Tuesday 23 July 2013

Topeng



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sahaja aku pakai topeng ini kerana Allah..
Allah.. Izinkan..
                 

Tiada lagi sekeping hati ini yang aku letakkan di kedudukan paling bawah
Kerana rasa rendah itu telah aku sembunyikan disebalik topeng itu
Semua berlaku ikut suka aku
Tiada lagi ikut-ikut orang
Tiada lagi nak bergantung harap
Nangis aku bahu akulah si penemannya
Riang aku, akulah yang meraikannya

Aku sedar
Di sini aku sedang bertopeng
Topeng yang aku sarung ini tiada siapa yang tahu
Walau seorang! Walau separuh orang..
Yeah..! Di sinilah gelanggangnya
Seorang insan yang berkelana mencari sesuap bekalan
Di saat diri yang terkontang kanting, memerlukan kegebuan isi tarbiah yang sekian lama kekeringan,
lesu dengan motivasi yang sering tewas dengan kehebatan orang sekeliling, 
manja dalam menikmati air mata pasrah,
Namun keperluan mereka lebih daripada keperluan sendiri
Telinga mereka butuh..
Mata mereka butuh
Tiada istilah tidak
Kerana menerima tanpa sesen pun syarat itu wajib bagi aku
Menutup segala cerita demi etika yang tersarung
Memesrakan dengan orang sekeliling..
Anasir-anasir segan, tidak boleh, cepat mengalah, yang aku bela kesekian kalinya  terpaksa aku lepaskannya.. Pergilaa..
Biar ia hanyut di sungai Perak
Bersama saki baki keladak penjajah yang bernama Birch..
Sempena aku di sini, biar darah pejuang Tok Lela juga aku rasai demi sebuah perjuangan..
Hidup Tok Lela.. Hidup ISLAM..

Selama 4 bulan ini
Persembahan ini bukan untuk orang lain tapi aku lakukannya demi diri, 
Produk aku sendiri yang berjenama aku bakal tercipta nanti,
Kerana apabila aku keluar nanti,
Biar produk itu penuh dengan wawasan..
Yang sentiasa bersemangat..
Bermotivasi..
Bertepatan dengan bidang yang aku sedang alami ini
Kerana apa.. Aku bukan semata-mata untuk membantu orang lain tetapi aku buat kerana aku mahu membantu diri aku sendiri.. 
Semuanya seiring sejalan sehaluan secara serentak
Sekiranya aku tunggu diri aku untuk jadi hebat terlebih dahulu, ianya takkan terjadi kerana sampai bila aku nak tunggu untuk perfect untuk bantu orang lain.
Biar semua yang aku lakukan aku manambah perisa niat iaitu aku mahu bantu diri aku juga..!

Lagi pun mereka yang aku seru itu bukan yang pertama tapi hati ini..!
Hati ini yang pertama dan terlebih dahulu untuk dibimbing..dikaunseling
Untuk sampai ke dasar hati orang lain, ianya melalui telinga ini dahulu.. 
Meresapi ia di hati ini dulu..
Moga-moga ini yang aku ingat selalu..

Topeng itu..
Akan aku lakukannya bersama ‘kerja-kerja gila’ aku
Untuk aku ingat sampai bila-bila

Topeng yang aku pakai itu juga seperti malaikat
Walau tidak bersayap tapi aku tetap terbang untuk mencari segenap ruang fitrah diri manusia sebenar
Yang baik, yang suci, yang penuh dengan kebaikan
Yeah.. Manusia itu fitrahnya baik..

Allahu, bahagiakan aku dengan topeng ini..
Hakikat sebuah topeng.. Walau di luar nampak lain, palsu namun masih berhakikat diri sendiri..
Moga ketakwaan itu topeng sebenar..


Topeng guru! Topeng kaunselor!


12.17am. 24.07.2013 Rabu..
cikgu Thiah, 
Pewaris Tok Lela,  
Kg. Gajah.. Perak.