Thursday 1 May 2014

Secebis Rasa Segunung Rindu



Bismilah..
Ruangan yang sudah lama ditinggalkan ini tiba-tiba terasa nak meriahkannya balik..
Walau sedikit namun biar istiqomah.. ya..?

Suatu hari semasa menelusuri di sebatang jalan sambil di bawa secara ayu oleh Wonder Pets (WPT) yang handsome, mata melihat satu adegan yang mendebarkan hati. Ia nampak jelas di depan mata. 

'Ramainya orang..'
Dipendekkan cerita.. ada berlaku accident.. Kemudian adala sepihan-serpihan yang pecah di atas jalan raya dekat simpang nak masuk bandar pe ntah kat situ.. siapa yang terlibat itu macam tak nak ambik pusing sebab tak de langsung muslimat ke mana-mana perempuan. Kebanyakannya beruniform biru. Budak-budak proton barangkali.. Eh.. budak pulak. Mintak maaf broo..

Mana tahu kot-kot sahabat muslimin ke.. entahlah.. yang penting aku terus je dengan Wonder Pets..

Tetiba aku terfikir.. Mak ayah! Apa yang dibuat mereka sekarang. Allah, rindu pula..jom sahabat-sahabat rindu mak abah kita sekarang di rumah..

Maa abah yang panggilan manja sekeluarga.. Sekiranya mata ini tertutup pergi dahulu sebelummu biar aku terlebih dahulu untuk pamerkan senyuman yang paling manis buat kalian. Semenjak aku mengenal erti kehidupan ini, terasa belum puas hidup bersama kalian dan menabur apa seadanya aku yang sekarang ini..

Tetiba.. nak balik..!
Dapat tengok raut mereka sambil mencarikkan senyuman pun sudah cukup sekarang ini..
Allah, mohon mereka baik-baik sahaja..

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Cukuplah sekadar nak menjinakkan mood dalam menyempurnakan beberapa tugasan..

Ma abah, salam cinta dan rindu dari anakanda ini.
Nah, senyuman ini untuk kalian.. =) sedikit senget ya.


Moga esok masih ada..


Wassalam




0 comments:

Post a Comment