Monday 8 October 2012

Diuji Kehilangan




Abah baru balik dari tempat pengebumian seorang pakcik yang merupakan penghulu di kampung aku. Al fatihah kepada Almarhum Pak cik Jusoh. Teringat pula jasa-jasanya terhadap keluargaku. 

Setelah mematikan enjin motosikal yang semakin uzur keadaannya, abah naik atas rumah, sambil itu sempat lagi dia bergurau dengan anak buahku yang sedang bersantai-santai di tangga. Aku hampir mencuri melihat wajah abah. Ada garis kesugulan di wajahnya.

Aku dapat mengagak bahawa abah sedih dengan kehilangan arwah..

Jarang aku kisahkan hal sebegini. Maksudnya aku ingin menyelami apa yang abah rasakan. Namun pada kali ini hati aku turut di bawa bersama dengan hati abah yang mana terarah pada tempat yang sama. 

Mungkin abah merasakan sesuatu selepas menyelesaikan kerja-kerja menguruskan mayat. Padaku besar sangat untung abah kerana khidmatnya terhadap kerja-kerja pengurusan mayat yang sebelum-sebelum ini mustahil abah tidak merasakan sesuatu iaitu ibrah untuk dirinya. Abahkan kan.

Selepas ini mayat siapakah yang akan abah uruskan? Mandikan, kafankan, kebumikan, talkinkan dan sebagainya. Akukah? Mungkin, kerana aku calon jenazah, setiap hari yang berlalu, semakin pendek umur kita.. 

Abaah, kite takut..! 

Bagaimana ye perasaan abah sewaktu buat kerja-kerja tu..??

Semoga entry ini dapat membawa kita semua lebih-lebih lagi individu yang sedang menekan keyboard ini dengan MENGINGATI MATI.. 
Kerana orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati..

*Status terbaru : Bertunang dengan kematian

6.15am..
9/10/12..

Wednesday 3 October 2012

Sesetia dia


Seperti biasa, bas dari tanjung malim akan singgah ke Ipoh. Bila tiba di Medan Gopeng tu, hari ini rezeki aku dihidangkan dengan sajian berupa adegan yang mengusik hatiku. Walaupun tak banyak, adalah sedikit jadilah untuk hati ini, insyaAllah. Sudah lama hati ini tidak refresh dengan perkara tersebut. 

Seorang remaja mungkin dalam lingkungan 20an memimpin seorang lelaki tua yang membawa tongkat. Tahulah aku bahawa dia cacat penglihatan! Lelaki muda itu yang rambutnya yang agak-agak nak diceracakkan itu menambahkan sedikit perisa kemachoannya (sempat lagi. tak sayang mulut ke? Taklah, Hati yang tegur) itu memakai kemeja berjalur halus-halus, kelihatan sama dengan gaya pakcik tu. Sahlah bahawa dia ialah anak kepada pakcik tadi tu.. wajah pun seakan ada irasnya. 
 
Perkara yang aku sedikit termotivasi yang aku ingin fokuskan ialah senyumannya tidak pernah lekang di bibir..manisnya. Aku bukan apa, dia melayan orang tua dengan senang hati, macam ada sesuatu yang lucu pula..bagusnya dia.. terserlah ketabahannya, malah sangat suka dengan perbuatan yang dilakukannya itu. 

Setelah selesai mendudukkan ayahnya di kerusi vvip tu, kemudian mengheret seorang lagi perempuan yang sama dengan lelaki tu, dia pun buta juga ke..memang ya pun,,ke mak dia,,subhanallah..
Tapi yang ni aku tak berapa pasti..mungkin mak saudaranya kerana panggilan tu menguatkan keyakinanku. Entah, aku pun tak pasti..

Dah lama aku tak melihat orang buta. Mungkin selepas ini sekiranya aku melihat orang buta lagi pasti aku teringatkan pemuda itu.. mungkinkah..