Salam mahabbah fillah kepada semua. Sudah agak lama
ye kita tidak bersua.
Di bawah rimbunan kehijauan yang sedang sepoi-sepoi
bahasa ini, terasa ingin menulis sesuatu untuk memfreshkan juga
laman yang sudah lama dianak tirikan..
Jangan sedih-sedih, hari ini ada sesuatu untukmu..
Mengharum kembali entry yang sudah lama membasi..!
Jom layannn..
Ramadhan pergi lagi
Hari ini hari terakhir hari berpuasa
Kerana esok sudah menjengah ke bulan yang
seterusnya
Ada beberapa jam sahaja lagi
Bagaimana Ramadhan kali ini?
Sekadar berlenggang datang dan pergi?
Adakah peluang yang dibuka seluas-luasnya direbut
secara senang hati?
Sama-sama muhasabah sejenak
Peluang berterawih dibiarkan?
Solat sunat yang yang tiada pada bulan yang lain
Cita-cita menghabiskan bacaan sebuah kitab al Quran
tercapaikah?
Yang sebenarnya maknanya sekali yang perlu
direnungkan..
Zikir-zikir yang setia melekatkah di bibir?
Bertahajjud di 2/3 malam, lazimikah?
Bersedekah walaupun dengan seulas senyuman?
Semua ganjaran yang dijanjikan berganda-ganda
pahala direbutkah?
Terpeliharakah mata, telinga, hidung?
Dan yang paling besar àHATI yang kononnya
baik sangat
Atau sekadar puasa yang menahan peritnya tekak yang
mendahaga
Perut yang memelodikan bermacam lagu minta diisikan
Berpuasa dengan penuh keimanankah?
Mencapaikah tingkatan peribadi bertakwa yang ingin
diraih yang di teduh keredhaanNya?
Tanya diri, koreksi dalam diri masing-masing
Program Ramadhan untuk kita kali ini luar biasa
atau biasa-biasa?
Ramadhan kian merangkak berlalu
Apa pun natijahnya janganlah ianya juga dibiarkan
berlari
Semoga tarbiah bulan latihan yang penuh berkahnya
ini terus tempias ke bulan-bulan yang berikutnya
Bukan setakat di awal-awal bulan tapi sampai ke
penghujungnya
20 rakaat terawih terus menerus dapat memantapkan
solat fardhu sebanyak 17rakaat yang berkala
Tadarus sehari-hari berjangkit ke bulan-bulan yang
berikutnya walaupun 1 ayat sehari
Dan ibadah-ibadah yang lainnya
Hakikatnya beginilah penghidupan madrasah Ramadhan
sekiranya diimarahkan
Takwa yang dibenihkan mampukah ianya terus subur
Demi membuahkan iman yang meranum
Mampukah..energy yang dicharge di bulan
ini terus digunakan di bulan yang berikutnya
Semoga tulisan ini mampu membangkitkan potensi
Ramadhan yang berikutnya sekiranya umur ini masih ada untuk
pinjamkanNya..
Sempatkah Ramadhan akan datang?
Pergi sungai nampak buaya,
Selamat Hari Raya.
Wahai STCP
PERJUANGAN IALAH PELAKSANAAN KATA-KATA..^^
Di teduhan malar hijau,
Kg Pangkal Saga,
Kota Bharu,
Kota Darul Naim.
29 Ramadhan 1433H
0 comments:
Post a Comment