Saturday 30 June 2012

Kelakar Anak-anak Buah Aku ni..!

Salam keceriaan dihulurkan buat semua..

Kali ini nak cerita sesuatu..

Alkisahnya,,

Sepanjang menjadi babysitter dalam dua tiga hari baru-baru ni, macam-macam gelagat anak buah yang menjadi peneman dikala diri ini rindukan adik-adik di rumah.. Adik-adikku, tunggulah.. Sungguh, aku merindui kalian dan tidak sabarnya hendak mendengar cerita-cerita dari kalian.. 


Kepada Ma Abah, lagilah anakandamu ini merinduimu..sangat-sangat..!

Ok, mula nak bercerita ni.. Masing-masing, buka silaannya elok-elok..

Lokasinya di Sungai Buluh, Selangor.

Yang sulung lima tahun, Muhammad Naufal, panggil Along.


..sekolah PASti..

“Che Yah, nak tengok laptop.” Rengekan Along penuh kemanjaan.(bujet nak pujuk kerana biasanya permintaan-permintaannya itu selalu sukar dipenuhi)

Aku buat tak tahu.

Dia ulang lagi, kali agak kuat dari yang pertama, tersasar sedikit melodi manjanya.

“Che Yah, nak tengok laptop..!”

“Tengoklah, kat atas tu.” Jari telunjukku halakan ke atas almari plastik yang berwarna pink hitam itu. Sengaja aku letakkan tinggi-tinggi supaya nanti dia tak masuk bilik secara diam-diam dan dengan penuh yakinnya menekan butiran huruf pada keyboard yang pernah sekali aku skodeng perbuatannya itu. Dalam hati.. Menggelegak beb! huh! Bro Sams. (Samsung)

“Nak tengok apa kat laptop?”

“Nak tengak Upin, nak tengok boboiboy dalam laptop Che Yah tu.

“Tak payahlah..”

“Ala, Along tahu Che Yah pun nak tengok juga.” 

“Mana ada Che Yah tengok. Sangkalku. (dalam hati aku gelak sedikit..hehe)

“Hari tu Along tengok.”

“Che Yah tengok yang Che Yah tak tengok lagi je..kalau yang selalu Along tengok yang Pulun-pulun (Geng Pengembaraan) tu, Che Yah tak tengok, boringlah Che Yah, asyik ulang yang sama je.” Aku tahu kalau ada terpapar gambar cerita yang Pulun-pulun itulah pilihannya. 

Hendak diceritakan 1 sebelum kejadian ni, waktu aku bukak fb depan dia, kemudian dia terpandang benda ni..


So dia kata, “BOboiboy!” Aku ingatkan dia tengok kat mana, rupanya Tok Aba tu atok Boboiboy..emm TERBAAAIK!

 Atok muncul salah timelah pulak.

So terpaksalah bukak kat youtube pada hari itu. boboiboy.. upin & ipin.

                                          **************************************************

 
Yang kedua ‘Afa Nawwar, nama panggilan Angah.




Along & Angah


Umur 4 tahun-anak kedua inilah yang biasanya bermasalah.. Lect yang cakap,, So kadang-kadang ter'aim' sesapa yang anak kedua ni memang bermasalah, tapi tengok jugak situasinya.. Jangan marah ye orang anak kedua..

Selalu mengusik adik tak kira tempat, kadang-kadang geram sangat.. Bila fikir balik, budak kecil.. Jangan nak berkira sangat.

Ada satu kisah tu..    
                        
Angah yang sudah pun puas menghabiskan masa dengan bermain-main, dia akan cari umi dia. Bila dia tengok adik bersama uminya, tambah-tambah lagi adiknya yang tengah syok bersama botol susu, dia mendekati dan tanpa sewenang-wenangnya tangannya menepuk-nepuk bahagian perut adiknya tanpa belas kasihan..Aduhai,, sadisnya.. Itu adiknya, masih kecil dan punya deria tahan sakit yang senipis kulit bawang.. Simpati mula menyelinapl di jiwa. (Dalam hati, kanak-kanak..)

Segera aku ke dapur sebelum suasana bertukar lebih kritikal, buatkan susu untuknya..

Dalam memenuhi permintaannya itu, aku ambil kesempatan, 

"Angah nak ni?"

Diam—tgk je aku.

Aku hulur.

Dia nak mencapainya dan aku tarik balik.

"Emmm,,nak..!"

Dua tiga kali aku buat perkara yang sama, aku akhirnya bagi kat dia dan lantas dimasukkan dalam mulut dengan rakusnya. Memang dia lapar..

"Angah, kenapa buat adik macam tu. Kesian adik, adik kecil lagi. (aku mula memberi ayat-ayat Halaqah Sentuhan Qalbu).. Kalau Che Yah buat Angah macam tu jugak nanti Angah pun akan rasa sakit. Che Yah buat nak?"

Aku meniru perbuatan sepertinya.

Perkara yang menyakitkan hatinya, dia tak bagi respon apa-apa pun,,aduhai sakitnya hati, tanganku bukan makin tinggi lagi demonya kat perut dia.

"Angah, angah ada mata, angah ada telinga, ada mulut, (tiba-tiba gelak), aku sambung lagi, angah cakaplah yang Angah nak susu." (rendah suaraku-cicak pun muntah mendengarnya-romantik suara itu sebenarnya)

Belum habis aku bermadah bicara, 

"Kenapa Che Yah cakap macam tu." Matanya dikedip-kedipkan.

Hehe..budak ni,,dalam hati geramnya.. Slot muhasabah bersamanya yang sedang menikmati susu dutchlady tidak berkesan.. salah time kot. Hehe..
                                 
                                    ******************************************************

Adik, nama sebenar, Adnin Safiyyah..Panggil Adik. Umur setahun lebih.



Yang ni sangatlah baik orangnya.. Sebagai anak bongsu, dialah yang paling banyak mendapat kasih sayang, walaupun sukatan tersebut tidak dapat diukur namun jarak Angah dengan adik selama 2 tahun 3 tahun lebih itu. Namun kuantiti itu tidak dapat ditandingi si sulung kerana kualiti keterujaan mendapat anak pertama sememangnya tidak dapat digambarkan oleh si ibu bapa. 

Ok.. bagi si adik pula kecerdikannya itu kadang kala hadir membahagiakan hati.
Memang dia manja dengan umi dia. Dengan babanya pun lagi manja. Masa umi nak melangkah keluar rumah dia akan menangis.

Namun hanyalah sekejap je tangisannya. Dia akan berhenti selepas menitiskan air mata setelah  2 3 langkah umi @ babanya meninggalkan rumah..

Aku bagi ubat. Penawarnya ialah susu..!

Kemudian dia akan senyap dan bergolek-golek atas tilam sehinggalah tertidur. Dia akan ‘menetap’ je atas tilam sehinggalah umi @ babanya balik. Sepanjang penantian itu dia berusaha pejam mata, kemudian bukak dan pejam balik, bermain-main dengan botol susunya. 

Kesian pulak aku tengok. Namun tidak dinafikan kerja-kerja 'part time' suri rumah tu berjalan lancar dengan menyapu, sidai kain dan sebagainya. Kadang-kadang aku tidur sekali..emm bahagianya jaga budak macam ni..

Tapi..ada tapinya

Bila je uminya balik,,mulalah tunjuk perangainya itu. Topeng yang dipakai sewaktu ketiadaan orang tuanya itu sitanggal sepenuhnya. 

Dah tak boleh berenggang dah. Kalu tinggal je sekejap dah merengek-rengek dan menangis, lebih-lebih lagi tengok muka aku..hehe.. automatik berubah. Anti sangat tengok muka aku ni..

Tamat dah cerita untuk setakat ini. Emm kelakarlah budak-budak ni..

Inilah dikatakan penawar bagi ibu bapa yang berpenat-lelah menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak.

Nak diceritakan mereka bertiga tulah yang aku jaga selepas pantang sebelum mereka diserahkan kepada pengasuh.. Dalam lebih kurang sebulan @ 2 bulan tempohnya.   

Akhir kalam, ANAK CERIA, IBU BAPA BAHAGIA..

MAK SAUDARA KORANG YANG SPORTING..(Kerr?)
SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN. 

Saturday 23 June 2012

Cepat TeguranNya datang


 
Cuba kamu fikir, selama ini ada tak cikgu bahasa Melayu, cikgu Sejarah atau cikgu-cikgu lain yang tahu kamu tu lemah dalam mata pelajaran tu, dan nak bimbing kamu secara persendirian. Ada tak? Tak ada kan? Tapi hari ini ada seorang cikgu ini di hadapan kamu yang sangat mengambil berat tentang kamu dari segala segi. Cikgu sanggup luangkan masa pagi-pagi buta untuk datang ajar kamu. Kamu tahu tak bukannya gaji cikgu bertambah disebabkan cikgu datang ajar kamu pagi-pagi tu. Cikgu tak dapat apa-apa pun tapi cikgu buat semua tu untuk kepentingan kamu. Kenapa kamu tak nak bersyukur dan berusaha?

Begitulah perkiraanku untuk dihamburkan di hadapan Nurul sekejap lagi. Begitu terlukanya diriku dengan sikap pelajar Tingkatan Satu Jaya.  Pelajar ini datang dari keluarga yang bermasalah. Bapanya pendatang dari Thailand yang telah lama menetap di Malaysia dan telah berpisah dengan isterinya. Dua lagi adik –beradiknya tinggal dengan neneknya. Taraf ekonomi neneknya tidak begitu baik. 

Mungkin disebabkan latar belakang hidupnya menyebabkan aku lebih sedikit mengambil perhatian terhadapnya. Bukan sekadar dalam pelajaran namun kehidupan peribadinya. Tambahan pula prestasi pelajarannya sangat lemah.

Oleh sebab itu aku memasukkannya dalam kelas tambahan bimbingan al-Quran yang aku adakan pada awal pagi sebelum bermulanya sesi pembelajaran biasa. Malangya di luar dugaanku dia mengelak untuk dibimbing. Setiap hari dia datang awal ke sekolah tetapi dia sengaja tidak naik ke kelasnya sebelum loceng berbunyi supaya dia tidak perlu mengaji.
  
Sudah tentulah aku berasa amat marah dengan perbuatannya itu! Terasa sia-sia sahaja perhatian yang aku berikan kepadanya selama ini. Aku terfikir untuk tidak mempedulikannya lagi. 

Tetapi aku tetap memujuk hati. Sabarlah, bukankah aku ni orang dewasa yang telah banyak menelan kepahitan, dia pula dalam kalangan kanak-kanak yang belum kenal erti kehidupan. Janganlah simpan rasa benci di dalam hati. Lagi pun kedudukan guru ini perlu aku gunakan untuk mendoakan kejayaan dan kesejahteraan pelajar, bukannya untuk ‘menyumpah’ mereka sehingga hilang keberkatan dalam kehidupan mereka. 

Namun belum sempat aku ingin melakukannya, datang teguran dari Allah terhadapku. Aku telah ditakdirkan membaca tafsiran potongan ayat 263 dari surah al-Baqarah dalm kitab tafsir Fi Zilaal al-Quran karangan Al-Syahid Sayyid Qutb. Potongan ayat tersebut membawa bermaksud. “Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Sabar.” Huraian bagi maksud ayat itu ialah, 

“..Maha Sabar, iaitu Allah mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya tetapi mereka tidak bersyukur. Namun demikian Allah tidak bertindak segera menghukum mereka dan mengambil daya utama menyeksa mereka. Allahlah yang mengurniakan segala-galanya kepada mereka dan Dialah mengurniakan kepada diri mereka sebelum mengurniakan sesuatu yang lain kepada mereka. Oleh sebab itulah manusia belajar dari kesabaran Allah SWT terhadap mereka. Oleh itu mereka seharusnya jangan gopoh melakukan sesuatu perbuatan yang menyakiti hati dan menunjukkan kemarahan kepada orang yang mereka telah berikan sebahagian dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada mereka apabila orang-orang itu menunjukkan kelakuan yang tidak menyenangkan mereka atau tidak berterima kasih kepada mereka.”    

Menitis air mataku apabila membaca tafsiran tersebut. Aku rasakan betapa halusnya Allah SWT menegurku dan betapa cepatnya teguran itu datang supaya aku tidak terus tersalah langkah. 

Aku segera beristigfar memohon keampunan kepada Allah SWT kerana memandang besar pada diri sendiri dan memandang hebat kepada jasa yang tidak seberapa, sedangkan diriku sendiri telah hidup dengan banyak nikmat daripada-Nya, tetapi banyak pula yang aku kufur.

Tidak lupa pula aku mengucapkan syukur atas teguran yang halus dan mendalam daripada Allah SWT. Terasa itulah satu lagi nikmat besar yang aku terima.

Tambahan huraian ayat yang aku baca ialah,
“Peradaban seseorang Muslim juga sentiasa melihat (dan mencari contoh) pada sifat-sifat Allah. Dia berusaha mendaki anak-anak tangganya hingga dia berjaya mencapai sebahagian darinya yang telah ditentukan kepadanya mengikut kemampuan tabiatnya.”

Aku berdoa dan berharap supaya tidak termasuk dalam golongan tersebut.


*Setiap manusia melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat-hadis- 

Cerita di atas merupakan olahan daripada cerita dalam buku ni..


Dapatkan cerita-cerita best dalam buku Must Read, Nota Cinta untuk Cikgu.. karya Fatimah Bunyamin...sangat menarik..

cikgu ----> jutawan akhirat 

23/6/2012
ipoh, Perak.


Tuesday 19 June 2012

Ragam hati dalam bas


 
Bungkam lagi
Kenapakah?
Aku tak mampu nak merobek-robek bibirmu
Untuk mengeluarkan butir bicaramu yang amat mahal ketika ini

Aku tak faham
Apa yang sedang dialami?
Ke wajah aku yang menyebabkan kau jadi begitu?
Tak ada pulak nak cermin muka pada ketika ini
Nak tengok buruk sangat ke wajah aku sampaikan reaksi kau macam tu
Masam sangat ke muka aku ni
Masam? Manis? Pahit? Tawar?
Uniknya
Semuanya kegunaan dengan lidah namun santapan mata juga sesuai!

‘Enti  ada masalah ke?’
Luahan hati tersekat di kerongkong
Jari-jemari tak menang tangan duk tekan-tekan benda alah tu
Menyambut deringan mesej
Seterusnya
Menghantar dan menerima
Ada je sebelah aku ni

Semalam aku dah tanya
Ok ke tak? 
.................
Tiada sahutan
Ok..! (hati tetap setia memujuk walaupun tak ok)

Aku tak faham
Tadi nampak ok
Sekarang macam tak ok
Dengan orang lain nampak ok
Dengan aku macam tak ok
Kalau bersama samsungnya nampak ok dan ada ketikanya tak ok
Nasib kau lah bro Sams
Aku ada buat salah ke?

Tak apalah, janji bas terus gerak
Walau situasi dingin, tapi bas ceria meneruskan kerja-kerjanya
Sekurang-kurangnya aku dapat fikir tentang bas ni
Daripada fikir orang sebelah
Yang sukar untuk aku tafsirkan
Bas ni senang je
Bila pakcik driver ni pusing sikit stereng tu..
Lantas roda dia pun bergerak sama ikut arah pusingan stereng tadi
Senang bila ada panduan
Segalanya mudah dengan ada peraturan
Sama juga dengan traffic light yang dilintasi tadi
Perjalanan akan lancar dengan adanya lampu tiga warna dan tiga fungsi tu
Sekiranya semua tu padam camne?
Mestilah tak ada nyalaan yang keluar..(kelakar tak kelakar tak)
Berkemungkinan akan bercelaru
Arah mana satu nak jalan dulu
Masing-masing nak jalan dulu
Masing-masing nak cepat
Sekiranya lampu berfungsi seperti biasa
Nampak ok je..
Perjalanan akan seperti biasa
Begitulah

Bas juga seperti masa
Pantas berlalu (ikut kelajuan driver)-‘kurangkan laju ye pakcik’
Meninggalkan rumput, pokok, daun dan segalanya yang berada di tepi jalan
Bas..
Bawalah hatiku sekali
Meninggalkan perasaan ni seperti yang dialami
Seperti mana flora-flora yang ditinggalkan tadi

Alamak aku lupa..
Walaupun tak ada cermin ketika itu
Tapi aku punya tangan
Lantas jemariku diletakkan atas dua bibirku
Aku dapat merasakannya melalui sentuhan itu
Ada bentuk separa bulan yang kedudukannya seperti huruf C yang menunduk ke bawah
Ya Allah wajah aku ni yang mencuka rupanya
Tak ada cermin alasan je
Tangan ada tapi lupa nak guna

Ok, sekarang aku bentukkannya untuk membangunkan semula C tersebut
Dan..
Tolonglah..
Katakan sesuatu padaku..!

Akhirnya roda bas terhenti pada destinasi yang telah dirancang
Alhamdulillah sampai juga akhirnya
Untuk mengadap lecture yang disayangi ..
Sebelum melangkah ke bilik kuliah, sekali hati membisik
Buka mulutmu dan
SUARAKAN SESUATU SAHABATKU..!


 







2:41 a.m.
20/06/2012
Sungai Buluh, Selangor

Tuesday 12 June 2012

aku & naqibah serta bulatan gembira



Tanganku cuba diletakkan di atas dahi
Cuba merapatkan 2 lapis kelopak mata
Untuk menghilangkan permukaan bola mata yang seakan-akan tidak membenarkanku berbuat demikian
Biarlah, aku biarkan mata untuk dilepaskan agar tertancap ke mana-mana
Yang jelasnya fikiran bertumpu pada satu perkara
betapa sukarnya untukku ungkapkannya,
terasa berat bibir ini
kelu lidah ini untuk menggerakkannya
menuturkan butir bicara untuk memahamkanmu
mataku turut membuntang bulat
kaki dan tangan turut terkaku
betapa syahdunya pemergianmu ini

Akan tiada lagi msg2 untuk berbulatan gembira
mengajak ke One Smile Bristol
belanjaku macam2
berice blended
bersantai-santai di court
berbasikal ke pasar malam
menghulurkanku not-not berwarna biru, hijau dan merah.
beriftar  
bermusafir
mengimamkan solat
menderingkan nset diawal pagi untuk menyelesaikan qiam
selalu dtg ke bilikku yang rumahmu cuma berbeza 2 lapis tangga
tp yang pastinya kami sebumbung
menguntum senyuman semanisnya bila terlihat kelibatku
ahhh..aku akan merindui semua itu..!

Risaunya aku dengan peninggalanmu
bimbangnya aku dengan diriku yang selalu lalai,
aku pasti tertunggu-tunggu dengan semua itu
seperti pungguk rindukan bulan
kerana aku rasa masih perlukan semua itu lagi untuk diriku
untuk menghembuskan semangat kpdku
aku tetap dahagakan tarbiah darimu

Terus terang aku katakan
kadang2 aku menyampah,
menyampah dengan diriku sendiri
sekirannya aku gagal untuk menjaga butir bicaraku yang selalunya liar terhempas keluar dari bibir ini. 
Maafkan aku kerana adakalanya membuatkanmu dirundum kesedihan
Membiarkan air masin mengalir dari dua matamu
Kerana gagal menyelesaikan masalahku tika berbulatan gembira
Bukan kerana ketidaksudianku untuk bercerita kepada dirimu
Bukan kerana dirimu yang tidak berfungsi dengan kebajikanku
Bukan juga kerana aku tidak yakin denganmu
Bukan bukan bukan
Semuanya kerana aku yakin selagi ianya dapatku selesaikan,
aku selesaikannya sendiri
Aku yakin rumitnya masalahku ini telah match denganku (albaqarah-286)
Kerana setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya
Aku yakin itu..
Aku tak tipu, serius aku katakan kadang-kadang aku rasa bersalah
Dengan frasa yang seringkali keluar dari dua bibirmu itu
“maafkan ana sebab xmampu jadi naqibah yang baik”

Maafkan aku juga yang selalu bertegang lidah denganmu
kdg2 membiarkan ego menapak dalam diri
membiarkan ‘makhluk’ itu memuaskan perasaanku ini
jahatnya aku
yang pasti ‘bukan niatku’ (kata deevotes)

Peninggalanmu ini jua menglonglaikan sinergi dalamanku
kerana rapuhnya semangatku untuk mewakafkan tulang 4 keratku dengan xtvt dan gerak kerja..
menunjukkan betapa lesunya diriku ini
yang jauh berbeza denganmu
mungkin dengan ketiadaanmu ini juga sebagai permulaan untukku berdikari
untuk menjadi mahasiswi yang terus tegar semangatnya dek kerana kefahaman yang menjadi keutamaan
yang tidak mudah rebah ditiup hembusan angin kemalasan dan kemanjaan
kerana aku tahu
betapa pentingnya secebis kefahaman berbanding dengan lautan semangat yang berapi
berbekalkan kefahaman itulah insyaAllah akan kuranumkan iman dengan segala gerak kerja dan pengisian.

Sesungguhnya aku kagum dengan dirimu
Gigih mencari ilmu dan pengisian untuk diri
Dan orang sekeliling
Buktinya dengan post dan terus mengepost sesuatu yang bermanfaat di muka buku
Sering juga aku menjengah ke wallmu kerana aku tahu aku mesti dapat sesuatu setelah balik semula ke wallku..
Banyak sungguh pembacaanmu
Sehingga aku anugerahkan dirimu sebagai wanita yang berintelektual (we<3khar)
Pemikiranmu juga bernas
Kadang-kadang semua tu mencabar diriku
Ruginya aku sekiranya cabaran itu aku lepaskan begitu saja
Tanpa disahut dengan menciplakkannya dengan perbuatanku sendiri.

Memori-memori lama bersamamu menari-nari lagi di depan mata
kesedihanmu atas pemergian sahabat-sahabat kita masih jelas kuingat
Aku tengok matamu yang merah dan bengkak itu seakan-akan tidak akan surut
Menggambarkan kerinduanmu itu yang tidak pernah padam
Bagaikan semalam mereka tiada
Kuatnya ukhwahmu dengan mereka atas ikatan akidah yang sama
Ketahuilah aku turut merasainya
RSK yang menjadi bibit kemesraan aku dengan bekas raisahku itu
Tidak kusangka pertemuan itu merupakan peluang yang Allah ciptakan
Untukku mengenalinya secara dekat
Pernah aku lihat dia menggelupur atas katil saat mana penyakitnya itu datang
Namun aku biarkan je yang simpatinya hanya sekelumit cuma
Aku tak dapat merasai kesakitannya sebagai mana dia rasa
Kejamnya aku saat itu
Yang jelas dia sudah tiada lagi.
(al Fatihah)

Kalau nak dicoretkan terlalu pjg
Kerana kutahu dirimu lebih banyak suka duka bersama mereka
Apa yang jelasnya kita sama
Sama-sama merasai kehilangan secara zahirnya
Namun hati ini sentiasa dekat
Tiadanya jarak yang memisahkan kerana dekatnya di hati.

Air mata terus melaju dan mula menghala ke dalam telinga
Lama-kelamaan dikeringkan oleh kipas yang bervolumekan angka 5 betul2 di atas kepala
Akhirnya bola mata berjaya disembunyikan melalui rapatan 2 kelopak mata
Lantas tersyahid jua
Semoga tidurku dalam iman
Wahai malaikat-malaikat, datanglah padaku saat matiku yang sementara ini.


khas untuk al faqirah dari al faqirah junior bersama lagu di bawah,

Sebuah Pertemuan
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
 
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan


Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman 




Selamat berpraktikum..
Semoga menjadi murobbiah power..!

-mahal harganya pertemuan ini-

K.H.A.R
-STCP-