Tuesday, 22 January 2013

Kelantan.. kitakan bertemu nanti


Kelantan..
tunggu aku
aku nak jumpa kelantan
tempat pertemuan kita
tempat yang telah mentarbiah ku sejak dari kecil

Lebih-lebih lagi teringin sangat nak menyentuhkan tapak kaki ini ke lantai teratak abah
teratak tarbiah milik abah yang juga tempat aku dibesarkan
sejak dari kandungan mama
lantai papan itulah yang menyambut tubuh kecilku tatkala keluarnya dari 'persembunyian' selama 9 bulan 10 hari

Tidak sabar rasanya mahu tiba ke pangkuan kampung halaman
sawah menghijau
tali air tenang di permukaan
tumbuhan yang menghijau riang melambai-lambai
beburung yang bising di angkasa
seolah-olah meraikan akan kepulanganku
rindu..!

Sesungguhnya diri ini nak sangat pandang wajah mama dan abah puas-puas
wajah yang terdapatnya garisan penuh berjasa
mahu borak-borak dengan adik-adik yang disayangi
bersua muka dengan masyarakat di kampung
sebelum aku kembali ke pangkuan kampus
bagi mengadap insan-insan yang bernama pensyarah
juga berdampingan dengan sahabat-sahabat

Kelantan..
aku nak jumpa Kelantan
nak charge kekuatan untuk sem akan datang..
untuk kembali bergerak kerja
gerak kerja yang tidak memisahkan antara 3 perkara iaitu tarbiah, siasah dan dakwah

Mama dan abah tunggu diri ini
bagi masa untuk anakanda mu mensolehahkan diri
semuanya memerlukan proses dan proses memerlukan masa
untuk memastikan kalian mendapatkan doa dariku
doa yang sesolehah mungkin
jadi
aku perlu siapkan diri
perlu mantapkan diri
walaupun kekurangan selalu menyusul
agar perkataan tidak layak untuk menjadi solehah tidak ada lagi dalam kamus hidup aku

Jadi ma dan abah perlu doakan anakmu ini juga
andai tulisan ini tidak mampu mendarat di telinga kalian
biar tentera-tentera Allah yang akan sampaikan
biar angin lalu yang mengkhabarkan berita ini

Kelantan
kita akan bertemu
pertemuan yang sebenarnya ialah dengan orang tuaku
di bumi tarbiah itu
di teratak hijau itu

Sempena 20 Januari baru-baru ini
nak wish
Selamat Hari Lahir buat abah--> 20 Jan 1951

Kelantan kumenjeritt..!
Jumpa nanti di teratak hijau abah...
1.18Am
23/1/2013


Saturday, 19 January 2013

Januari Datang Lagi


Sementara Januari yang masih lagi terus berjalan ini, terasa pula nak mencoretkan sesuatu, lagi pun dah lama membiarkan ruangan ini sepi. Sape la pemiliknya yang sanggup membiarkan ia bersendirian.. Mungkin ada sesetengah pengunjung yang ternanti-nanti akan entry terbaru..opss..ada ker? Apa pun..kita layan dulu..
Sempena entry sulung pada tahun ini aku nak mempersembahkan sesuatu iaitu..

Wajah baru..
Wajah baru..
Wajah baru,,!

Itulah pekikan yang penulis nak laungkan..Ok lah sempena dengan tahun baru masihi ini juga, secara tidak langsung penampilan pun macam nak tukar juga..iaitu wajah laman rapatku ini..! Semoga wajah baru ini wajah yang lebih matang seiring dengan peningkatan usia dunia.. usia dunia si hina ini..

Oklah berbalik pada situasi sebenar, sempena tahun baru yang masih lagi terasa baranya ini, penulis rasa tak nak ianya berlalu kosong tanpa buat apa-apa, jadi penulis nak pasang azam lah..

Azam?

Ok,,bukan nk cakap pasal Muhammad Azam ke, tak pun Abdullah Azzam? Bukan la tapi azam yang berkaitan dengan impian yang ingin dicapai.. sudah lama tidak memasang azam semenjak dua menjak ini..
Usia hamba ini juga semakin merangkak naik.. Sekejap je. Usia makin bertambah, amalannya di takuk lama..ai.. sudah-sudahlah berangan cik Tiah oi..sedarlah diri tu dah makin dewasa.. Sedangkan amalannya tak membiak pun..

25 tahun berlalu dengan pantas.

Gerunnya nak menyebut umur akan mencecah 25 tahun..! Dah layak jadi..? Dah layak jadi seseorang, diri sendiri yang matang..!

Kata cikgu memandu aku..usia macam ni orang lain dah berapa orang anak.

Itu orang lain la cikgu, kataku dalam hati.

Kata-kata salah seorang sahabatku ‘ada apa dengan angka?’rasa terpujuk sekejap..ceh!

Sejenak.. terfikir tentang azam tahun ni.. Waktu kat sekolah dulu-dulu suka sangat update azam setiap kali sesi persekolahan bermula, antaranya :
-Nak penuhkan kedatangan ke sekolah
-Nak dapat no 1 dalam kelas
-Nak jadi anak, kakak, adik yang solehah
-Nak berbaik-baik dengan cikgu-cikgu
-Nak macam-macam lagi la..

Untuk kali ini aku ingin mencipta azam baru.. azam yang aku pungut kat mana-mana je lah yang aku jumpa.. dalam minda ke dalam novel ke.. hihi. Agak segan nak papar kat sini tapi tak pe. Kiranya yang aku sebut itu hanyalah yang aku terfikir. Nanti mungkin sesiapa yang berkenan atau berminat untuk sama-sama memasang azam dengan penulis..silakan ye..

Dalam setahun ni,, antara program-program yang di setting dalam minda ialah :
-habiskan baca buku haraki sebanyak 10 buah
- khatamkan 3x quran beserta makna
- baca buku berkaitan perkahwinan dan keluarga sebanyak 10 buah (banyak nye wei)
-baca buku pasal psikologi & kaunseling sebanyak 5 buah
Ada lagi?
Buku pasal ibadat, feqah dll lagilah kena mantap kak oi..
Ada nak tambah? Mungkin untuk setakat ini itu saje lah..
Azam yang berkala sebenarnya setiap kali sebelum tidur itu yang lebih berkesan. Maknanya kita dah rancang nak buat apa untuk keesokan harinya.

Dah lama tidak mengamalkan perkara ini, bila la boleh mulakan kembali. So?

Jom  programkan minda untuk esok sebelum lelapkan mata..( Ya Allah nak sangat supaya aku sentiasa berpositif dalam menghadapi hari-hari dalam hidupku yang dimulai dengan esok, amen..)

Selamat beramal dengan kehadiran azam-azam dalam hidup~

2.10am, 
20/1/2013..
Villa Zahra..bumi Murobbi bumi tarbiah~

Monday, 31 December 2012

Imtihan oh Imtihan..


Bismillah wa Alhamdulillah

Terima kasih kepada mereka yang telah ‘terperangkap’  parking di sini
Rindunya hati untuk berlama-lama di sini
Membaitkan perkataan demi perkataan
Melantun sastera
Melayan liuk lenggok bahasa
Ahh.. Seronoknya
Terasa kecur air liur..

Namun kali ini aku tidak boleh berlama-lama
Perjuangan dalam imtihan pada 2, 3, 4 dan 5 hb 1 2013 akan berjalan seperti biasa
Jadi aku kena tumpu yang tu dulu..
Sabar ya
Aku perlu berdating dulu dengan nota-nota untuk imtihan yang seterusnya

Coretan ini pula sekadar nak bagi kekuatan untuk diri
Motivator agung tidak lenguh berperananàdiri sendiri beb!

Akulah pemujuk setia
Akulah penyumbang setia bahu untuk di titiskan air mata sebab aku yang kesat sekiranya ia tumpah..
Akulah yang segala-galanya untuk bangun sekiranya jatuh..
Allah paling berkuasa.. Semuanya dengan izinnya.. Allahuakbar
Terima kasih ya allah kerana pinjamkan kekuatan untuk aku..

Hari ini tamat sudah peperangan kertas dan pen yang merupakan hari yang pertama dalam minggu imtihan

So? 

Aku ok..! (kiki)

Esok, episode baru bakal buka tirainya.
Hari ini pula sedang menghabiskan sisa-sisa yang masih berbaki
Semoga detik-detik kelam itu tidak berulang lagi walaupun sekiranya baru semalam dia ia berlalu pergi

Ya allah bantu aku..
Menguruskan amanah ini sangat berat..

Siti,
Peperiksaan itu amanah ..
Pandai-pandailah menguruskannya..
ma..abah.. Doakan..!


Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu



-terlalu hamba-

..tengah hari yang semakin tua..6.49pm..31/12/2012


Thursday, 15 November 2012

Semangat dalam Dakwah


Salam dakwah buat semua..

Apa khabar sahabat-sahabat..
Sudah lama laman ini terbiar kelesuan.. 
Semoga coretan kali ini mampu mendaki semula mencapai semangat dan roh diri seterusnya istiqomah dalam meneruskan agenda penulis sebagai daie.. insyaALLAH.. persoalannya.. Daiekah aku sekarang ini.. (-_-'')
  
Orang yang sibuk dengan urusan dakwah dan gerak kerja Islam, selalunya tidak ada masa lapang untuk berseronok melayan perasaan berpacaran..

Sedikit ringkasan yang dikupas dalam novel yang sedang dalam usaha mengkatamkannya..
(Ada sesiapa nak tolong bacakan tak?) 

Kadang-kadang terluah..
'aku lagi?
penatnya, 
Tidur selalu tak cukup, 
Sedang orang bertungkus-lumus menyiapkan assignment, 
Kita yang masih tak tersentuh, 
Makan tidak ber'time'
Kalau ada makanan depan mata pun bukan tak nak, 
kadang-kala selera pula yang tak berperanan, 
kalau terkena call mak dan mak tertanya pasal makan,
mesti mak cepat-cepat suruh pergi makan,,
kadang-kadang lupa nak mintak restu mak 
(bukan mintak izin sebab mak dan izin waktu awal-awal masuk sini)..
"mak orang nak keluar.. 
doakan orang mak..
maaf segala salah silap.."
Mak dengan sporting dan rendah dirinya..
"Yea.. sama-sama.. mak pun mintak maaf juga.."
(dalam hati ni.. Tak pe mak, mak tak de salah pun dengan orang, salah silap orang dengan mak ni tak terlangsai dengan segala jasa dan bakti mak! )
Ketahuilah, kemustajaban doa mak itu yang orang tagih walaupun dari lintasan kecil di hati..!

..sambungan..

Sampai bila mesti aku..
(Ada je perasaan ini dan jahatnya ia..)
Boringnya..
(amalan ini DILARANG tiru dan dibiasakan)
Nak tidur puas-puas,
Nak sembang lama-lama,
(Jangan biarkan ia terbuai enak sudahlah)

Perkara yang manisnya kerana terkadang sahabat-sahabat yang mengutip semula taburan semangat yang hilang dan mengumpul dan meluahkan dengan kata-kata semangat :

"kerja-kerja Islam yang dibuat ini akan tertulis dalam buku amalan. Allah pandang dan muliakan status kita di akhirat nanti"

Namun, adakah aku dapat menikmati semua keistimewaan itu?
Bukan tak yakin namun kadang-kala niat tu terganggu dengan bisikan-bisikan yang hadir tak diundang..

ya ALLAH, ya Rahman..
Bantu aku dalam mencapai keikhlasan yang tegar dalam misiku.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan. 
Ayat 7 dari surah Muhammad selalu menjadi bodyguard,

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"


-> memburu dan meraih kecintaan Allah <-

Bersandar di tepi dinding
Tingkat 4,
WeluvKhar.


Monday, 8 October 2012

Diuji Kehilangan




Abah baru balik dari tempat pengebumian seorang pakcik yang merupakan penghulu di kampung aku. Al fatihah kepada Almarhum Pak cik Jusoh. Teringat pula jasa-jasanya terhadap keluargaku. 

Setelah mematikan enjin motosikal yang semakin uzur keadaannya, abah naik atas rumah, sambil itu sempat lagi dia bergurau dengan anak buahku yang sedang bersantai-santai di tangga. Aku hampir mencuri melihat wajah abah. Ada garis kesugulan di wajahnya.

Aku dapat mengagak bahawa abah sedih dengan kehilangan arwah..

Jarang aku kisahkan hal sebegini. Maksudnya aku ingin menyelami apa yang abah rasakan. Namun pada kali ini hati aku turut di bawa bersama dengan hati abah yang mana terarah pada tempat yang sama. 

Mungkin abah merasakan sesuatu selepas menyelesaikan kerja-kerja menguruskan mayat. Padaku besar sangat untung abah kerana khidmatnya terhadap kerja-kerja pengurusan mayat yang sebelum-sebelum ini mustahil abah tidak merasakan sesuatu iaitu ibrah untuk dirinya. Abahkan kan.

Selepas ini mayat siapakah yang akan abah uruskan? Mandikan, kafankan, kebumikan, talkinkan dan sebagainya. Akukah? Mungkin, kerana aku calon jenazah, setiap hari yang berlalu, semakin pendek umur kita.. 

Abaah, kite takut..! 

Bagaimana ye perasaan abah sewaktu buat kerja-kerja tu..??

Semoga entry ini dapat membawa kita semua lebih-lebih lagi individu yang sedang menekan keyboard ini dengan MENGINGATI MATI.. 
Kerana orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati..

*Status terbaru : Bertunang dengan kematian

6.15am..
9/10/12..

Wednesday, 3 October 2012

Sesetia dia


Seperti biasa, bas dari tanjung malim akan singgah ke Ipoh. Bila tiba di Medan Gopeng tu, hari ini rezeki aku dihidangkan dengan sajian berupa adegan yang mengusik hatiku. Walaupun tak banyak, adalah sedikit jadilah untuk hati ini, insyaAllah. Sudah lama hati ini tidak refresh dengan perkara tersebut. 

Seorang remaja mungkin dalam lingkungan 20an memimpin seorang lelaki tua yang membawa tongkat. Tahulah aku bahawa dia cacat penglihatan! Lelaki muda itu yang rambutnya yang agak-agak nak diceracakkan itu menambahkan sedikit perisa kemachoannya (sempat lagi. tak sayang mulut ke? Taklah, Hati yang tegur) itu memakai kemeja berjalur halus-halus, kelihatan sama dengan gaya pakcik tu. Sahlah bahawa dia ialah anak kepada pakcik tadi tu.. wajah pun seakan ada irasnya. 
 
Perkara yang aku sedikit termotivasi yang aku ingin fokuskan ialah senyumannya tidak pernah lekang di bibir..manisnya. Aku bukan apa, dia melayan orang tua dengan senang hati, macam ada sesuatu yang lucu pula..bagusnya dia.. terserlah ketabahannya, malah sangat suka dengan perbuatan yang dilakukannya itu. 

Setelah selesai mendudukkan ayahnya di kerusi vvip tu, kemudian mengheret seorang lagi perempuan yang sama dengan lelaki tu, dia pun buta juga ke..memang ya pun,,ke mak dia,,subhanallah..
Tapi yang ni aku tak berapa pasti..mungkin mak saudaranya kerana panggilan tu menguatkan keyakinanku. Entah, aku pun tak pasti..

Dah lama aku tak melihat orang buta. Mungkin selepas ini sekiranya aku melihat orang buta lagi pasti aku teringatkan pemuda itu.. mungkinkah..
  


Thursday, 6 September 2012

Cuaca Semester 5







Semester 5 akan membuka tirainya pada semester yang akan dibuka tidak lama lagi.. Ada beberapa hari je lagi yang masih berbaki untuk aku meneruskan statusku iaitu permastautin seketika di menara gading.

Terasa gerun pun ada, tidak sabar-sabar untuk menemuinya pun ada, semua rasa ada, rencah dan rempahnya terasa cukup untuk ramuan pada sem akan datang.

Semua itulah yang akan memberi cuaca kepada diriku ini.

Ramalan cuaca kali ini terasa ada debarannya.

Banyakkah yang mendungnya, atau keadaannya baik sekali?

Bagaimana diriku nanti?

Disamping menghadiri kuliah

Kerja-kerja persatuan

Kesihatan

Ukhwah..

Segala aspek yang lain?

Lebih-lebih lagi hubungan denganNya?

............................

Tetiba pula nak kongsikan kenangan yang masih lagi melekat dengan diri ini,, lekatan tu sangat-sangatlah meluluhkan jiwa kerdil ini..ianya berlaku pada sem yang sebelum ini, iaitu sem 4. Semua benda-benda macam ni sememangnya tidak dapat dijangka.

Ada dua benda.. terlalu pahit dan terlalu manis.

Perkara yang paling manis tak terasa nak kongsikan lagi..

Jadi yang paling menyayat hati dululah..


Masih lagi terasa kehilangan sahabat-sahabatku yang telah terlibat dengan kemalangan. Ini merupakan kali kedua aku merasai perasaan yang begitu tragis dengan frasa yang bernama KEHILANGAN.

Yang pertama sekali aku telah merasai kehilangan seorang nenek semasa aku berumur 11 tahun. Time tu rasa sedih sangat. Betul-betul sedih. Rupanya begitulah bahasa kesedihan yang dapat dihadam. Air mata yang mengalir hanya diri sahaja yang tahu erti kehilangan orang yang kita sayang.
(tiba-tiba mata jadi pedih..macam nak berair je gayanya..)

Time nangis tu sempat lagi gelak-gelak dengan sepupu sebab apa gelak sambil nangis?


Sebab malu nangis depan orang ramai..budak-budak lagi time tu..


Aku tengok kau, kau tengok aku.. macam-macam betul aku time tu.


Apapun tinggalannya masih lagi ada untuk aku iaitu selalu baca surah al-Mulk. Katanya sewaktu ajar aku mengaji, kalau boleh hafal sebab nanti senang nak lancar baca quran.. macam tulah lebih kurang.. malam-malam baca al mulk juga akan diringankan azab kubur. Mungkin kasiat ini juga nenek nyatakan. Aku je yang belum faham dengan azab-azab macam tu. Agaknyalah.. AZAB? Nauzubillah..takutnya..!


Sampai sekarang aku masih termimpi-mimpikan arwah nenek. Pernah sekali aku adukan perkara ni kat akak yang rapat dengan nenek. Kata akak.. kalau teringatkannya atau termimpi, maknanya bacakan ayat-ayat suci al-Quran. Mungkin itu yang dia nak daripada kita..


Nek.. sayang nenek. Jumpa nanti di syurga, insyaAllah..
(sedang sebak)

...................................

Tengok, cerita aku ni makin kembang pula plotnya.. Orang peramah ni macam nilah gayanya..(peramah kerr)

Apapun semoga sem kali ini semakin akrab aku denganNya supaya semuanya lebih lancar nanti..

Ayuh sahabat-sahabat, kepada yang membaca tulisan ini, sama-sama kita pasang niat, pasang cita-cita semoga sem kali ini lebih baik daripada sem yang sebelumnya.. semoga Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita masih berbekas auranya sampai sekarang dan terkesan sampai bila-bila. insyaAllah..

Hanyalah ramalan yang dapat dilakukan. Itu yang termampu. Yang lain-lainnya terserahlah kepada Yang Maha Esa.

Begitulah kisanya.. cuaca pada sem 5 kali ini akan aku harunginya. PASTI, selagi nyawa masih dipinjamkanNya.!

Permudahkan urusanku nanti ya Robb..


7/9/2112
BLOK A.
KOLEJ ZA'BA, PROTON CITY.