Seperti biasa, bas dari tanjung
malim akan singgah ke Ipoh. Bila tiba di Medan Gopeng tu, hari ini rezeki aku
dihidangkan dengan sajian berupa adegan yang mengusik hatiku. Walaupun tak
banyak, adalah sedikit jadilah untuk hati ini, insyaAllah. Sudah lama hati ini
tidak refresh dengan perkara
tersebut.
Seorang remaja mungkin dalam
lingkungan 20an memimpin seorang lelaki tua yang membawa tongkat. Tahulah aku
bahawa dia cacat penglihatan! Lelaki muda itu yang rambutnya yang agak-agak nak
diceracakkan itu menambahkan sedikit perisa kemachoannya (sempat lagi. tak
sayang mulut ke? Taklah, Hati yang tegur) itu memakai kemeja berjalur
halus-halus, kelihatan sama dengan gaya pakcik tu. Sahlah bahawa dia ialah anak
kepada pakcik tadi tu.. wajah pun seakan ada irasnya.
Perkara yang aku sedikit
termotivasi yang aku ingin fokuskan ialah senyumannya tidak pernah lekang di
bibir..manisnya. Aku bukan apa, dia melayan orang tua dengan senang hati, macam
ada sesuatu yang lucu pula..bagusnya dia.. terserlah ketabahannya, malah sangat
suka dengan perbuatan yang dilakukannya itu.
Setelah selesai mendudukkan ayahnya
di kerusi vvip tu, kemudian mengheret seorang lagi perempuan yang sama
dengan lelaki tu, dia pun buta juga ke..memang ya pun,,ke mak dia,,subhanallah..
Tapi yang ni aku tak berapa
pasti..mungkin mak saudaranya kerana panggilan tu menguatkan keyakinanku. Entah,
aku pun tak pasti..
Dah lama aku tak melihat orang
buta. Mungkin selepas ini sekiranya aku melihat orang buta lagi pasti aku
teringatkan pemuda itu.. mungkinkah..
0 comments:
Post a Comment