Wednesday 3 August 2011

Meri Kepal Berkacang

Lidah rasa ingin berkongsi satu menu yang merupakan antara menu kegemaran pemilik hati ini. Memandangkan raya lambat lagi, apa kata baca dululah. Jangan buat lagi tau. Tapi tak salah kalau nak cuba pun. Tak salah.


 Menu ni terjumpa dalam buku koleksi masakan yang oleh pemilik hati ini setelah dikaji dan ianya menimbulkan rasa minat untuk cuba membuatnya. Kerana apa ya? Kerana ianya mudah, cepat dan lazat..lazat ke? Ikut korang lah..bagi diri ini, semua rasa nak buat apa je resepi kalau ianya mudah didapati bahan2nya..

Setelah mencuba berkali-kali mengikut resepinya namun terasa nak ubah sendiri bahan-bahannya. Itulah uniknya dunia masakan. Kita boleh je nak buat pe je sebab itu kita punya tangan yang membuatnya..lidah kita juga yang akan rasai!

Biasalah perempuan ni. Ada benarnya orang2 duk kata perempuan suka salin resepi tapi tak buat-buat..lepas tu katanya lagi kalau buat pun xikut resepi..tu semua aku punya pasallah..dah aku yang nak buatnya,,kan2

Ada benar kesahihannya? Tepuk perut tanya nak makan apa..=)
Oklah berbalik kepada perkongsian menu seperti yang dinyatakan sebentar tadi. Terbanyak cakap pula ya..
Ini dia resepi Meri Kepal Berkacang.. ianya sejenis biskut. Caranya mudah je sebab tak perlu bakar, tak perlu kukus, tak perlu goreng, tak perlu jemur tengah panas, tapi kena letak dalam peti ais. Terpulanglah kalau rasa susah, tak perlu pun xpe. Mudah je kan. Kita buat mudah2 je..tapi rasanya mantop! Jom cuba..

   Bahan-bahannya
1)            1 bungkus biskut meri-xkisahlah perasa kopi ke perasa coklat ke..tapi kalau yang putih kurang menarik
2)                Lebih kurang 1 cawan oat @nestum
3)                 Susu pekat-lebih kurang 2, 3 sudu-bergantung,,kalau nak manis letak banyak
4)                Milo @ vico- 2 cawan
5)               Kacang-ikutlah kacang tanah ke kacang yang sudah ciap kat kedai tu ke.(lagi mudah kalau yang                       xperlu digoreng lagi..ala kacang yang agak panjang2 cikit tu. Bukan kacang panjang..ai susahnya nak xplane. Rasanya agak masin tu). Senang2 beli kacang tanah dan goreng..kalau nak kacang gajus pun boleh. Badam ke..yang penting tapi tak penting mana pun, kacang tu ditumbuk sedikit.
6)              Sedikit air yang agak panas (suam le)

Cara membuatnya :
 1. Hancurkan biskut meri sehancur2nya. Campurkan milo @ vico tadi. Kacang sekali. Gaul rata. 
 2. Susu pekat tadi dibancuh dengan air suam. Kemudian tuang ke dalam biskut meri tadi. Setelah      agak boleh digentel, gentellah mengikut kesesuaiannya. Maksudnya agar dia tak terlalu melekat ditangan. Buat la bulat2. Kalau perlu susu pekat tu lagi, bubuh la ye. Tak marah pun. Lepas gentel tu letak dalam nestum..lumurkan ia. Golek la bagi rata. Lepas tu letak dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan..enak dimakan dengan air kosong, air jarang!

Sekian, selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment