Tuesday, 7 February 2012

ujian ukhwah


Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.” (Saidina Ali)


Kali ini biarlah aku coretkan sedikit sebanyak segala isi hati kat teman yang setia dan tulus ini. Namun ianya tak setanding dengan Yang Maha Satu. Yang Maha Mendengar yang sentiasa ada untukku.. Harapnya lepas ni jiwa lebih clear. Tak perlu lagi fikir, kenapa? Kenapa? Kenapa? Dan yang ada begini, begini, begini. Kalau sebelum ini fikiran tak boleh berenggang dengan benda ni, so kali ini sudah-sudahlah. (pengaduan belum mantap agaknya). Semoga sedikit sebanyak ia dapat memberi panduan kepada hati-hati yang sentiasa mendamba cinta Ilahi, insyaALLAH. Terutamanya hati ini..ya Allah peliharalah kesucian hati dan perasaan ini ya ALLAH. Pinjamkan aku kekuatan..


“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi ALLAH, kasih demi ALLAH, benci pun demi ALLAH.” Riwayat Tayalasi, Hakim,Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu


Rasulullah SAW bersabda, tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana kamu tidak mencintai sahabat kamu, apa yang kamu cintai untuk diri kamu.



(Pada hari akhirat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan diantara satu sama lain, kecuali orang yang bertakwa.” (al-Zukhuf;67)

Tatkala hati mula mahu merasai ukhwahfillah
Di bumi tarbiah yang menjadi idaman
Inilah yang ditakut-takutkan
Ujian datang tak diundang
Tanpa mengira masa, tempat dan sewaktu dengannya
Datang merobek-robek si hati
Pilu
Kenapa tidak pada masa lain?
Bolehlah ditahan sekejap lagi
Bagi laluan untuk diri ini menghabiskan sisa-sisa kertas ujian
Satu kertas je lagi
Namun siapa yang lebih berkuasa?
Dialah yang layak Mengatur segalanya
Yang memang tak terjangkau dek pemikiran yang dangkal ini
(al-a’raf :157) dan membuang daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

Jauh perjalanan
Telahku jelajahi
Membawa seribu impian
Berbekal pengalaman
Mampukah aku melangkah
Menuju satu daerah
Masihkah ada
Sinar yang menanti

Masa dijanji pasti tiba
Ku kan dijemput ke sana
Bimbang langkah ku terhenti
Ku terpaut dipersimpangan
Tak inginku mengingati
Detik hitam semalam
Tinggallah semua
Jadi kenangan

KeranaMu kan ku gagahi
Untuk terus sisa hidup ini
Biar ku tebus segala dosa
Selagi jasad bernyawa

Leraikanlah rasa hatiku
Padaku hanya Engkau yg Satu
Belum pernah ku terasa
Hebatnya cintaMu

Sungguh Kau lebih mengerti
Apa tersirat di dalam diri
Ku mohon rasa kasih yang abadi

Jujur ikhlaskah hati ini
Menyintai mu sepenuh hati
Ataukah sekadar bila diuji
Rahmat dan kasihMu tiada sempadan
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai godaan


“jangan kau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu sahabat.” Riwayat Muslim. 

Aku tahu semuanya mahu menguatkan ukhwah
Bukan ukhwah yang biasa-biasa
Namun
Ukhwahfillah yang berlandaskan akidah yang sama
Mungkin ukhwah yang sebelum ini banyak kotoran
Dicemari penyakit hati
Dan segala benda yang boleh memusnahkan seketul daging itu
Mungkin Allah mahu aku bersahabat kerana Dia
Tulus kerana Dia
Tapi yang sebelum ini?
.......
Allah Maha Tahu..
Walau aku berselindung di dalam lubang semut sekali pun

Allah SWT berfirman, “Dan ketahuilah bahawanya ALLAH mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan TUHAN


“Orang yang berkasih sayang kerana ALLAH, orang yang saling berziarah kerana AKU (ALLAH), orang yang saling berbelanja kerana AKU (ALLAH), orang yang saling berhubungan kerana AKU (ALLAH), maka mereka semua berhak mendapat kasih sayang-KU (ALLAH). (Riwayat Ahmad) 

Wahai hati
Seperti yang selalu-selalu aku bisikkan pada diriku
Ujian ini tanda Allah kasih akan diriku
Untuk meningkatkan darjat aku
Seperti mana seseorang yang naik pangkat
Dia perlu melalui ujian seperti peperiksaan, temuduga dan sebagainya
Begitu juga aku
Terimalah semuanya
Yakin pada Allah
Semuanya didatangkan bukan sia-sia
Ada ganjarannya

Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) agar kamu menjadi susah. (Thaha: 1-2)

Aku tahu walau sekecil ini yang tertimpa ke atasku
Inilah ujian
Yang berbagai bentuk dan rupa
Bukankah dalam surah al ankabut ayat 2


Firmannya yang bermaksud, Apakah manusia mengira, mereka akan dibiarkan berkata : kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?

Ingatlah bahawa Allah sedang menguji keimanan kita
Dan selagi kita berlari selagi itulah ujian datang menguji

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”

Akanku bawa hati ini
Jauh mengembara
Meneruskan kehidupan yang baru
Kerana aku yakin penyelesaiannya sentiasa ada
Di mana aku datang dan kepada siapa aku dikembalikan

Sabda Rasulullah SAW, “ seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah setiap seorang daripada kamu, siapakah yang di dampinginya” (hadis riwayat at-Tarmizi dan Abu Daud)

Damaikan perasaan
Lupakan segala kedukaan
Leraikan sengketa
Yang melanda di antara kita oohh...
Usah dikenang
Segala kedukaan lama
Biarkan ianya
Terlerai dari hati mu oh teman
Jangan diulang kesilapan lama
Bersama kita pastikannya
Kerana orang beriman tidak
Melakukan
Kesilapan berulang kali
Lihatlah hari esok
Yang bakal kita hadapi bersama
Semoga ia menjanjikan
Ketenangan yang kita cari
Ku tahu kita
Merindukan
Mengidamkan
Ketenangan dan kedamaian

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang beriman dan jangan kamu berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi)

Sudah-sudahlah..
Aku berazam tak akan mengairi mata ini lagi
Kalau yang selain daripada air mata yang takutkan azab Allah
Moga diperkenankan

Diriwayatkan daripada Anas r.a : Nabi Muhammad SAW bersabda “Tidak ada pun diantara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi diri sendiri.” (al-Bukhari)   

Aku sedar
Diri ini belum cukup baik..!
Baiki diri dan serulah kepada orang lain..
Teruskan perjuangan sahabatku..
Semoga Allah memberkatimu

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatkannya.” Riawayat Bukhari dan Muslim

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo


...hambaMu...



Reactions:

0 comments:

Post a Comment