Wednesday 16 November 2011

Monday 14 November 2011

Syabab2ku..Berjuanglah sehabis baik..!






Salam adik2ku..

Di kesempatan ini..
Tiba-tiba teringatkan korang..
Walaupun entri ni tak sampai kat korang..
Harapnya aura dan doaku tetap ‘dirasai’..
Macam mana exam tadi?
Semoga korang boleh buat dengan puas hati..

Ingatlah syabab2 yang ku sayang..
Cukuplah ma & abah memotivasikan kalian untuk cemerlang..
Untuk turut sama merasai macam mana manisnya mengecapi kejayaan..
Kitorang satu family mengharapkan korang..
Satu-satunya pasangan kumbang emas..
Jangan lupa tentang itu..
Janji denganku..
korang memang yang terbaik..
buat yang terbaik..
man jadda wa jada..


-harapan tidak buta-
kamarku sementara..
bumi murobbi.

Wednesday 2 November 2011

TRAVELOG HATI






















Hatiku..
Resah lagi?
Aku dah janji untuk jagamu dengan sebaiknya
Kenapa ada lagi karat yang masih melekat
Yang sentiasa mengotori sanubari..

Sudah sudah sudah..jangan nak buat puisi bebas lagi..aku nak tukar kepada cerita..iaitu

“Kembara sekeping hati..”

Ya Allah aku perlukan sesuatu untuk hatiku..untuk membaluti sekeping daging itu dengan lembapan dan lembutan iman selembut softlan. Lebih lembut lagi dari softlan. Sekarang hatiku cukup genting, cukup tenat. Oleh kerana hatiku tu juga aku tak sanggup lagi sekiranya malaikat terus menerus mencatat laporan perbuatan, pemikiran dan segala bagai ke dalam buku yang di sebelah kiri..aku tak sanggup..aku kena penuhkan aktivitiku itu untuk dicatat ke dalam buku yang di sebelah kanan. Aku tak nak menzalimi diriku lagi yang mana memberi kesan yang sangat parah di hatiku..hatiku yang pada mulanya begitu bersih sewaktu bayi.. sekarang ini kotoran di hatiku kurasakan semakin hitam legam yang aku kutip dan terpungut disepanjang perjanananku..

Saat aku mentelaah baris demi baris di beberapa tulisan, kau menggelapkan celik akalku. Bahkan mengangkat takbir pun kau masih berlegar sehinggalah menghampiri salam pun kau terus menerus berlegar di fikiranku. Aku tak nak terus menerus begini..aku akui makhluk yang bernama Syaitan, iblis, nafsu, sentiasa mengambil peluang terhadap diriku..sifat aku sebagai manusia yang semestinya tidak terlepas dari silap dan salah diambil kesempatan sepenuhnya makhluk tersebut terhadap diriku yang dhaif lagi hina ini. Aku tahu kau cukup kreatif bab-bab nak usik, nak goda manusia ni..dalam kerja tipu helah ni kaulah maharajanya. Sudah-sudahlah menguasai diriku. Cukuplah wahai makhluk Laknatullah menghampiriku, menapak di hatiku dan menyuruh aku buat dan fikir macam-macam. CUKUPLAH...!

Tapi cukupkah sekadar aku berkata demikian dan sambil itu tanganku menepis kiri dan kanan seperti orang yang tidak normal sekiranya dipandang insan lain? Tindakan tu juga sama seperti Ocute onset. Aku tak nak. Bukan begitu caranya wahai diriku..akukan seorang Islam..aku seorang muslimah..aku pejuang agama Allah, lebih-lebih lagi aku ni seorang da’ie..yeah..aku seorang DA’IEAH..!  aku lain dari yang lain..aku mesti POWER..

Setelah itu aku cuba altenatif lain untuk merawat sekeping hatiku.. aku bawa ia mengembara ke dunia asyik.. dunia yang penuh bahagia. Lantas teringat akan pesan-pesan naqibahku yang menambah khayalanku..aku tenang dengan duniaku..aku sedang ‘berhalusinasi’ dengan duniaku sendiri..cukup tenang..aku nak buktikan bahawa juga mesti kreatif dari makhluk-makhluk untuk melumpuhkan segala kerja-kerja tegar kau..aku kreatif dari engkaulah..aku akan buktikan. Aku takkan buat kau terbahak-bahak denganku tapi aku yang buat kau peseng! (muka seposen) Kau akan putih mata nanti.. tengoklah.. Pasti kau lari lintang-pukang. PAS..TI..!

KEMBARA BERMULA..MISI MENGHAPUSKAN GODAAN, USIKAN MAKHLUK TU

Terharunya diriku..mungkin inilah caranya aku memperoleh ketenangan yang ku cari-cari..al quran penyembuhnya, mentadabbur maksud yang mana sangat menusuk kalbu ditambah lagi si pembaca yang sangat merdu yang terserempak di laman uTiub..sangat menyengat hatiku. Ya Allah hatiku terusik dengan ayat-ayat mukjizatMu. Saat aku dilanda gelora tsunami usikan sang jahat itu mengganas, Al Quran yang perlu aku cari..penawar yang mujarab..banyak-banyak baca quran ya diriku..

Melazimi qiam yang sangat menambahkan keheningan malam.. ditambah pula aku akan membongkar segala rahsia yang telah diketahui oleh Yang Maha Esa..walaupun perkara tersebut telah diKetahuiNya namun perlu jua aku jelaskan kerana aku tak nak aku dilabel seorang yang sombong. Sangat sesuai waktu dini hari kerana date aku tu juga aku bebas meluah segala isi hatiku yang infiniti. Waktu itulah air masin berjuraian tanpa disuruh. Syahdunya mengenangkan saat-saat emas datingku itu. Sangat terasa untuk mengadakan dating yang seterusnya..

Perlu aku dampingi orang-orang soleh..perlu aku memeriahkan biah solehah yang telah pun wujud. (Dah wujud ke?)..di mana nak cari? Lantas teringat di suatu tempat.. Surau..!

Puasa antara praktikal yang perlu di hayati.. niat kena sangat-sangat betul..bukan sekadar niat yang biasa-biasa tapi kena niat aku yang berlapar dan berdahaga juga sedang mengalami perkara yang sama untuk imanku. Niat kena tulus,,perlu jelaskan yang aku nak hindari makhluk yang sangat perlu aku bentengi, perlu berjaga-jaga..aku tahu ada sesetengahnya yang melekat di mana-mana sahaja..huss

Alunan zikir yang meniti bibir mampu mengusir sang jahat itu..sedangkan sekadar ungkapan BISMILLAH sudah memadai untuk menyahkan makhluk yang tidak nampak di mata kasar tu apatah lagi zikir-zikir lain yang bertebaran di laman uTiub..

Klik..! aku sedang berkhayal rupanya..
Tindakan bersepadu perlu segera


Khayalku untukMu ya Robb..
365, Kediaman SENG TIGO
Kamar Iman 2
37062, Kolej tercinta
Bumi Murobbi.