Wednesday, 3 October 2012

Sesetia dia


Seperti biasa, bas dari tanjung malim akan singgah ke Ipoh. Bila tiba di Medan Gopeng tu, hari ini rezeki aku dihidangkan dengan sajian berupa adegan yang mengusik hatiku. Walaupun tak banyak, adalah sedikit jadilah untuk hati ini, insyaAllah. Sudah lama hati ini tidak refresh dengan perkara tersebut. 

Seorang remaja mungkin dalam lingkungan 20an memimpin seorang lelaki tua yang membawa tongkat. Tahulah aku bahawa dia cacat penglihatan! Lelaki muda itu yang rambutnya yang agak-agak nak diceracakkan itu menambahkan sedikit perisa kemachoannya (sempat lagi. tak sayang mulut ke? Taklah, Hati yang tegur) itu memakai kemeja berjalur halus-halus, kelihatan sama dengan gaya pakcik tu. Sahlah bahawa dia ialah anak kepada pakcik tadi tu.. wajah pun seakan ada irasnya. 
 
Perkara yang aku sedikit termotivasi yang aku ingin fokuskan ialah senyumannya tidak pernah lekang di bibir..manisnya. Aku bukan apa, dia melayan orang tua dengan senang hati, macam ada sesuatu yang lucu pula..bagusnya dia.. terserlah ketabahannya, malah sangat suka dengan perbuatan yang dilakukannya itu. 

Setelah selesai mendudukkan ayahnya di kerusi vvip tu, kemudian mengheret seorang lagi perempuan yang sama dengan lelaki tu, dia pun buta juga ke..memang ya pun,,ke mak dia,,subhanallah..
Tapi yang ni aku tak berapa pasti..mungkin mak saudaranya kerana panggilan tu menguatkan keyakinanku. Entah, aku pun tak pasti..

Dah lama aku tak melihat orang buta. Mungkin selepas ini sekiranya aku melihat orang buta lagi pasti aku teringatkan pemuda itu.. mungkinkah..
  


Thursday, 6 September 2012

Cuaca Semester 5







Semester 5 akan membuka tirainya pada semester yang akan dibuka tidak lama lagi.. Ada beberapa hari je lagi yang masih berbaki untuk aku meneruskan statusku iaitu permastautin seketika di menara gading.

Terasa gerun pun ada, tidak sabar-sabar untuk menemuinya pun ada, semua rasa ada, rencah dan rempahnya terasa cukup untuk ramuan pada sem akan datang.

Semua itulah yang akan memberi cuaca kepada diriku ini.

Ramalan cuaca kali ini terasa ada debarannya.

Banyakkah yang mendungnya, atau keadaannya baik sekali?

Bagaimana diriku nanti?

Disamping menghadiri kuliah

Kerja-kerja persatuan

Kesihatan

Ukhwah..

Segala aspek yang lain?

Lebih-lebih lagi hubungan denganNya?

............................

Tetiba pula nak kongsikan kenangan yang masih lagi melekat dengan diri ini,, lekatan tu sangat-sangatlah meluluhkan jiwa kerdil ini..ianya berlaku pada sem yang sebelum ini, iaitu sem 4. Semua benda-benda macam ni sememangnya tidak dapat dijangka.

Ada dua benda.. terlalu pahit dan terlalu manis.

Perkara yang paling manis tak terasa nak kongsikan lagi..

Jadi yang paling menyayat hati dululah..


Masih lagi terasa kehilangan sahabat-sahabatku yang telah terlibat dengan kemalangan. Ini merupakan kali kedua aku merasai perasaan yang begitu tragis dengan frasa yang bernama KEHILANGAN.

Yang pertama sekali aku telah merasai kehilangan seorang nenek semasa aku berumur 11 tahun. Time tu rasa sedih sangat. Betul-betul sedih. Rupanya begitulah bahasa kesedihan yang dapat dihadam. Air mata yang mengalir hanya diri sahaja yang tahu erti kehilangan orang yang kita sayang.
(tiba-tiba mata jadi pedih..macam nak berair je gayanya..)

Time nangis tu sempat lagi gelak-gelak dengan sepupu sebab apa gelak sambil nangis?


Sebab malu nangis depan orang ramai..budak-budak lagi time tu..


Aku tengok kau, kau tengok aku.. macam-macam betul aku time tu.


Apapun tinggalannya masih lagi ada untuk aku iaitu selalu baca surah al-Mulk. Katanya sewaktu ajar aku mengaji, kalau boleh hafal sebab nanti senang nak lancar baca quran.. macam tulah lebih kurang.. malam-malam baca al mulk juga akan diringankan azab kubur. Mungkin kasiat ini juga nenek nyatakan. Aku je yang belum faham dengan azab-azab macam tu. Agaknyalah.. AZAB? Nauzubillah..takutnya..!


Sampai sekarang aku masih termimpi-mimpikan arwah nenek. Pernah sekali aku adukan perkara ni kat akak yang rapat dengan nenek. Kata akak.. kalau teringatkannya atau termimpi, maknanya bacakan ayat-ayat suci al-Quran. Mungkin itu yang dia nak daripada kita..


Nek.. sayang nenek. Jumpa nanti di syurga, insyaAllah..
(sedang sebak)

...................................

Tengok, cerita aku ni makin kembang pula plotnya.. Orang peramah ni macam nilah gayanya..(peramah kerr)

Apapun semoga sem kali ini semakin akrab aku denganNya supaya semuanya lebih lancar nanti..

Ayuh sahabat-sahabat, kepada yang membaca tulisan ini, sama-sama kita pasang niat, pasang cita-cita semoga sem kali ini lebih baik daripada sem yang sebelumnya.. semoga Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita masih berbekas auranya sampai sekarang dan terkesan sampai bila-bila. insyaAllah..

Hanyalah ramalan yang dapat dilakukan. Itu yang termampu. Yang lain-lainnya terserahlah kepada Yang Maha Esa.

Begitulah kisanya.. cuaca pada sem 5 kali ini akan aku harunginya. PASTI, selagi nyawa masih dipinjamkanNya.!

Permudahkan urusanku nanti ya Robb..


7/9/2112
BLOK A.
KOLEJ ZA'BA, PROTON CITY.



Saturday, 18 August 2012

Ramadhan Pergi Lagi


Salam mahabbah fillah kepada semua. Sudah agak lama ye kita tidak bersua. 
Di bawah rimbunan kehijauan yang sedang sepoi-sepoi bahasa ini, terasa ingin menulis sesuatu untuk memfreshkan juga laman yang sudah lama dianak tirikan..
Jangan sedih-sedih, hari ini ada sesuatu untukmu..
Mengharum kembali entry yang sudah lama membasi..!
Jom layannn..

Ramadhan pergi lagi
Hari ini hari terakhir hari berpuasa
Kerana esok sudah menjengah ke bulan yang seterusnya
Ada beberapa jam sahaja lagi
Bagaimana Ramadhan kali ini?
Sekadar berlenggang datang dan pergi?
Adakah peluang yang dibuka seluas-luasnya direbut secara senang hati?
Sama-sama muhasabah sejenak
Peluang berterawih dibiarkan?
Solat sunat yang yang tiada pada bulan yang lain
Cita-cita menghabiskan bacaan sebuah kitab al Quran tercapaikah?
Yang sebenarnya maknanya sekali yang perlu direnungkan..
Zikir-zikir yang setia melekatkah di bibir?
Bertahajjud di 2/3 malam, lazimikah?
Bersedekah walaupun dengan seulas senyuman?
Semua ganjaran yang dijanjikan berganda-ganda pahala direbutkah?
Terpeliharakah mata, telinga, hidung?
Dan yang paling besar Ã HATI yang kononnya baik sangat
Atau sekadar puasa yang menahan peritnya tekak yang mendahaga
Perut yang memelodikan bermacam lagu minta diisikan
Berpuasa dengan penuh keimanankah?
Mencapaikah tingkatan peribadi bertakwa yang ingin diraih yang di teduh keredhaanNya?
Tanya diri, koreksi dalam diri masing-masing
Program Ramadhan untuk kita kali ini luar biasa atau biasa-biasa?

Ramadhan kian merangkak berlalu
Apa pun natijahnya janganlah ianya juga dibiarkan berlari
Semoga tarbiah bulan latihan yang penuh berkahnya ini terus tempias ke bulan-bulan yang berikutnya
Bukan setakat di awal-awal bulan tapi sampai ke penghujungnya
20 rakaat terawih terus menerus dapat memantapkan solat fardhu sebanyak 17rakaat yang berkala
Tadarus sehari-hari berjangkit ke bulan-bulan yang berikutnya walaupun 1 ayat sehari
Dan ibadah-ibadah yang lainnya
Hakikatnya beginilah penghidupan madrasah Ramadhan sekiranya diimarahkan
Takwa yang dibenihkan mampukah ianya terus subur
Demi membuahkan iman yang meranum
Mampukah..energy yang dicharge di bulan ini terus digunakan di bulan yang berikutnya
Semoga tulisan ini mampu membangkitkan potensi Ramadhan yang berikutnya sekiranya  umur ini masih ada untuk pinjamkanNya..
Sempatkah Ramadhan akan datang?

Pergi sungai nampak buaya,
Selamat Hari Raya.





Wahai STCP
PERJUANGAN IALAH PELAKSANAAN KATA-KATA..^^
Di teduhan malar hijau,
Kg Pangkal Saga,
Kota Bharu,
Kota Darul Naim.
29 Ramadhan 1433H


Tuesday, 3 July 2012

Denai Si Musafir


Akhirnya takdir itulah yang telah menghiasi episod hidup
Ditemui dalam keadaan yang tidak disangka-sangka
Siapa yang tahu?
Bau yang dibawa angin pun tidak pernah menyapa
Segalanya kemas dalam hitunganNya
Saat itulah yang telah terbaik
Untuk dihantar kepadaku
Sudah tidak perlu lagi mempersoalkannya
Kerana itu yang tercantik untukku
Mengindahkan taman iman yang selalu gersang dalam musim yang tak menentu.

Hakikatnya
Terasa ingin bawa diri ini jauh-jauh,
Mengembara mencari sinar
Menghidangkan mata dan hati ini dengan perkara yang baru
Suasana baru
Impian baru
Teman-teman baru
Namun ke mana?
Tak kemananya aku
Selagi tiada penyelesaiannya
Di sinilah aku
Bukan di tempat lain
Di sinilah
Tapi perit
Realitinya aku adalah aku sekarang.

Usahlah kau bimbangi dengan diriku ini
Yang selalu tempang dengan bersangka denganmu
Kadangkala sangkaan itu memperbetulkan yang cacat
Siapa sangka..
Aku mengetahuinya
Aku merasainya
Kadang-kala sengaja aku melakukannya
Kerana boleh jadi ianya terapi untukku.

Wahai diri
Siapa pun Allah hantar kepadaku untuk ujian ini
Aku terimanya ya Allah
 Walaupun selalu berdepan dengannya
Aku tak boleh lari darinya
Walaupun pedih
Walaupun sakit
Walaupun dalam kepayahan
Aku harap tak akan lihat siapa dirinya
Tentang dirinya
Namun apa yang telah dibawanya
Apa yang telah dilakukannya
Apa yang telah disumbangkannya
Itulah yang sebaiknya

Ambillah masa seperti yang diingini
Selagi itu yang dimahukan
Sehingga dirimu dapat apa yang dicapai
Aku hanya di sini
Masih di sini.

 
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti


 
"Sahabatku adalah dirimu
Diriku adalah bukan sahabatmu"

-stcp-
Tanjung Malim,
Perak.