Wednesday, 28 September 2011

Alami

Album : Alami
Munsyid : Alarm Me


“Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”
(Az-Zariat:55)

Berilah peringatan buatku yang kealpaan
Kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan

Kerana suatu peringatan
Nasihat, panduan dan teguran
Amat berguna kepada insan nan beriman

Beri peringatan untukku dan untuk semua
Agar ku tak tersasar ke dalam lembah kejahilan
Alamilah luahan isi hatiku yang kekosongan
Alamilah rasa di jiwaku yang kesepian...kawan

Bukankah engkau khalifah
Di muka bumi membawa risalah
Kebenaran dan peringatan..seluruh insan

Alami suasana irama
Hatiku yang syahdu
Agar kau memahami rahsia
Yang terpendam di kalbu
Selamilah diriku yang sesungguhnya amat memerlukanmu
Oh sahabatku...



Tuesday, 27 September 2011

Aku sedang diuji


Sedang tekun mengadap Angkel Sams..
Tiba-tiba teringat pula pada bonda tercinta
Hairannya
Air mata amat murah ketika teringatkan dirimu
Bagaimanakah kondisimu sekarang wahai bonda?
Tenangkah ibu saat ini
Sihatkah dirimu?
Dalam hatimu sudah tiada gundah gulana?
Berdebar-debar seperti yang biasa kau adukan
Kerana penyakit jantung yang mula mengintai-intai ibu
Urat-urat yang selalu mengilu sendi-sendimu
Lenakah dirimu ketika selimut membungkus dirimu

Wahai bonda yang teramat kusayang
Aku di sini butuh doamu setiap masa
Kerana aku takut imanku rapuh
Iman yang baru terbina

Wahai ibu yang tercinta
Sekarang ini
Aku terasa sesuatu yang amat memilukan hatiku
Ampuni dosa-dosaku ibu
Dalam segala ketelanjuran di hadapanmu
Apatah di belakangmu yang ibu tak pernah tahu
Kalau ibu perasan..
Dulu aku tidak seperti ini
Seperti yang aku rasai sekarang
Jiwaku tenang disampingNya
Aku harapkan jalan yang ku pilih ini terus ku perjuangkan
Selagi hayat dikandung badan
Walaupun kisah silam sering mencelah minda ketika aku sedang buat apa sahaja
Kisah hitam itu cukup meresahkan jiwa
Kadang-kadang terasa aku begitu lemah untuk menepis semua itu daripada berlama-lama menyinggahi benakku

Namun aku cukup yakin semua itu datang dari Allah
Dan kepada Allahlah perlu aku rujuk
Aku percaya bukan sia-sia kisah silamku terjadi
Ada perkara yang tersirat yang sudah tertulis

Ibuku
Sekarang ini aku diuji lagi
Aku tahu
Allah nak suruh aku guna potensi aku yang sebenarnya
Kerana Allah Maha Tahu potensi aku
Akulah yang layak menerima semua itu
Hatiku..bersabarlah
Walaupun sabar itu pahit
Namun ia mampu menuai hasil yang sangat manis

Ibuku..
Maafkan diri ini
Aku tidak sanggup kalau ibu dipersoalkan diakhirat kelak
Kerana aku..
Ibu ampunkan dosaku
Redha Allah terhadapku terletak padamu
...


Peraih redhaMu,,
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Tanjung Malim..
02:04,
28/09/11

Tuesday, 20 September 2011

Ratapan si hati kerdil

Salam kemanisan iman bersulam taqwa buat semua. Sudah lama tidak mencoret-coret dalam serambi  ini. Semakin terpinggir rasanya. Harapnya tiadalah sampai berdebu. Jangan risau,,dirimu takkan ku lupakan. Hari ini tiba-tiba terfikir nak jenguk-jenguk ‘kekasih jantung’ ini. Kebetulan pula hati di landa gelombang yang tiba-tiba menyentap perasaan. Harapnya dengan mengadu di ‘kekasih jantung’ ini, kebahlah sikit perasaan itu. Perasaan tak boleh menipu. Tapi kalau dilayan juga akan menjadi-jadi kerana syaitan itu selalu mengambi peluang. Hakikatnya ia tetap merasainya. Kalau nak dikira perasaan ni macam-macam akan rasa kerana setiap detik akan berlaku sesuatu perkara. Perkara itu pula akan menyebabkan kita merasa. Rasa tu pula macam-macam.

Kadang-kadang kita perlu benci sesuatu.
Kadang-kadang kita kena buat perkara yang kita tak suka
Susahnya hati nak terima..
Hatiku,,sabarlah kerana itulah ujian
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan, “kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?(al-ankabut ayat2)
Setiap detik perlu diingatkan hati supaya membisikkan kalimah;
“Lahaulawalaquwwataillabillah”            
Hatiku janganlah leka..kalimah itulah ubatnya
Yakinlah,
Sesukar mana pun bentuk ujian itu, hati inilah yang layak menerimanya.
Yakinlah hati, Allah itu ada..
Allah itu ada untuk hatiku..
Allah segala-galanya..
.......



Di mana bumi dipijak
00:33

Saturday, 10 September 2011

Wednesday, 7 September 2011

Ribena: Halal ke Haram?


“Kak, akak punya ke ribena tu.”

“Tak lah, ni kawan akak punya, kenapa?” jawabku. Pelik juga.
“Sebenarnya ribena tak boleh minum. Kata lecture sayalah. Ada something yang bahaya terdapat dalam tu..Dia suh bagi tahu kat orang.”
“oo, ya ke?. Terima kasih infonya”

Dekat-dekat raya baru ni hebat sangat iklan kat tv, hinggakan terbawa-bawa dalam percakapan harian.

“class kau Jah”

Lepas tu aku fikir-fikir, betul ke tak boleh minum? Kandungan apa yang ada dalam ribena tu.
Cuba tengok kat blog2, sebenarnya isu ribena ni dah hebat diperkatakan. Soalnya haram atau halal. Kat you tube pun ada  di jelaskan seorang ustaz bahawa ribena haram sebab katanya di Birmingham ada yang disahkan oleh pemiliknya ada mengandungi alkohol.

Betul ke?

Lepas tu ada juga blog lain mengatakan yang kat Birmingham tu je yang haram, kalau yang dikilangkan di Malaysia tu halal. Ada juga yang membuat tindakan dengan bertanyakan kat website halal jakim. Dan keputusannya macam ni.



Apa pun bagi aku sebagai yang merupakan seorang pengguna Islam yang tegar, (pendapat peribadi) cukuplah aku fikir dah ada logo halal Jakim yang original tu, guna jelah sebab itu tindakan yang termampu. (jadi pendapat aku kiranya boleh minum la ye?)ummm???


Lagi pun bagi aku juga beribu-ribu lagi benda yang kalau nak dikira was-was tapi atas dasar logo tu, kita manfaatkan untuk panduan bersama. Badan itulah bertanggungjawab..

Kalau rasa nak lebih puas hati boleh terus pergi ke kilang tu dan boleh cek apa yang patut.

Sama-samalah kita buka minda, fikir positif, jangan cepat melabel sesuatu yang kurang pasti. Isu Halal haram ni amat sensitif kita sebagai umat Islam sebab makanan yang masuk dalam perut tu akan mempengaruhi ibadah seharian.

Mencari yang halal tu fardhu bagi umat Islam..

HALAL 4 OL

-PiMEK-
RAWANG, SELANGOR.

p/s: kalau salah, plz comment, betul kan ek..








Tuesday, 6 September 2011

Haramnya Arak

Semalam aku diajak kakak ke sebuah pasaraya berdekatan. Apabila hampir di kaunter pembayaran, aku terlihat di suatu sudut ada arak-rak yang menempatkan botol-botol kaca. Ada yang berwarna hijau, kuning, putih dan ada lagi yang tak terhafal oleh minda. Tu xpenting tapi yang masih bermain di otak sampai ke hari ini ialah arak ke tu? Tapi 2 patah perkataan yang melabel rak tu membuang ragu-raguku.. sah benda tu. 

Bila aku lihat customer India yang beratur kat depan tu jugak tengah membayar benda yang sama.  Aku tengok pulak cashier tu dengan selambanya memasukkan 2, 3 botol benda tu dalam plastik. Cashier tu tak bertudung pun. Ingatkan Cina. Tak kisah la kalau Cina. Bila tengok dekat, jelas name tag tu ada nama..laa tu nama Melayu! Islam la tu..

Perkara yang membuatkan aku berfikir, bukan dia yang tak bertudung. Memang lah satu hal tak bertudung. Ramai je yang lainnya bertudung. Arak tu yang aku kisah kan sekarang. Walau pun tak minum.. tak sentuh isinya bukan ke tolong jualkan kira subahat?

Rasulullah melaknati arak itu kepada sesiapa saja
1.       Yang memerahnya
2.      Yang diperah untuknya
3.      Yang meminumnya
4.      Yang membawanya
5.       Yang dibawa kepadanya
6.      Yang menuangkannya
7.       Yang menjualnya
8.      Yang membelinya dan
9.      Yang dibelikan untuknya.

(riwayat Termizi dan Ibnu Majah)

Sedikit info mengenai arak 

Arak menyebabkan pesakit jadi gila, saraf paling ramai di hospital

ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit" (riwayat Muslim).

Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula bertanyakan perihal arak sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." 

Ayat ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun, larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.

Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya. Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan arak peminum arak yang aktif mungkin terkena 'sawan' atau tabiat meracau yang berpanjangan.

Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan selepas satu kejadian pada majlis jamuan antara Muhajirin dan Ansar di mana arak menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan-ketulan tulang yang terdapat dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan berasa berdosa atas tindakan mereka itu.

Pada waktu itulah, al-Quran menyatakan bahawa judi dan arak adalah dilarang kepada semua umat Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: " Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )dari melakukan perbuatan itu)"
Sejak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.

Sudah jelas, bahawa sesetengah jenayah yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan adanya bahaya arak .

Profesor AJ Arberry pula mengatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat penyakit ahmar atau lumpuh. Selain itu seorang yang telah mabuk akibat arak akan hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain."

Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jikalau dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi-pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak."


 -wallahualam-

7:56pm
Rawang, Selangor.