Friday 10 February 2012

bawa hati ke pantai


Lamanya tidak ke pantai
Sukanya aku dengan pantai
Jom bawa hati kita ke pantai sekarang
Tenang rasanya bila melihat laut yang terbentang luas
Di dalamnya pelbagai spesies makhluk Allah yang juga bernafas
Bila sebut pasal binatang ni tiba-tiba teringat tentang kelebihan wanita
Kenapa?
Kerana wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
Subhanallah
Hebatkan?

Cuba kita hayati sejenak
Tenangnya melihat ombak yang menghempas pantai
Itulah tandanya alam yang sedang berzikir..
Tidak pernah bosan

Jom jadikan pantai dekat dengan hati kita
Kerana ombaknya
Begitu juga dengan kita
Dekatkan hati kita dengan ZIKRULLAH
Untuk sama-sama mantapkan iman kita
Insyaallah.
“Ya ALLAH,, sentiasalah ingatkan aku untuk sentiasa mengingatiMU dalam setiap detikku ini”











-perjuangan ialah perlaksanaan kata-kata- 

0 comments:

Post a Comment