Tuesday 27 September 2011

Aku sedang diuji


Sedang tekun mengadap Angkel Sams..
Tiba-tiba teringat pula pada bonda tercinta
Hairannya
Air mata amat murah ketika teringatkan dirimu
Bagaimanakah kondisimu sekarang wahai bonda?
Tenangkah ibu saat ini
Sihatkah dirimu?
Dalam hatimu sudah tiada gundah gulana?
Berdebar-debar seperti yang biasa kau adukan
Kerana penyakit jantung yang mula mengintai-intai ibu
Urat-urat yang selalu mengilu sendi-sendimu
Lenakah dirimu ketika selimut membungkus dirimu

Wahai bonda yang teramat kusayang
Aku di sini butuh doamu setiap masa
Kerana aku takut imanku rapuh
Iman yang baru terbina

Wahai ibu yang tercinta
Sekarang ini
Aku terasa sesuatu yang amat memilukan hatiku
Ampuni dosa-dosaku ibu
Dalam segala ketelanjuran di hadapanmu
Apatah di belakangmu yang ibu tak pernah tahu
Kalau ibu perasan..
Dulu aku tidak seperti ini
Seperti yang aku rasai sekarang
Jiwaku tenang disampingNya
Aku harapkan jalan yang ku pilih ini terus ku perjuangkan
Selagi hayat dikandung badan
Walaupun kisah silam sering mencelah minda ketika aku sedang buat apa sahaja
Kisah hitam itu cukup meresahkan jiwa
Kadang-kadang terasa aku begitu lemah untuk menepis semua itu daripada berlama-lama menyinggahi benakku

Namun aku cukup yakin semua itu datang dari Allah
Dan kepada Allahlah perlu aku rujuk
Aku percaya bukan sia-sia kisah silamku terjadi
Ada perkara yang tersirat yang sudah tertulis

Ibuku
Sekarang ini aku diuji lagi
Aku tahu
Allah nak suruh aku guna potensi aku yang sebenarnya
Kerana Allah Maha Tahu potensi aku
Akulah yang layak menerima semua itu
Hatiku..bersabarlah
Walaupun sabar itu pahit
Namun ia mampu menuai hasil yang sangat manis

Ibuku..
Maafkan diri ini
Aku tidak sanggup kalau ibu dipersoalkan diakhirat kelak
Kerana aku..
Ibu ampunkan dosaku
Redha Allah terhadapku terletak padamu
...


Peraih redhaMu,,
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Tanjung Malim..
02:04,
28/09/11

0 comments:

Post a Comment