Monday 23 June 2014

Istana Nusaibah dalam Memori


Sedang bergelumang dengan draf demi draf encik Fyp
Sambil itu juga menyaksikan..
Sorang demi sorang bidadari meninggalkan istana ini
Balik mereka menemui keluarga masing-masing 
kerana pangkuan itu yang mereka rindui
kerana pangkuan itu yang mereka nanti-nantikan
kerana pangkuan itu mahal bagi sang pejuang
setelah berkelana di medan ini
medan perjuangan sang mahasiswa

Bidadari-bidadari ini semuanya mengagumi pemilik hati
Masing-masing ada kenangan yang boleh diceritakan semula
Untuk disebut-sebut pada anak cucu nanti
Sambil gelak-gelak dan kemudian sukar untuk berhenti
Senyum..

Buat Amnah yang pendiam
Tapi berbakat besar
lukis itu lukis ini
seni oh seni
mengaji pun sodap, boleh tahan

Nor yang suka masak
macam-macam yang dia masak
dari masakan barat, thai, tradisional boleh blake
smoothies yang paling lastest dia punya menu
Masa mula-mula kenal tu agak serius orangnya
Orang berotak matematik yang teliti gayanya
yang penting ni arjuni beta seorang yang cekal, cayalah!

Ina yang cool
kalau happy boleh tahan jugak Ina ni aura dia
Friendly, tak ambik masa yang lama untuk close
Yang pasti dia rajin jadi imam..mah

Ingatkan su un tapi agar-agar 
lalu sayur air menjadi kuih agar-agar..
Yang tak dapat dilupakan pasal wani ialah sayur
agar-agarnya dalam periuk
pasti rindu sayur agar-agar wani

Ieka yang periang sentiasa
Sinonim dengan karipap, spageti, donat.. dan..
kulit ayam simpan terr.. katanya.. lepas tu.. biauuu le
katanya dia suka dengan perkataan berlapang dada
sebab trade mark dia.. biau le

Nak kata dari negara seberang pun boleh
Sabahan pun boleh bha kalau kau 
tapi kalau jawa??
Emm kalau keluar jawa dia orang lain pasti terngaga
Mula-mula tu agak segan nak usik dia
Tapi bila mangsa usikan tegarku balik midsem aritu.. segala-galanya telah berubah
Makin selesa usik dia
Merah-merah mukanya
paling tak pun ajuk dia cakap.. eh seronok bak hang..
satu lagi
bil.. bil.. bil..
Nisa la tu

Sorang ni pendiam
Cool pun ada
Bila dia senyap sangat pun risau
Tapi kelakuan ini buat orang lain turut tawadduk,
Insaf terutama di meja makan
Kemudian
Suka tengok kesabaran beliau melayang booyuh
Booyuh panggil dia boiing!

Kalau iqamat dialah paling laju
Boo..yuh..!
kalau tak ada dia memang amanlah istana
pasti kecoh la kalau ada dia nak katanya
pencetus kontroversi pasti terjadi
senget..!

Haaaa orang ni susah nak melekat kat rumah
Sangat busy orangnya
Bersama-sama dengan SYM baru
Kemana pun boleh
sebab
sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Rumahnya merata-rata
Tidur baringnya tak berwaktu
Thiqoh dengan dia
Buku-buku yang dia suka pinjam kat leberi macam buku Mahathir, Anwar, dan lain-lain pasal politik
Sebut pasal leberi Tunku Bainun ni..
Lagi satu dia suka bertapa kesejukan dan kebekuan di bilik karel

cik t cik t yang berkejaran ke sana kemari
Buat aku tidak keruan sama mu ti..
Sampai hatimu.. saat dia meluru mendapatkan ruang permainanmu
Saat itulah jantung hati mula tercabut!
Kalau bela kucing dalam istana ni pasti takdenya kau nak lompat sana-sini sesuka sukimu..

Pokok betik yang dah nak mati..
Bila kami dah nak kuar
Seakan-akan dia mula kekurangan baja
Entah kenapa agaknya
Tak de pulak tunjuk kelip-kelip lampu dia
Kalau tak, nak sambungkan dengan power bank
Macam ultramen

Dah pesan awal-awal.. kalau masam muka jangan balik rumah.. inilah nota kaki istana Nusaibah..
Tapi password kita apa ye.. talam biru? Tak pun air halia?
Ada ker?


Kepada anak-anak seistana kayangan hati jantung beta.. asiffah semua, segala gurauan itu hanyalah usikan dan segala usikan itu hanyalah gurauan.. 
Sedikit sebanyak akk leh praktik akk punya skill.. skill ntah pape..
Terima kasih atas khidmat antum yang tersedia..dan segala jasa yang tercipta.. 
Segala kekurangan itu minta dihalalkan.. yang tak tertunai apatah lagi.. Moga drama yang akak tonton itu akk simpan tidak lama adik-adikku tapi penambah sinergi tarbiah agar akk lebih kuat!

Jadikan semua gejala-gejala ‘senonoh’ itu berjelaga..!
Moga kita istiqomah.. Insha Allah
Kalian pasti dirindui

-Istana RN masih berpenghuni dikala ini bersama-sama incik FYP..2014-



Thursday 12 June 2014

Gelagat Imtihan Terakhir


Mata pedih-pedih, kepala terasa sedikit berat. Entah percampuran rasa yang bagaimana menjadikan badan juga agak keletihan pada saat itu tapi semua masih dalam kawalannya. Air cond bilik dalam keadaan sederhana. 

Imtihan dunia diteruskan. Tinggal beberapa minit sahaja lagi semua ini bakal berakhir. Itu adalah peperiksaannya yang terakhir selama 4 tahun bertapa di bumi Malim. Dalam perkiraannya perbuatan itulah yang paling kurang sihat dilakukan dalam menghadapi peperiksaan. 2 malam berturut-turut melakukan pengabaian tidur yang teruk. Apa-apa pun tahniah kepada aku sebab entah aura dari mana aku pujuk hati supaya usaha jugak macam mana pun buat yang terbaik. Aku dah kata nak pulun betul-betul, nak buat gila-gila punya. Kononlah sangat aku nak gila-gila, macam tak gila langsung, sehinggakan rumet aku tu juga tidak dapat tidur dengan sempurnanya. Pusing sana-pusing sini. Mungkin lampu tidak dimatikan. Eleh awak, sebelum ini?? Opss mungkin sebelum ada tutup ada sebaliknya.. sehinggakan sampai satu tahap dia bercakap-cakap bersendirian (mengingau). apapun so sorii ye awak. 2 malam je akak buat kerja tak senonoh. Masa tengah bersiap-siap tu sempat lagi aku nk tengok-tengok nota yang dibuat. sambil bersandar. Walau diri tak stabil tapi masih juga buat macam tu. Macam lucu pulak. Akibatnya sambil pegang nota tapi mata terpejam. Ghaib. Bila bukak mata, Astagfirullah.. baru 2 minit. ish.. ish.. Buat kerja nahas aku ni. kau nak repeat?? Sebab ada kes yang tak pergi exam yang tertidur tu macam nilah agaknya situasi tu.

"Masa ada 5 minit lagi..!" Wolaweh. aku melajukan gerak bait demi bait. Tulisan tak perlu diceritalah.. Burok bebenor rhupeanya..

Tapi ternyata aku melakukan penggorengan yang begitu sedap sekali untuk kertas yang terakhir itu. Mungkin perkara yang aku minat bertembung dengan aura dari mana entah(Mood orang yang tengah ramai kawen, barangkali??) membuatkan aku rasa skema dah tersasar. Biarlah, mungkin ada kaitan sedikit. pada perenggan yang terakhir berbunyi begini:

"Agar rumah tangga yang berlaku tidak mengalami kemerosotan, maka peranan ibu bapa bukan sahaja tidak terletak suami sahaja malah pada isteri juga. Rumah tangga muslim lebih berkesan dengan adanya rumah tangga dakwah. Urusan dakwah juga bukan hanya pada si suami sahaja malah isteri juga."

Aku mula teringat akan bait-bait usrah sebulan lepas. Subjek kaunseling keluarga dan keibubapaan sungguh membuatkan aku mula teruja. Teruja untuk apa? Entah. Malas nak perbesar-besarkan. Titik.

Mungkin itulah gelagat yang sedikit sebanyak aku kutip nak buat kenangan manis leting untuk diri sendiri. Mungkin akan rindu nak macam ni macam ni lagi. Semoga apa yang duk study tu kita ingat sampai bebila., bukan setakat dihambur kat kertas je. Amin ya Allah.

Imtihan duniawi untuk hadapi ukhrawi..

-
Leberitingkatdua-