya.

Beberapa alasan yang menyebabkan dia berbuat demikian. Aku boleh menerimanya dengan berat hati.. ceh aku pun! Alasan yang menyebabkan aku terfikir ialah dia mengatakan bahawa dia tak mahu menghabiskan duit family sekiranya dia meneruskan pengajian di situ!

Dia tahu yang dia buat semua itu ada penyelesalan kerana dah mengecewakan family sendiri, namun apakan daya, dia sudah pun membuat keputusan itu.

Apapun dia kata mungkin itulah keputusannya yang terbaik.
Aku tahu, umurnya baru belasan tahun. Sekiranya dia adikku, atau anakku, dah lama aku larang dia buat keputusan macam tu. Aku bukan nak aturkan episod hidupnya tapi atas dasar pengalaman aku yang lebih sedikit aku ulangi LEBIH SEDIKIT, aku lihat keputusan itu sedikit sebanyak akan membuatkan dirinya menyesal dikemudian hari. Apa pun rezeki ditangan tuhan, bukan di tanganku. Ape ape jelah dik! Semoga yang terbaik..! Mungkin ada rezeki yang lebih baik untukmu..! Amen.

Ok. Tutup kes tu. So apa kena dengan diriku? Yelah aku sekarang sedang menghabiskan duit  keluargaku! Lebih-lebih lagi sekarang memang duit kering kontang di bank. Itu pun duit pinjam. Jadi kemana lagi aku perlu rujuk bila duit habis? Tentunya Mak.. Kalau segan dan tengok jugak situasi waktu tu macam mana, aku mintak dengan my sis..! Begitu berjasa kakakku yang sorang tu..! Aku sayang dirimu.. Tak tahu macam mana nak balas semua tu. Kalau nak dikirakan dah beribu aku habiskan duitmu. Walaupun kadang-kala kena berleter dulu baru dapat namun dia tetap bagi juga.  Aku apa lagi, ‘merajuk’ la sikit baru terasa nikmat duit tu sebenarnya susah nak dapat.

Nak ambik lesen, nak beli motor, nak beli laptop. Aih macam-macam. Yang dia sedekahkan tanpa aku minta pun banyak yang dia sumbangkan. Nama pun sedekah. Ada satu kali dia sedekahkan henset! Waaa.. RM 300 harganya. Walaupun tidak berapa canggih (tapi zaman tu dah canggih) namun aku tetap hargainya dan rasa sedikit terseksa sebab aku tak dapat nak beli yang baru. Kui kui. Tapi aku tetap sayangkan dirinya..! Ramadhan akan datang kira masuk 3 tahun dah. Selama dirinya yang berumur 2 tahun lebih denganku itu pelbagai perit jerih kau hadapinya. Pernah menghilang hampir sebulan. Namun dijumpai semula. 

Apa pun, ma & abah, 

Belum tiba masanya lagi..

Untuk menempatkanmu di teratak milikku.
Menyediakan pacuan selesa yang dihembus oleh air cond yang wangi dan segar,
dan membawamu ke hulu-hilir, 
Menghulurkan hasil titik peluhku
apatah lagi membawamu ke Tanah suci

Yang termampu sekarang ialah hanyalah doa dariku yang kejauhan ini untukmu. Itu pun kalau ada 'solehah' dariku.

Aku teringat-ingatkan satu perkara, apabila kita sudah bekerjaya nanti, kita kena pedulikan orang sekeliling kita, jiran tetangga, waris, adik-beradik apatah lagi mak ayah. Jadi mereka inilah ada hak daripada kita. Masya Allah.
Moga-moga aku sempat untuk semua ini & ingat kata-kata ini. Amen!

Monday 9 December 2013

Hawa : Mahal Dirimu Kerana Auratmu!


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


Malam tadi berkesempatan untuk hadir ke satu majlis ilmu.. Penceramahnya saudari Asma Suardi dengan tajuk pengisiannya "Hawa : Aurat dipelihara, Maruah Terjaga" Pada mulanya ramai gak yang tertanya-tanya siapakah gerangannya. Namun setelah hadir tadi, dapatlah kenal sedikit sebanyak latar belakangnya. Seorang aktivis dakwah graduan UUM. Yang pasti beliau ni niqabis!

So, pergilah bersama sahabat-sahabat dengan harapan mendapat mutiara ilmu. Seronok bila merasai nikmat mendapat dan memahami ilmu itu seperti makan nasi.. walaupun ilmu itu seperti sekadar setitis air! Nak praktik pulak? Sendiri mau ingat maaa.. selepas berilmu tu kenala beramal pulak, betui x?

Tutur katanya pun dah tersusun, cantik, dan menawan. Belum tengok muka lagi. Masya Allah. Ini bidadari dunia. Lagi menaikkan semangat bila mana beliau menghargai kehadiran audiens dengan mengatakan bahawa malaikat sedang melabuhkan sayap untuk bersama-sama dalam majlis itu. Masya Allah.. Kalaulah boleh nampak malaikat-malaikat itu waktu tu, memang pengsan histeria namun realitinya, bidadari-bidadari dunia sekarang ini sedang bertapa dalam dewan yang selesa ini. Ramai yang hadir tadi. Suka tengok orang ramai, Dahlah nampak semuanya baik-baik belaka.. Itu yang aku suka! Biah solehah sememangnya wujud!

Apa pun yang aku seronok selain dapat pengisiannya aku juga seronok (jadi dua tiga ronok dah) bila bersama-sama sahabat yang lain. Sahabat solehah gitu. Memang sahabat-sahabat aku solehah semuanya. Aku je yang belum. Aih.. bila la agaknya!

Sebenarnya untuk hadir ke majlis ilmu ni tiada syarat pun.Tak kisah la dia tu bertudung labuh ke bertudung kurang labuh pun. Yang penting keberadaannya berada di situ dia telah menyerahkan jasadnya untuk ditarbiah. Tak kisahlah mindanya itu berada di mana sekali pun..

Kenapa sebut pasal syarat pula? Yelah sebab tajuknya itu pasal aurat. Tak semua yang hadir itu dia mereka menitik beratkan pasal aurat untuk sampai ke tempat itu. Jadi aku memuji dan sangat memuji mereka-mereka ini. Sabarlah sahabatku sayang, proses perubahan itu memerlukan masa dan masa memang terisi dengan cabaran dan dugaan. Hadapilah dugaan itu walaupun pahit. Percayalah bibit-bibit hidayah sedang mengisi kantung tarbiah diri anda! Buktinya.. Anda hadir dan kita sama-sama hadir di situ!







Moga ada laluan hidayah untuk aku juga dan ia terus mengalir.. Allahu perkenankan..!

Bumi pinjaman~
Ahad
2/12/2013

Kem Muslimah Sejati 2013




Pada 8 dan 9 hb 12 baru-baru ini program Muslimah Sejati baru sahaja tamat dengan jayanya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sedikit terubat rindu untuk berprogram bersama adik-adik. Adik-adik pula masih kecil. Masih suci dari dosa dan noda dunia.

Seperti biasa, ada suka dan duka walaupun progam selama dua hari je. Pesertanya dalam kalangan anak-anak sekitar Masjid Jamek Ar rahman, Ulu Bernam, Selangor. Namun ada juga peserta yang datang agak jauh dari rumah mereka. Sasaran umur 10-17 tahun namun ada yang umurnya 8 tahun.

Program ini juga merupakan program yang aku tunggu-tunggukan kerana kesemua pesertanya adalah perempuan. Nama pun Kem Muslimah Sejati. Jadi aku plan macam-macam aktiviti tanpa mengira batas. Kalau sebelum ini ada aktiviti yang terkekang dengan batasnya seperti aurat dan ikhtilat.

Namun realitinya ialah kem inilah satu-satunya kem yang mempunyai bilangan fasi lebih ramai dari peserta. Macam lawak pulak. Namun kami cuba untuk memeriahkan program dengan meminta fasi untuk join sekali aktiviti. Agak happening gak tengok gelagat depa ni.

Pengalaman lucu sememangnya ada. juga mencabar mesti ada. Yela budak-budak ni bukan macam anak-anak sekolah menengah. Contohnya kalau dia nak bertanyakan sesuatu dia tak fikir dah munasabah ke tak soalan tu. Kita pun tak terfikir soalan tu yang dia tanya..
Haiiyaa.. maunya fasi pusing-pusing otak kejap cari jawapan yang terbaik.

Ada peserta yang bergaduh sampai nangis-nangis. yang ni juga membuatkan aku rasa 'pelik'.. Yelah, tak terfikir pun benda ni akan terjadi.

Pertama kali aku tak dapat tahan gelak bila dorang baca doa makan.. Bukan aku nak gelak apa.. yelah lama tak dengar baca doa macam budak-budak.. biiisssssmillaaaaa hirrrohhmanirrrooooohimmm.. gitulah.. Terimbau nostalgia lama la tuh..

Ada perkara yang kelakar dan malu sangat sehingga aku sendiri tak tahu nak sorok muka kat mana. Akulah dalangnya. Otak gila-gila tak boleh nak buang. Sebab sebelum balik tu terfikir nak buat aktiviti last. Main pijak-pijak belon dan kumpulan akan disertai dengan fasi.. Waktu ni aku tak fikir dah sebenarnya itu masjid! Pastu kena tegur oleh seorang anak muda. Lelaki.. aishh.. Kalau pakcik tak pelah.. Tak de lah segan sangat.. Bukan apa mungkin dia tengok aksi-aksi tak ingat dunia aku masa nak pecahkan belon tu. Terguling-guling.. Lari terkedek-kedek dan macam-macamlah..

Pengisiannya untuk program dihandle sendiri oleh kakak-kakak fasi merangkap sahabat-sahabat sendiri. Seronok dengan pengalaman ini sebab dapat memantapkan lagi taaruf antara kami sebab ada yang kenal-kenal macam tu je. Aku pulak handle slot muhasabah.. hehe.. lawak jugak bila fikir balik..Tak payah lah nak cite. Sebenarnya waktu nak handle tu berdebar gak sebab risau tak jadi namun aku buat-buat jadilah macam mana sekalipun. Dengan pengalaman yang ada sebelum ini jadi peserta aku kutip dan lepaskan kat program tu. Itulah seada dan semampunya wahai adik-adik sekalian.



Sesi riadah


Riadah..

'Mayat'

Slot muhasabah

LDK Sirah--Sesi pembentangan

Fail peserta

Kecil je.. sebagai tanda penghargaan

 Antara fasi yang tersnap waktu ni-Thanx semua bantu akak!

 Kembara 'alam'

 LDK ibadah-praktikal solat

 Antara sunnah Nabi cuba dipraktikkan..Makan bersuapan
 (yang tukang suap tu bukak mulut lagi besar kot =)



Majlis Penutup



Lagu tema: 

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati




Oklah, itu sahaja untuk kali ini.. sehingga berjumpa lagi..

Nota kaki : Sambil tarbiah orang sekali gus mentarbiah diri sendiri.. insha ALLAH. Semoga bermanfaat.. Jom jumpa next kem..