Friday 26 August 2011

“Saya dilaram..”


“Itulah kata hati kecil saya.. Bukan dilamar.. Lebih tepat lagi bukan tuan blog ni dilamar..bukan2.”

“Tengok,, saya berwajah baru. Alang-alang sempena raya yang menjelang, saya pun kena baru ke..Walaupun baru tp xcantik pun. Biasa-biasa je tuan blog ni designkan saya..sebab saya masih setahun jagung rebus..”

Rayakan kita disarankan Nabi supaya pakai baju yang terbaik..kalau kita baju yang baru la kan..
Baju? Tadi kata wajah. Mana satu ni? Mana-mana je lah.

Awal lagi..Hari raya yang disarankan pakai baju baru. Ni awal-awal lagi dah melaram? Macam budak-budaklah. Time budak-budak dulu asal beli baju baru je nak try. Try bagai la..pekebendanya kalau try tiap-tiap hari..dah basi jadinya. Try siap satu set. Dengan kasut sekali.(pengalaman, tuan2 dan puan2)

“Memang budak-budak pun,,saya baru berumur sebulan lebih..”

Jangan bersedih plk yang lama.. anda memang terbaiklah..kerana andalah yang baru terhasil. Yang lama  pencetus kepada yang baru..!

“Saya ni memang baru dalam hidup tuan blog saya ni.. tuan saya ni perangai pelik sikit. Asal ada je benda baru,,siang malam dia asyik dengan benda baru dia tu..”

Benda baru,, biasalah tu.. semangat bergetah lagi.

“Nak kata hobi baru, tuan saya ni katanya dah lama minat menulis, melukis namun tak ada platform nak terus maju.. bila dah ada saya, katanya dia seronok pulak.. banyak ilmu dapat. Mungkin sahabat-sahabat tuan saya ni yang banyak membantu..”

Mungkin? Confirm.

“Boleh up la ckit kemajuan hobi tuan saya ni..”

“InsyaAllah entri-entri yang ada kat saya ni, katanya tuan saya semuanya sebagai pengisian untuk dirinya. Kalau ada yang tersinggah tu, bolehlah dijadikan kebaikan bersama..”

Kalau ada entri-entri yang menyimpang dari landasan ke, yang xterperasan tu ke, yang rasa xsesuai, sudi-sudikanlah perbetulkan. dialu-alukan..jangan segan-segan ek.

Ok,,selamat beramal..
perjuangan ialah pelaksanaan kata-kata..(PiMEK)

27 Ramadhan 1432H,
Tambun, IPOH..


Wednesday 24 August 2011

Mudahnya wanita masuk syurga

Sebaris ayat itulah membangkitkan semangat kita yang berjantina wanita ini untuk meraih syurga yang menjadi impian semua.
Perkara yang dikatakan mudah dan layaknya wanita masuk syurga melalui empat syarat iaitu:
  1)    Solat lima waktu
  2)    Berpuasa di bulan Ramadhan
  3)    Menjaga maruahnya
  4)    Taat perintah suami

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)



Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.
Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah s.w.t. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah s.w.t.

Empat syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Melakukan solat lima waktu.
Solat merupakan pemisahan antara keimanan dan kekufuran yang haq dan yang bathil.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)
Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Puasa di bulan Ramadhan.                                   
Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga : Menjaga maruahnya.
Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Mentaati perintah suami.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab.

Kekurangan untuk wanita yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w di atas.

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut :
1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.
2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
4. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.
5. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.
7. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala.
8. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah s.w.t.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, taqwa, berilmu walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan bukan seorang hartawan.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Maksudnya disini bukanlah menjadi satu masaalah bagi lelaki yang telah berkahwin untuk melamar dan mengawini seorang wanita. (berpoligami)

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.

Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk Syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.


Namun, seringkali kita dengar penghuni neraka ialah golongan wanita..Nabi s.a.w juga ada mengatakan ramai ahli Neraka adalah wanita? Jom kita selidiki perkara yang menyebabkan wanita merupakan golongan majoriti yang berada dalam Neraka.

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :
1. Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik.

2. Wanita sering menderhakai pada suaminya. Suka berbantah-bantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki.

3. Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat.

4. Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan zina.

Oleh itu wahai sahabat-sahabatku wanita yang beriman! Jauhlah diri kita daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa besar dan akan mengheret kita ke Neraka Jahannam. Rebutlah peluang keemasan ini iaitu melakukan ketaatan kepada empat perkara yang dinyatakan di atas. Ini adalah tawaran Allah s.w.t yang paling mudah untuk kita memasuki Syurga Allah s.w.t melalui mana-mana pintu Syurga yang kita pilih.

wallahualam..
-PiMEK-


Tuesday 23 August 2011

Menjadi guru yang dirindu

Subhanallah buku ni syok sangat. Hebatlah penulis-penulisnya. Ideanya bagus-bagus, boleh meningkatkan motivasi kita untuk tak sabar-sabar bergelar sebagai guru. Walaubagaimanapun buat masa ni title tu tak payah kejar lagi, (bagi diri ini la) yang penting kita isi roh kita dengan penghayatan kearah profesion seorang guru. InsyaAllah.. Kita isi banyak-banyak teorinya kemudian praktikal kita menyusul. Guru tu pun bukan setakat guru biasa, tapi guru yang dirindu, hebat bukan? Dirindu oleh siapa? Siapa lagi kalau bukan pelajar-pelajarnya.

Jom kita selami..

Dalam buku tersebut, nak sangat kongsikan antara isi yang menarik yang terdapat dalam buku tersebut. Walau pun tak semua tak apa la ye..

Antara petua guru berada dalam kelas..      
Setelah seorang guru sudah habis mengajar dalam kelas dan ada lagi masa yang masih berbaki..

Cuba kita (izinkan untuk guna kita ye)tanya pelajar ada tak diantara diorang yang baca doa sebelum melakukan kerja seharian mereka. Sekiranya  ada, pujilah diorang. Kalau tak ada kita tunjukkan reaksi terkejut kita tu. Kemudian bagitahu doa yang mudah yang boleh dihafal dan diamalkan oleh mereka.

Pada pertemuan yang selanjutnya, cuba tanya kembali adakah mereka amalkan doa yang diberikan. Kemudian tambahkan doa-doa baru apabila mereka sudah mengamalkannya.
Dengan adanya pertanyaan-pertanyaan sedemikian, kita akan tahu sejauh mana tahap amalan dan penghayatan dalam agama diorang. Kiranya kita akan dapat memberikan perhatian untuk memberi nasihat kepada pelajar yang masih cetek dalam pengetahuan agama.

Selain itu boleh juga terapkan bahan pelajaran yang kita ajarkan tu dengan menghubungkan dengan al-quran sebagai bukti adanya Allah SWT. Contohnya guru Matematik memberikan contoh yang Islamik, seperti perhitungan zakat, harta warisan jumlah pasukan muslim dalam perang Islam dan jumlah para syuhada’. Bagi guru muzik pula mereka boleh menumpukan kepada lagu-lagu nasyid Islamik yang indah-indah dan sebagainya. 

Tu sajalah dulu perkongsian setakat ini..jumpa lagi dalam part akan datang insyaAllah..

Penulis2:                                                                                                
Mahmud Khalifah,
Usamah Quthub

Wallahualam,
-PiMEK-

Sunday 21 August 2011

Kenal Yahudi? Mari kita bongkar mengenainya..!!

Dalam duk belek-belek Angkel Sams ni (nama manja lap), terjumpa artikel mengenai bangsa Yahudi..Namun bahasanya agak Indon sikit. Dah ubah bagi melayukannya. Kalau ada yang tertinggal tu, artinya ngak bisa, takut maksudnya lari. Kiranya tak pandai nak melayukan walaupun pengisiannya dah sampai..Insyaallah. Sama-sama kita menghayatinya. Kita bongkar mengenai Yahudi laknatullah..!! 

PROLOG
Yahudi adalah satu bangsa dari 12 bangsa bani Israel. Dulu mereka mendapat banyak pertolongan Allah, bahkan mereka dimuliakan oleh Allah (QS. 45:16). Tetapi sekarang mereka menjadi umat yang dimurkai Allah kerana perbuatan mereka sendiri. Mereka ingkar kepada Allah dan sangat mengagungkan kehidupan dunia. Secara garis besar orang Yahudi dibahagi kepada 2 :


                                     
1.     Orang Yahudi yang bodoh (akidahnya), buta thd agamanya, taklid thd rahibnya dan nenek moyang mereka.

2.    Orang Yahudi yang memperalat kebodohan orang golongan pertama, dengan memutarbalikan fakta atau membuat ayat-ayat tentang Taurat untuk orang-orang bodoh atau menyelewengkan maknanya.

SIFAT-SIFAT YAHUDI

  1. Buta Huruf Agama
Disini diertikan bahawa orang-orang Yahudi itu buta akan kitabnya, tidak memahami isinya, atau bahkan tidak dapat membacanya. Kebodohan ini disebabkan kerana ketidakmautahuan mereka, kerana sudah merasa benar. Mereka tidak tahu diri, sudah bodoh, tidak tahu, bahkan tidak mau tahu pula.

  1. Taklid terhadap Pemimpinnya
Mereka selalu mematuhi pemimpin mereka tanpa mengetahui dasarnya. Di sudut lain, pemimpin-pemimpin mereka berusaha membuat orang-orang yang taklid tersebut sesat dengan sesat yang sebenar-benarnya, jadi “simbiosis parasitisma” ini melahirkan sebuah tim yang sesat yang pasti dimurkai Allah.

  1. Merasa Diri Paling Benar
Orang Yahudi merasa merekalah yang paling benar, sedang yang lain salah, merasa diri merekalah yang bakal masuk syurga, sedangkan lain Yahudi tidak (QS. 2:80). Mereka merasa betul dengan pemahaman mereka sendiri.
Cuba kita fikir, bagaimana mereka merasa benar dan bakal masuk syurga, sedangkan kitab saja mereka tidak tahu ??

4.  Cinta Dunia dan Takut Mati
Umat yang jumlahnya sedikit tetapi sangat menguasai dunia ini, sangat cinta dunia. Mereka menggunakan segala cara untuk mendapatkan kenikmatan di dunia. Setelah mendapatkan kenikmatan, mereka takut mati, takut meninggalkan semua kesenangan ini, mereka ingin hidup 1000 tahun lagi. Padahal kalau mereka merasa benar-benar yakin dapat masuk syurga, kenapa mereka tidak minta mati saja ?! (QS. 2:95-96)

SEBAB-SEBAB YAHUDI MEMUSUHI ISLAM

Yahudi bagi Islam adalah musuh terbesar, begitu pula sebaliknya. Masalah sekarang yang timbul adalah “ mengapa yahudi membenci Islam, bahkan memeranginya ?"

1.     Sejak sebelum zaman Nabi Muhammad SAW, orang-orang Yahudi sudah merasa yakin akan kedatangan Nabi terakhir. Ketika saatnya tiba, ternyata Nabi tersebut bukan dari suku Bani Israil, tetapi dari Bani Hasyim, maka mereka mengingkarinya dan membencinya, dan lalu benci kepada Islamnya.

2.    Dahulu, gelaran umat terbaik dimiliki Yahudi, tetapi setelah banyak keingkaran Yahudi kepada Allah, gelaran tersebut dicabut dan diberikan kepada umat Islam, jadilah Yahudi benci Islam.

Masalah kedua dalam bahagian ini adalah mengapa pula Islam memusuhi Yahudi:

1.     Yahudi sendiri sangat membenci Islam dan berusaha menghancurkan Islam dengan segala cara. Maka wajar bila Islam membenci Yahudi.

2.    Sifat-sifat Yahudi yang buruk, dan bahkan bangga dengan keburukannya.

3.    Sikap Yahudi yang membuat kerosakan di muka bumi.

PEMBAWAAN YAHUDI

Sebenarnya Yahudi sudah menjalankan makar-makarnya sejak dulu, hanya saja masih bersifat klasik dan perorangan, tetapi sejak abad 16 Masihi, mereka mulai mempergunakan cara-cara moden dan praktek ilmiah yang terkoordinasi dengan baik.

.1. Sarana yang digunakan

1.     Westernisasi (menyebarkan pola hidup barat, serta berusaha menjadikan barat sebagai kiblat).

2.    Sekularisasi (membuang agama jauh-jauh, menumbuhkan cara hidup yang sekular).

3.    Kristianisasi (mengeluarkan umat Islam dari agamanya dan dikristiankan)

4.    Orientalisasi.

II.Cara
1.     Menjauhkan umat Islam dari diennya.

2.    Mengeluarkan umat Islam dari diennya.

3.    Memerangi Islam secara fisik.

I.        Program 5S dan 3F
1.     5S
a.  Sex
-          Menyebarluaskan free seks, terutama untuk pemuda-pemuda Islam. Buktinya pacaran di depan umum pun tidak tabu lagi

-          Menyebarluaskan pergaulan bebas lawan jenis dan sesama jenis.

-          Dan lain-lain

b.  Song
-          Memasarkan lagu-lagu barat yang sekular, bahkan lagu-lagu domestik.

-          Menyebarkan lagu-lagu Islam yang tidak menambah keimanan, memolesnya menjadi seperti lagu gereja.


c.   Show (TV atau film)
-          Menampilkan filem-filem dengan adegan yang vulgar.

-          Menampilkan filem-filem yang mendiskreditkan Islam.

-          Acara-acara yang dapat membuat sekular.

-          Jam tayang yang diletakkan pada waktu solat.


d.    Science
-          Membuat pola fikir Yahudi.

-          Mempopularkan ilmuwan Yahudi

-          Memutarbalikkan fakta tentang ilmu-ilmu yang ada saat ini.


e.  Story
-          Memutarbalikan fakta.

-          Menenggelamkan tokoh-tokoh sejarah Islam.


2.  3F
a.  Fun
-          Menyebarkan kefahaman life for fun

b.  Food
-          Membuat makanan-makanan yang syubhat.

c.   Fashion
-          back to nature : menggunakan kulit dan bagian binatang sebagai bahan pakaian.

-          Mengaburkan kewajiban Muslimah untuk memakai jilbab, bahkan mengumbar aurat.


 ANTISIPASI MUSLIM


I.            Terhadap Sifat-sifat yahudi

1.     Buta Huruf
Boleh jadi banyak orang Islam yang seperti ini, oleh kerana itu janganlah mengikuti sifat Yahudi. Tuntutlah ilmu tak jemu-jemu dan usahakan berantas buta huruf Al-Qur’an.

2.    Taklid terhadap pemimpin
Tanpa tahu dasar, kita mengikuti mengikuti kata-kata orang lain (pemimpin). Kita sebagai orang Islam tidak boleh taklid terhadap orang, boleh taklid itu terhadap pemahaman yang benar.
           
3.    Merasa Diri Paling Benar
Ini penyakit yang sangat berbahaya, sedar atau tidak, mungkin kita pernah melakukannya. Kita tidak mahu menerima pendapat orang lain, “ salah benar itulah pendapat saya”, ini slogan yang sangat tidak masuk akal. Kalau sudah salah usahakanlah untuk membenarkannya.

4.    Cinta dunia dan takut mati
Sangatlah rugi jika waktu kita dipergunakan untuk mencari kesenangan dunia. Ini akan menyebabkan kita takut mati, padahal umur panjang tidak akan menunda kita dari azab,
dan lagi belum tentu umur panjang itu akan membuat kita lebih soleh.

5.    Menuruti adat nenek moyang
Lihat upacara kematian suku Toraja atau pemberian sesajen kepada ratu laut kidul. Ini merupakan contoh umat Islam yang taat nenek moyang walaupun itu sesat.
         
6.    Rasialis
Islam tidak dibatasi oleh ruang yang sempit, sebab Islam mendunia, tidak pandang bulu, warna kulit, suku, dsb.Maka jangan sampai diantara kita masih ada yang suka pilih-pilih teman, sbg sesama muslim kita semua bersaudara.

II.         Terhadap Makar Yahudi

1.     Back to Islam
Semuanya dikembalikan kepada Islam, yang dititikberatkan disini adalah aqidah, kerana kalau aqidah kita kuat, orang Yahudi tidak akan mampu memusnahkan kita dengan cara apapun, ini bererti kita harus :

A.    Belajar Islam dengan benar, kembalikan Islam kepada fitrahnya. Benar disini ertinya luas, baik benar objek yang dipelajarinya, maupun benar dari cara belajarnya.

B.     Bangga akan keIslaman kita, tidak malu-malu untuk menunjukkan keIslaman kita pada orang lain. Bangga disini adalah bangga yang terkendali, bukan bangga akan amalan yang telah dilakukan dan menunjukkan pada orang lain.

C.Perangi hawa nafsu.

2.    Back To Al-Quran dan As-Sunnah

Dengan kembali pada Al-Quran dan As-Sunnah kita dapat menghalang diri kita dari makar-makar kaum Yahudi. Kita dapat menjalani kehidupan sesuai tuntunan Al-Quran dan As Sunnah. Dan   kita  pun  harus  menyakini bahawa Al Quran dapat  menjadi solusi atas segala permasalahan.
    
          Maka kita sebagai seorang muslim seharus buka mata dan buka telinga kita sama usaha-usaha kaum Yahudi bagi menghancurkan umat Islam. Tak relakan ??? Dan mulai untuk perlahan-lahan meninggalkan kebiasaan-kebiasaan kita yang banyak membuang waktu, contohnya menonton TV berjam-jam, main PS, main game, dll. Mari kita isi sisa usia kita dengan hal-hal yang bermanfaat agar Islam kembali bersinar…Oyeh!!


-syukran sumbernya-







Saturday 20 August 2011

1 kebajikan dibalas 10 kebajikan


Sumber Abu Dzar Al-Ghifari r.a memberitahu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Susulilah kejahatan (dosa) dengan kebaikan, semoga kebaikan itu dapat menghapuskannya.”
                                                               
    (H.R Abu Dawud dan At-Turmudzi: Hassan)



Pengajaran hadis:   
                           
1.     Setiap manusia tidak terlepas melakukan dosa namun sebaik-baik pendosa ialah ia bertaubat.
                                            
2.     Seseorang yang melakukan kejahatan (dosa), maka setiap satu dosa akan dibalas dengan satu kejahatan. Walau bagaimanapun sekiranya dia segera melakukan satu kebaikan, maka satu kebajikan akan dibalas dengan sepuluh kebajikan, di mana dia dapat menghapuskan  kejahatan yang dilakukan tadi.

3.     Dengan tindakan tersebut, maka kebajikannya melebihi kejahatannya dan dia akan bahagia semasa amalannya ditimbang di neraca timbangan amalan, di hari akhirat kelak.
 
Oleh ‘Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (‘A.Q.H.A.S.)
Tokoh Al-Hijrah Ar-Rasul
Tokoh Buku & Tokoh Guru Serambi Mekah.
Menyandang Tokoh Mulid Ar-Rasuul, Malaysia.
Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara.

-Terbitan al-Hidayah Publications
http://bingkisanmusafir.blogspot.com/2011/08/1-kebajikan-dibalas-10-kebajikan.html