Friday 29 July 2011

Syukur-syukurlah

Ada satu kisah yang ingin dikongsikan bersama. Mungkin ada yang pernah mendengar kisah ini atau mirip kisah ini..kisah ini dipetik dr sebuah radio tempatan dalam segmen motivasi pagi..kisah ini begitu terkesan kerana moralnya sangat mudah dan boleh ingat sampai ke hari ini.
Ada seorang perempuan tu,,dia seorang yang sangat cerewet dalam banyak hal daripada bermula dengan dirinya hinggalah persekitaran. Setelah berkahwin dia menjalani kehidupan seperti biasa. Kemudian dia dikurniakan seorang anak lelaki..Ditakdirkan anaknya ini seorang yang sangat nakal. Hanya tuhan sahaja yang tahu apabila mempunyai anak yang nakal sedangkan diri seorang yang cerewet kerana terlalu menjaga. Seolah-olah dia lebih sayangkan benda lain daripada anak sendiri. Contohnya rutin harian yang mana setelah siap mengemas di bahagian ruang tamu, dia ke dapur untuk merapikan dapurnya yang dirasakan seolah-olah mesti berkilat. Anaknya yang selalu membuatkan rumah itu berselerak. Begitulah kebiasaan yang dilakukannya setiap hari.
 Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ada kawan si ibu yang mahu datang ke rumah. Seperti biasalah dia akan mengemas rumah cantik2. Setelah dirasakan puas hati, dia ke dapur pula untuk menyiapkan makanan.  Setelah penat di dapur, si ibu tadi ingin melepaskan kepenatan dan berhasrat untuk ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya si ibu tadi kerana ruang tamunya kembali berselerak. Semua barang2 tunggang langgang. Langsir putus, sofa jd kedudukan terbalik, karpet kembali dipenuhi habuk dan sampah dll. Si ibu tadi sangat bengang dan hilang sabar dengan kelakuan anaknya lalu mengejar sehingga ke luar rumah. Tiba disuatu jalan, tiba-tiba gedegang!! Si anak dilanggar kereta. Lalu si ibu berteriak di situ.. kemudian tiba di hospital dia merayu kepada doktor supaya menyelamatkan satu-satu anaknya itu. Ditakdirkan anaknya meninggal dunia. Menangislah si ibu tidak berlagu..
Apabila sampai di rumah, dia sangat menyesal dan rindukan anaknya itu. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dia akan teringat pada anaknya. Seperti biasa dia akan berkemas rumah. Namun setelah siap dia tiba-tiba menyelerakkan balik rumahnya itu. Baru dia tahu betapa nikmatnya semasa dia memarahi anaknya seperti selalu. Setelah kehilangan anaknya itu dia dapat pengajaran untuk dirinya.

Moral : Nikmat datang sekali sekala, bersyukur kena selalu.
Sekian, wallahualam..(PiMEK)

Thursday 28 July 2011

Perlu bosan ke?

"Eh, bosan lah cuti 2, 3 hari ni. kau tak rasa ke?"

"Cuti 2, 3 bulan duk kat rumah wat pe je? xbosan ke?"
"Eh boringlah, tak tahu nak g mana."
“Puah weh duk lagu ni. Xtahu nok wat gapo. Puah do’oh nah..”


Tulah antara dialog yang seringkali kita dengar yang berupa keluhan daripada manusia. Biasalah nama pun manusia yang tak terlepas daripada keluh kesah. Tapi semua tu boleh di ubah yakni dengan penghayatan ilmu.
Apabila teringat je perkataan boring @ bosan @ puah (dlm dialek klate), lantas ingatan mula menerjah kata2 seorang ustazah Dato’ Fatimah Azzahra (mcm tu kot nama dia). Ingatan tu rasanya dah berusia 3,4 tahun,,Alhamdulillah sempat di sampaikan kat sini.

“Hidup di dunia ni kita tak boleh cakap boring, bosan dan tak tahu nak buat pe kerana di dunia inilah adanya kesempatan untuk melakukan apa je untuk bekalan di negeri abadi. Banyak benda sebenarnya yang boleh kita buat asalkan perkataan boring tu xpernah wujud. Kalau kita bosan, xda nak buat pe, macam2 cara nak isi masa tu cam baca quran ke, zikir2 ke, baca apa2 yang bermanfaat ke,,”

 Begitulah antara petikan yang masih tersemat di perdu ingatan ini. Tak tahulah kalau ada yang tertokok tambah tapi itulah yang pengisian yang cuba disampaikannya.

     Wallah’ulam (PiMeK)

Friday 22 July 2011

Omel Atok,,part 1

“Cu, nak kemana 2? Mari sini kejab” tegur atuk suatu petang. Badannya dibiarkan berayun mengikut rentak kerusi malas.
“Ada apa tok?” Tanya ku                       
“Ni sapa punya?” Atok mengangkat kertas berwarna pink.
“Ha ah lah. Mana atok jumpa? Patutlah cu cari2 xda. Atok dah baca ke?”
“Kalau dah?” Balas atok.
“Ikut atok lah”.
“Macam tak bagi je. Pagi tadi atk jumpa kat tangga tu. Tercicir la tu”
“Apa pendapat atok?”
“Sebelum tu atok nak tanya. Bila lagi laptop cu rosak?”
“Lama dah, sebulan yang lepas”
“Lah, kenapa tak bagi tau atok?”
“Emm ntah lah tok”
“Sekarang ni pun rasanya dah terlambat nak pegi kedai tu balik. Cu, nak berlapang dada ni bukan semua part kita ambik kira. Sesetengah benda je. Tapi tak bermaksud kita berdendam dengannya. Cu ingat, musibah yang berlaku bukan tercipta secara sia2. Ambiklah pengajaran. Kalau cu xbrubah, lakukan hal yang sama, rugilah cu. Rasanya cu da arif dengan pengajaran ni kan..ye tak?
“Ye la tu kot tok”
“Hai kot je?”
“Em yela2. Tima kasih tok”
Aku ambik semula kertas, aku baca sepintas lalu.



Langit kelihatan agak hitam di sebelah hilir, arah yang ingin dituju. Namun gerak hati tetap juga ingin sampai ke destinasi. Adakah hati juga akan menerima nasib yang sama seperti keadaan alam itu? Entahlah.. Enjin beroda dua di hidupkan..
Destinasi sejauh lebih kurang 40 kilometer yang ingin kuredah tu akhirnya meluruhkan air dari langit..hujan! Pada mulanya agak renyai di satu pekan tu namun semakin jauh semakin lebat pula. Hati ada jgk teringin nak berteduh kat mana2 namun bila pikir balik kedai yang ingin ditujui semakin dekat,,ahh terukanlah. Tanpa peduli kan org yang memerhati,,tekadku akhirnya menyertai org2 yang berteduh di sebuah kedai yang masih tutup iaitu bersebelahan kedai yang aku ingin tuju. Dah sampai rupanya.. terasa jgk segan namun xda pilihan lain. Basah kuyup dibuatnya. Terasa agak seksi sebab jubah yang ku pakai juga terasa sejuk lalu menguncup mengikut tubuh namun hati pulak memujuk..jaket yang kupakai paras lutut masih menyelamatkan keadaan.. tambahan pula seluar slack yang tersarung menambah keyakinan..Alhamdulillah ok tu.
Dalam keadaan rasa segan tu..kaki melangkah meninggalkan motor melindungi diri terkena percikan air..helmet masih tersarung..tangan menyeluk saku jaket..hah!!hensetku.ya Allah.habislah. Tgk skrin depan tu tidak mempamerkan seperti selalunya…waaa. Tetiba teringatkan sesuatu,,senyum pulak dah sorang2..masa nak turun tadi nset tu dah bagi warning, xda bateri lah.. Selamat lagi harta aku ni.
Apabila hujan agak reda..aku melangkah keluar dari tempat persinggahan. Sebelum sampai kedai tu hati berharap agar Allah permudahkan..
Tanpa mengeluarkan suara resit diserahkan kepada staf perenuan yang dtg menyapa kat kaunter. Segera dia mencari-cari laptopku.
“xde pun”, dia merungut kecil.
Seorang lagi staf lelaki yang dtg membantu
“Jenama apa ye?”
“……”Jawabku.
“Emm patutlah susah nak cari”
Setelah jumpa. Lantas menyerahkan laptpku…
“CIk, nak tanya, kalau hardisk dia rosak, memang semua fail tu turut terjejas ke?”
“Ha ah..memang pun”balasnya tersenym
“emm..”aku mengangguk. Nada suara mampu meraih simpati sesiapa yang mendegarnya. Mana taknya semua file2 2 aku syg!
Tanpa meneruskan lagi beberapa soalan yang siap terkarang di minda di biarkan kemas tanpa mengeluarkan 1 pun..
Alahai diri
Sebelum melangkah keluar sempat lagi si staf yang lelaki tadi tu menegur,
“Datang ngan motor? Em habis basah”
Aku tersenyum pahit,,
Aku ke tempat motor td. Enjin dihidupkan. Org2 yang singgah tadi tu dah bersurai. Hajan masih menurunkan sisa2 rintiknya.
Mwa mwa mwa..nak nangis,,
‘wahai diri, jangan nangis, kecik je tu’
Tanpa menghiraukan pujukan yang satu tu,,suasana jalan raya dihangatkan lagi dengan hiba hatiku..belum pun cukup usia setahun,,dah buat hal. Inilah yang aku xnak..tapi jd jgk.nak buat mcm mn. Benda tu pun barang pinjaman. Sygnya semua file2 tu..nota2 lecturer. Gambar2, lagu2 nasyidku..xpelah..Allah lebih berhak.
Sampainya di rumah…mata yang bengkak masih tersisa. Aku tetap ceria..berlagak!
Baju yg dipakai sblm turun tadi seakan2 sama dengan balik. Tgk macam tak kena hujan pun. Angin yang dilalui spanjang jalan mengeringkan balik bajuku.
Yang anehnya kenapa soalan2 tadi berdegil xnak keluar?
‘kenapa boleh jadi cam 2?’
‘Kenapa saya balik tiba2 xboleh bukak?’
‘Kenapa, kenapa, kenapa?’
Ape pun yang dah berlaku,,itulah yang terbaik untuk diriku..sudah pun tertulis. Aku kena fikir musibah ini terlalu kecil. Kalau nak dibandingkan dengan org yang  laptopnya hilang terus 2? Lagilah teruji.. Alhamdulillah.
Masa kat kedai tadi aku sempat terlihat org tu,,selamba je dia. Xda rasa bersalah langsung diwajahnya. Lagi pun dia pun cam muka ustaz2 je. Pakai petua ape la agaknya sampaikan aku xpersoalkan pun benda2 yg sepatutnya. Senyap je. Kalau nak tahu dia tulah org yang menelefonku mengatakan laptopku rosak hardisk. Sambil tu jgk lah dia ada tanya perlu baiki @ x,beli kat ne, warranty ada lagi ke tak. Aku buat keputusan nak ambik je lah. Daripada berhabis duit baiki benda yang bukan tangan ak menjahanamkannya..
Sebenanya  seminggu sebelum aku terima panggilan yang ditunggu2 tu berlaku satu episod yang mana aku saja2 bwk laptop nak betulkan fungsi bluetooth yang sejak beli masih xterfungsi. Tu pun saja ambik kesempatan akak yang nak format laptop dia. Laptopku xrosak pepun. Elok2 lg.
So aku tinggalkan kat kedai tu memandangkan agak lama jg prosesnya. Di kesempatan tu boleh ke bandar yang agak berdekatan dari tempat tu..sebelum tinggal laptop tu pun dah pesan. Kalau tak boleh xperlu susah2 sb dlm hati ni takut rosak.
Balik dari bandar, terus singgah. Org tadi tu pun ada kata dah boleh pakai..aku pelik nape backgroud tu gambar dia lain? Ye lah sblm tu aku set lain. Ke aku yang silap tgk. Entah. Aku senyap je lah. Lagi pun xplk nak bukak semula slps dia off..tulah antara kesilapanku. Aku balik terus bukak laptop. Alamak. Buat hal plk dah..
                                    ……………………………………….

Thursday 21 July 2011

Nak berubah tapi..tak rasa hipokrit ke

Kadang2 seringkali kita dengar ada sesiapa je yg nak berubah hatta kita sendiri pun tak terlepas daripada fikir benda2 negatif. Biasalah tu kalau ada je nak buat benda baik namun perkara negatif selalu mengekori.


Sampah2 yang masih melekat ni lah yang perlu kita campak jauh2. Sebab musuh yang kreatif tu boleh buat pe je asal tujuannya sampai..kita je yang xkreatif nak jauhkan darinya. Ya tak diri ini..mujahadah wahai diriku..


Baiklah berbalik kepada persoalan yang ingin kita selusuri..dalam soal nak buat baik atau nak berhijrah ke arah kebaikan ni pernah tak kita selalu dengar dari mulut2 yang tersesat sebab terkeluar juga soalan-soalan cam ni.. Ni antara contoh lah.
“Kau nak pergi mintak maaf kat dia. Eh kau ni buang tabiat ke?”
Atau                                                          
“Kau nak pakai cam ni? Hipokritlah beb”
Atau lebih teruk lagi
“Eh, kau ke orang lain ni?aku ngigau ke apa. ce cubit aku sikit”
Atau macam-macam lagi lah ragamnya. Macam ni  lah kawan. Pernah juga dengar statement ni “salah pilih kawan, salah pilih masa depan”. Ada yang kata hipokrit. Sebenarnya kalau kita yang melakukan perkara xelok itulah yang dikatakan hipokrit. Ini kerana seorang bayi yang dilahirkan ke dunia secara fitrahnya suci, bersih dari sebarang dosa..


wallahualam--
-PiMEK-