Friday, 19 August 2011

Tempoh meniti titian Shiraat 28,000 tahun?



Itulah penerangan bagi pengajaran dalam hadis yang dinyatakan dalam buku tersebut.
Daripada sumber Abdullah bin Mas’ud memberitahu Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Tiadalah bagiku dan bagi dunia, di mana tiadalah aku di dunia ini melainkan sebanding seorang penunggang (musafir) yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok; kemudian dia (bergerak) pulang dan meninggalkannya.”
                                                                                                               (HR. At-Tirmidzi: Sahih: Al-Albaani)






1.    Pengajaran bagi hadis tersebut menerangkan dunia yang diciptakan Allah hanyalah buat sementara sebab akan dimusnahkan, malah akan ditukarkan pula dengan akhirat yang kekal. Pada dasarnya dunia ini diciptakan untuk tempat ber’abdi (beribadah) kepada Allah dan mengumpul bekalan untuk hidup yang kekal abadi di akhirat.  

2.     Perjalanan ke akhirat adalah suatu perjalan yang jauh. Alam barzakh iaitu perantaraan: alam kubur yang mesti di alami setiap manusia iaitu menerusi kematian. Kemudian mereka akan dihidup dan dibangkitkan kembali dipadang Mahsyar untuk diadili dan ditimbang segala amalan baik dan buruk. Kemudian diarah melalui titian Shiraat (jambatan) yang terlentang di permukaan neraka, sama ada ditentukan ke neraka atau ke syurga. Tempoh yang paling panjang ialah di alam barzakh, begitu juga tempoh titian Shiraat iaitu selama 28,000 tahun-paling lama kerana ditahan pada tujuh kaunter dan diseksakan.

3.      Orang yang memandang dunia ini sebagai tempat yang kekal, rugilah ia sebaliknya beruntunglah bagi yang menjadikan dunia ini sebagai tempat yang sementara (perhentian) dalam suatu perjalanan jauh menuju ke akhirat. Terpesona dengan segala keindahan dan kemewahan ditakuti akan mengganggu pengumpulan bekalan amal soleh ke akhirat tanpa hidup yang sebenarnya. 


Itulah salah satu hadis yang begitu terkesan yang ingin dikongsikan bersama. Semua hadis dalam buku tersebut memang terkesan. Semoga ianya menjadi kompas hidup kita.   

Oleh ‘Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (‘A.Q.H.A.S.)
Tokoh Al-Hijrah Ar-Rasul
Tokoh Buku & Tokoh Guru Serambi Mekah.
Menyandang Tokoh Mulid Ar-Rasuul, Malaysia.
Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara.

-Terbitan al-Hidayah Publications


Surat Hawa untuk Hawa


Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.


Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Wallahualam
-PiMEK-



Wanita itu..



1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan  pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap  bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki  JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga diatelah melanggar  larangan  Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi  yang baunya semerbak.  Wangian  sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar  kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar  kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah  dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalahmereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang
yang  disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik
lelaki  atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah  sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan  kepada  kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya  diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.  Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga  menutup alur lehernya dan tidak menampakkan  bentukdi bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan  untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki(yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati
adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina.
Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita  melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. 

wallahualam..
-PiMEK-

Kita memang selalu kena diingatkan




Bagi membuktikan apa yang sebaris frasa di atas tertulis, cuba kita try permainan ni..baca skrip ni cepat2. Andakan dah lancar bacaannya. Kiranya secara bersambung-sambung. Ok..Peeett...mula!

Rumah pensel coklat buku beg
kayu batu pen rumah kain air
kipas rumah jam mata guli         
rumah kaki sungai pemadam
kereta rumah duit kasut bedak.
                                                    


                               


Ok, dalam banyak-banyak benda yang anda baca tu, benda apa yang paling anda semua ingat ? Kalau xdapat cuba ulang lagi.. tapi biasanya mesti anda semua dah dapatkan? Jawapannya RUMAH..!


Di sini ana nak kongsikan apa yang pernah ana dengar.. begitulah. Kita selalu kena diingatkan. Memang lumrah manusia ni lupa, alpa, leka, dan ka seterusnya,,Namun, sebagai pemerhati yang setia kenalah ambil peranan, kalau bukan sahabat atau orang yang terdekat siapa lagi yang kena ingatkan orang tu,,betul tak.

Kita sendiri pun memang memerlukan komitmen sahabat2 untuk memperingatkan kita..Saling ingat-mengingati..Manisnya sesebuah perhubungan tu.. Apabila kita ulang, ulang, ulang lagi insyaAllah akan ingat la tu.

Orang yang tidak mengharapkan teguran daripada orang lain itu tanda hatinya sakit.. kerana ketika itu juga dia masih lupa bahawa manusia memang xperfact. Berganda-ganda lagi peringatan perlu diberikan untuk dirinya.

Kadang-kadang pernah juga si hati yang cuba merungut
 “Sampai bila nak kena selalu ingatkan.”
Sabarlah..nanti dia akan ingat.. Macam-macam lah benda yang boleh kita jadikan contoh..

Dah dia yang terlupa.. kalau kita selalu ingatkannya mungkin lama-lama dia akan ingat seperti rumah tadi tu.

Ok. Setakat ini dulu perkongsian yang berupa modul kompas hati..Panduan untuk hati agar hati-hati. Insyaallah.

Jom sahabat-sahabat ingatkan diri ini selalu ye.

-PiMEK-


"Mak tak sanggup nak."



“Mak tak sanggup nak.”
“Mak mana yang rela sampaikan benda ni pada anaknya..”
“Mak sebenarnya tak kan tulis benda ni. Mak xkan biarkan benda ni sampai kat tangan anak-anak mak.”
                      



Sungguh tidak dapat kubayangkan..
Setelah 2, 3 bulan gelaran raja sehari meninggalkanku
Saat mula-mula hadirnya satu makhluk yang membenih di dalam perutku
Makhluk yang mula membunuh selera makan
Menyebabkah aku rasa loya tanpa mengira tempat
Mahu memuaskan lidah dengan bermacam jenis makanan
Memaksa perut untuk menerima susu yang sangat sukar melalui rongga tekakku
Pil-pil yang bermacam jenis warna dan namanya

Tubuh yang slim mula terjejas
Pakaian yang dirasakan menghimpit rapat ke tubuh
Kerana badanku mula semakin bercambah ke depan
Di dalam ruangan itu juga akan tergerak-gerak
Konsentrasiku turut punah
Kerapnya aku nanti ke tandas untuk membuang air kecil kerana posisimu itu

Akanku bawa ke hulu hilir
Yang saban harinya semakin memberat
Juga menghitung detik untuk mengeluarkannya
Seterusnya merasai azab yang tidak terhingga sakitnya saat itu
Tak dapat aku bayangkan
Kesakitan yang maha dasyat itu selepas sakitnya menghadapi sakaratul maut

Setelah itu lahirlah dirimu
Tempoh berpantang mula menjelma
Hari demi hari mula dikira

Bila tiba saat kepalaku yang berdenyut-denyut
Badanku yang diresapi demam panas
Selesema yang membantutkan selera makanku
Gigi yang tiba-tiba sakit mencucuk-cucuk hingga ke otak
Adakah aku mampu melenyapkan tangis si dia

Sekiranya dia yang tiba-tiba meragam di tengah-tengah malam
Masihkah aku punya waktu untuk berdua-duaan dengan Maha Pencipta
Terjagakah solat di awal waktuku dengan rengekannya

Adakah mudah untuk aku meringankan badanku
   Bagi mengisi perutnya yang kekosongan
Sekiranya saat itu aku yang lena dibuai mimpi indah

Adakah aku tidak malu dengan pandangan mata orang sekeliling
Dengan kelakuannya yang menarik perhatian mata manusia
Sekiranya si dia meragam tiba-tiba
Mengamuk tak tentu pasal inginkan itu dan ini
Sehinggakah meronta-ronta di dalam pasaraya
Menangis-nangis dengan suara yang bising
Sekaligus membunuh mood untuk memuaskan hati yang bershopping

Tegakan untuk aku menahan rasa sakit hati
 Bila dia merosakkan barangan berhargaku
Yang nilainya mencecah ratusan ringgit malah ribuan ringgit
Disinikah aku mula memperhitungkan nilai wang ringgit dengan kredit kasih sayang

Tidak penatkah aku
Sekiranya rumah yang aku kemaskan
Kembali bersepah
Angkara si nakal yang tidak mengira tempat
Dan mempedulikan perasaan orang

Sanggupkah aku mula menahan rasa marahku
Kerana kebodohannya
Relakah aku menerimanya
Disaat dia masih tidak mengerti apa-apa
Yang belum punya daya kefahaman sebagai manusia biasa
Sabarkah aku melayan kerenahnya
Yang keterlaluan sekiranya dia yang hiperaktif

Adakah aku terus berdiam diri
Untuk memarahinya
Apabila dia yang mengacau si adiknya
Memperlakukan adiknya seperti anak patung yang tidak punya nyawa
Semuanya kerana belum bertunasnya rasa belas kasihan manusia normal

Saat hatiku sakit angkara perangai si dia
Adakah momentumnya cepat kebah
Untuk menenangkannya balik
Hatiku sakit siapa yang mahu peduli

Saat kawannku bertandang ke rumah
Tiba-tiba si dia yang meragam
Tidakkah aku mula timbul rasa tidak menyukainya
Lebih teruk lagi jika bibit-bibit kebencian mula muncul
Sekiranya kawanku itu juga mempamerkan riak yang kurang senang dengan telatahnya
Bahkan tiadakah rasa ringan tanganku untuk menyakitinya  
Sekiranya dia melakukan tindakan yang tidak senonoh terhadap kawanku itu
Agar hatiku puas.

Ini baru sedikit bayanganku
Banyak lagi perkara yang tidak dapat kau gambarkan
Ahhh..sukarnya..!

Layakkah aku nanti bergelar ibu yang mithali
Anak mana yang tidak mahu ibunya seorang yang solehah
Namun layakkah aku nanti.
......

Di bawah bingkisan tu, akhirnya mak rasional balik. Dia tulis benda ni..

Adakah aku lupa. Aku ingat lahirku terus sebesar ini. Lupakah aku yang dulunya aku melalui saat aku yang sebegitu. Terfikirkah aku yang dahulunya aku punya manusia yang lebih hebat penjagaannya. Sehingga lahirnya aku yang sebegini rupa? Manusia itu yang tidak pernah membayangkan perkara yang aku bayangkan tadi? Sungguh.

Kini aku yang menerima giliran itu. Menerima perkara yang sama seperti mak aku. Hebatnya perancangan Allah. Allahuakhbar.

Inilah yang terpendam di jiwa mak, namun ianya sekejap cuma kerana keriangan si anak dengan hilai tawa akan memusnahkan penderitaan mak dengan sekelip mata. Apatah lagi apabila si anak yang meniti alam remaja seterusnya zaman dewasa dengan melakukan perkara yang membanggakan hati emak, itu pun mak dah rasa cukup bertuah memiliki anak yang seperti itu.

                                                    ######


Si anak Ã Melakukan perkara yang membanggakan mak merupakan satu perkara yang sangat-sangat dituntut.

Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan mak memang xdapat dibalas dengan apa jua sekali pun. (memperbaharui peringatan untuk diriku)à Jadi, setelah akal fikiran mula waras, sentiasalah buat yang terbaik untuk mak. Jagalah hati mak tanpa sedetik pun berselindung apa jua perasaan dan prasangka seperti dirimu menjaga perasaanmu sendiri.     

Segala kata-kata dia di atas hanyalah gambaran dan pengamatan penulis sahaja. Pengalaman itu di tangan Allah untuk menganugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan orang yang memiliki anak.

Pengalaman memiliki adik dan anak saudara yang masih kecil sedikit sebanyak memberi gambaran awal begitulah anak kita nanti.. Namun yang lebih penting kita akan sedar dan mula faham begitulah situasi mak dengan kita semasa kita kecil dahulu.

Makku sangat hebat..makku sangat hebat..makku sangat hebat..! Wallahualam..

-PiMEK-