Sementara Januari
yang masih lagi terus berjalan ini, terasa pula nak mencoretkan sesuatu, lagi
pun dah lama membiarkan ruangan ini sepi. Sape la pemiliknya yang sanggup membiarkan ia
bersendirian.. Mungkin ada sesetengah pengunjung yang ternanti-nanti akan entry
terbaru..opss..ada ker? Apa pun..kita layan dulu..
Sempena entry sulung
pada tahun ini aku nak mempersembahkan sesuatu iaitu..
Wajah baru..
Wajah baru..
Wajah baru,,!
Itulah pekikan yang
penulis nak laungkan..Ok lah sempena dengan tahun baru masihi ini juga, secara
tidak langsung penampilan pun macam nak tukar juga..iaitu wajah laman rapatku
ini..! Semoga wajah baru ini wajah yang lebih matang seiring dengan peningkatan
usia dunia.. usia dunia si hina ini..
Oklah berbalik pada
situasi sebenar, sempena tahun baru yang masih lagi terasa baranya ini, penulis
rasa tak nak ianya berlalu kosong tanpa buat apa-apa, jadi penulis nak pasang
azam lah..
Azam?
Ok,,bukan nk cakap
pasal Muhammad Azam ke, tak pun Abdullah Azzam? Bukan la tapi azam yang
berkaitan dengan impian yang ingin dicapai.. sudah lama tidak memasang azam
semenjak dua menjak ini..
Usia hamba ini juga
semakin merangkak naik.. Sekejap je. Usia makin bertambah, amalannya di takuk
lama..ai.. sudah-sudahlah berangan cik Tiah oi..sedarlah diri tu dah makin
dewasa.. Sedangkan amalannya tak membiak pun..
25 tahun berlalu
dengan pantas.
Gerunnya nak menyebut
umur akan mencecah 25 tahun..! Dah layak jadi..? Dah layak jadi seseorang, diri
sendiri yang matang..!
Kata cikgu memandu
aku..usia macam ni orang lain dah berapa orang anak.
Itu orang lain la
cikgu, kataku dalam hati.
Kata-kata salah
seorang sahabatku ‘ada apa dengan angka?’rasa terpujuk sekejap..ceh!
Sejenak.. terfikir
tentang azam tahun ni.. Waktu kat sekolah dulu-dulu suka sangat update azam setiap kali sesi persekolahan
bermula, antaranya :
-Nak penuhkan kedatangan
ke sekolah
-Nak dapat no 1 dalam
kelas
-Nak jadi anak,
kakak, adik yang solehah
-Nak berbaik-baik
dengan cikgu-cikgu
-Nak macam-macam lagi
la..
Untuk kali ini aku
ingin mencipta azam baru.. azam yang aku pungut kat mana-mana je lah yang aku
jumpa.. dalam minda ke dalam novel ke.. hihi. Agak segan nak papar kat sini tapi
tak pe. Kiranya yang aku sebut itu hanyalah yang aku terfikir. Nanti mungkin sesiapa
yang berkenan atau berminat untuk sama-sama memasang azam dengan penulis..silakan
ye..
Dalam setahun ni,, antara
program-program yang di setting dalam
minda ialah :
-habiskan baca buku
haraki sebanyak 10 buah
- khatamkan 3x quran
beserta makna
- baca buku berkaitan
perkahwinan dan keluarga sebanyak 10 buah (banyak nye wei)
-baca buku pasal
psikologi & kaunseling sebanyak 5 buah
Ada lagi?
Buku pasal ibadat,
feqah dll lagilah kena mantap kak oi..
Ada nak tambah?
Mungkin untuk setakat ini itu saje lah..
Azam yang berkala
sebenarnya setiap kali sebelum tidur itu yang lebih berkesan. Maknanya kita dah
rancang nak buat apa untuk keesokan harinya.
Dah lama tidak
mengamalkan perkara ini, bila la boleh mulakan kembali. So?
Jom programkan minda untuk esok sebelum lelapkan
mata..( Ya Allah nak sangat supaya aku sentiasa berpositif dalam menghadapi
hari-hari dalam hidupku yang dimulai dengan esok, amen..)
Selamat beramal dengan kehadiran azam-azam dalam hidup~
2.10am,
20/1/2013..
Villa Zahra..bumi Murobbi bumi tarbiah~
0 comments:
Post a Comment